Written by serenity | January 6th, 2015

Kecomelan bayi Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang diberi nama Aaisyah Dhia Rhana tidak dapat dinafikan lagi. Bukan saja Aaisyah mendapat perhatian di laman sosial Malaysia, malah di laman sosial negara seberang. Namun begitu, perhatian yang diterima bukan dalam bentuk yang sepatutnya.
 photo 10913495_919897181378620_533388692_n.jpg
Kami menerima tip yang gambar Aaisyah tersebar di kalangan pengguna laman sosial Indonesia. Kononnya Aaisyah ditinggalkan kedua ibu bapanya dan dirawat di salah sebuah pusat perubatan di negara itu.

Inilah bahana penyalahgunaan media sosial apabila ramai mereka-reka cerita palsu dan kemudian ramai lagi yang menyebarkan tanpa mengetahui kesahihan berita itu.

Perkara ini diperhatikan turut berlaku semasa kejadian banjir sangat serius tempoh hari sehingga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia terpaksa mengambil tindakan.

Buat pengguna laman sosial di luar sana, pesan kami agar menjadi penguna yang bertanggungjawab. Kasihan anak artis dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh kedua ibu bapanya menjadi mangsa berita palsu yang tiada asas.

Sementara itu, jom kita tatap wajah comel terbaru Aaisyah Dhia Rana untuk ketenangan di pagi hari.

Senyum sengeh dah dpt breakfast???????????????????????? #aaisyahdhiarana

A photo posted by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to (GAMBAR)Bayi Che Ta Jadi Mangsa Berita Palsu Pengguna Twitter Indonesia

  1. mutiara says:

    tak kan la che ta nak tinggalkan anak die merata..kat indon lak tu huhuhu

    0

    0
    • Olga says:

      betul ke klu xde kicap jalen ekspedisi di batalkan?

      0

      0
      • Yahudi says:

        daripada bersusah payah Najisb dok cari penyebar maklumat palsu , lebih baek Najisb pergi cari org2 susah dan kurang berkemampuan , dan bantu diorng

        0

        0
  2. Mak jemah pemalu says:

    Kesian…ramai betul org giler skang ni..Stress agaknye..

    0

    0
  3. abc says:

    Dari sibuk buat cerita palsu..ada baik dia panjat pokok kelapa..ada faedahnya…nak buat santan

    0

    0
  4. Haha says:

    SEBAB TU LA JANGAN TAYANG SANGAT MUKA ANAK KAT LAMAN SOSIAL. KAN DAH KENA. TAK PASAL-PASAL JE. PASTU KAU NAK SAMAN? HATI-HATI TAKUT ORANG AIM UNTUK TUJUAN LAIN PULAK. ANAK KAU TU DAH LA COMEL.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Sebab tulah jangan terlalu expose di halaman sosial ni. Lebih buruk dari baiknya

    0

    0
  6. saya says:

    Takkan lah org nk tinggal anak yg tersgt lah comel nie merata rata… org tk waras jer buat mcm g2

    0

    0
  7. ladyz says:

    Ala comelnya si dhia ni….

    0

    0
  8. minah jambu tk suka hipokrit says:

    asal kan ck ta tau berita ni tk betol sudaaaa n jangan layannnnnnn…kalau boleh cari n saman penyebar nye…serahkn pada police aje urusan ni semua..u wait n see ajeeee..lov u ck taaaaaaa..

    0

    0
  9. settle says:

    yg nie akaun Twitter isteri pelakon sinetron Indonesia Irfan Hakim..kesian x pasal2 jd berita palsu..

    0

    0