Written by AbangNara | November 11th, 2011

Akhirnya, Dira Abu Zahar yang dikenali sebagai pengacara Melodi telah sah bergelar isteri kepada Helmi dengan 3 kali lafaz. Kedua-dua pasangan nampak sama cantik sama padan dengan salinan baju pernikahan berwarna putih. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada mereka berdua. Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat.

gambar kahwin dira abu zahar

Pasangan Dira dan Helmi dinikahkan oleh Imam Masjid Merlimau Pasir, Melaka, Mat Yamin Long kira-kira pukul 4.16 petang dengan mas kahwin sebanyak RM 7777.77. Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.

Pada majlis tersebut, Dira menerima wang hantaran sebanyak RM 17,171.71 dengan sembilan dulang hantaran iaitu iPad, beg tangan, kek, helmet, telekong, sejadah, sirih junjung, mas kahwin, cincin dan wang hantaran.

Manakala, pihak Helmi menerima 11 dulang antaranya coklat, jam tangan, kek, helmet, AlQuran, sejadah, Mac Book, kurma, buah-buahan, kasut, baju, sirih junjung dan set kelengkapan diri.

Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Anizam Yussof manakala wajah Dira disolekkan oleh Zamri Zainol.

Majlis resepsi Dira dan Helmi ini bakal berlangsung pada 13 November 2011 bertempat di Lanai@Matic, Jalan Ampang, KL.

Lagi gambar majlis pernikahan Dira Abu Zahar dan Helmi dengan membaca entri ini sepenuhnya. Nanti kalau ada gambar baru Abang Nara update lagi.

gambar kahwin dira abu zahar

gambar kahwin dira abu zahar

gambar kahwin dira abu zahar

39 responses to (GAMBAR)Majlis Perkahwinan Dira Abu Zahar Dan Helmi

  1. lalola says:

    chumel kau dira :)

    0

    0
  2. adik nara says:

    cantik tapi x macam pinang di belah dua,macam kelapa ngan pinang je…he3

    0

    0
  3. Lana says:

    Tahniah…
    selamat pengantin baru,
    semoga kekal hingga ke akhir hayat.

    0

    0
  4. Lana says:

    Tahniah..
    selamat pengantin baru,
    semoga kekal hingga ke akhir hayat.

    0

    0
  5. aku hantu TV says:

    suka ::
    moga jodoh berkekalan kali ni…namo dh cerai berai lg k…
    alaaaaa kiutnya!! ^.^

    0

    0
  6. noona says:

    tahniah lerr..smoga kekal ke akhir hayat.x mo cerai2 dah k..

    0

    0
  7. noknokgorgeous says:

    tahniah .. love dira :)

    0

    0
  8. mamat says:

    slmt bermalam pertama…:)

    0

    0
  9. mamat says:

    thniah..slmt bermalam pertama…:)

    0

    0
  10. Lovelyvic says:

    1st time dengar ada org bagi hantaran helmet… ekekek… pe2 pun congratulation.
    Zaman skang orang dok terkejar2 tarikh cantik untuk kahwin….. sanggup berebut tok kadi janji dapat kahwin tarikh yg cantik2… tapi bila dah nikah takde plak bersemangat nak pertahankan rumahtangga tu. 2-3 tahun kahwin dh bercerai berai… hutang bank nak bagi hantaran mahal2 dulu lum habios bayar lagi dh cerai… pandai lak… nak bercerai pesal tak pilih tarikh cantik2? ekekekeke

    Tapi walaubagaimanapun… moga perkahwinan Dhira kali ni berkekalan hingga ke akhirnya….. walaupuun wajahnya tak sehensem bekas suami, namun aku caya poketnya hensem… kire orait la tu… at least ada gak yg hensem.

    0

    0
    • draco says:

      tak baikla ckp camtu..patutnya mendoakan baik2 sbb ‘masjid’ dah dibina..fyi, laki baru dira ni keje photographer bukan masyuk cam tokey kapal pun..lagipun dira pun mmg anak org berada kan..tak baikla mengaitkan jodoh dengan harta pulak…sekian

      0

      0
      • kemboja teck says:

        draco.. tu namanya si lovelyvic tu takde otak

        0

        0
        • personaputih says:

          dira anak menteri jugak kan…

          0

          0
        • huk oloh says:

          die ni anak ex ketua menteri melaka. xdele menteri mane, menteri jatuh pangkat ade le…

          0

          0
        • huk oloh says:

          bapak die bekas ketua menteri melaka. xde la menteri mana, menteri jatuh pangkat

          0

          0
        • lovelyvic says:

          lor, aku mmg doakan yg baik2 pun. Jgn le pesimis sgt. lgpun pasal nikah cerai tu komen general, utk semua org, bukan spesifik dira je. Hidup ni mmg kena cari yg kaya. kalau tak kaya rupa, kaya harta, kaya budi bahasa, kaya hati, kaya roti.

          0

          0
  11. melisa says:

    selamat pengantin baru . semoga kekal ke akhir hayat . dan selamat menjalani bahtera rumah tangga. love u kak DIRA !!

    0

    0
  12. shafie says:

    tahniah..semoga berbahagia

    http://mohdshafiehashim.blogspot.com/

    0

    0
  13. Adda Jasmi says:

    baru balik dari pernikahan dira di rumah keluarganya di merlimau melaka, Congrats to be wife helmi & to be mummy tg.anggun…
    Lovely dira sgt cantik!!

    0

    0
  14. Syue Mustafa says:

    Tahniah buat pengantin. Cuma satu jer, naper masa Helmi jadi tunang Nasha dulu dia nampak handsome tapi sekarang ni kureng skit????

    0

    0
  15. CMRatu says:

    bila nak keluar gambar dari OP ni..

    0

    0
  16. ema says:

    TAHNIAH….

    0

    0
  17. bb cute says:

    dira ko mmg eeoooosom…

    0

    0
  18. KH says:

    janji bahagia..laki hensem pun bkn tentu bahagia

    0

    0
  19. Mak Tom says:

    laki dia ni dalam gambar memang nampak macam x hensem dan x semenggah… tapi maktom dah jumpe live dorang kat luar, yang herannye laki dira ni x lah buruk sangat… comel jugak orangnye… kira ok la… cuma berisi je la sikit tapi taste orang kau jangan salah erti jah! semoga bahagia ye daz!

    0

    0
  20. aku la 2 says:

    cantik naow c dira nie…pe la mslh korg nie..sesuai ker x ker dh jodoh dorg..xpakai duit korg sesen pun..doakn yg t’baik dah la..dia kawen xmintak komen korg dorg sesuai ke x pun..

    0

    0
  21. mimie says:

    mmg la dira ni anak x ketua menteri melaka..tp family dia kaya…biasa la kan….

    0

    0
  22. geewawa says:

    tahniah semoga kekal ke akhir hayat……Aminnn

    0

    0
  23. siti d cni says:

    ler…aper2 pun cantik ker x,hensem ker x,janji hati kena cantik lah…hensem pun kalau tua luntur jugak hensem tu..tu yang kekadang bilada kedut sana kedut cni & isteri masih cantik berlaku curang pulak…

    suami dira ni ada manisnya…

    dalam perkahwinan nie,yang kaya x semestinya menjanjikan kebahgiaan..selalunya bila lelaki lebih dari mampu ni “KAKI POMPUAN”..@ KAWIN LEBIH…

    byk duit ,hensem tapi hati sakit buat per…kita nak yang sehidup semati dalam susah mahu pun senang…

    saya juga sudah berkahwin,walau pun kami bekerja bersama dengan pendapatan tidak lebih rm1500.00. namun saya bersyukur kami happy dan telah di kurniakan sepasang cahaya mata…

    pilih lah jodoh jgn ikut nafsu..gunalah akal…

    0

    0
  24. eeemm says:

    lawa ar …. kak dira nie sesuai sngt2 ngn abg helmi nie

    0

    0