(GAMBAR)Anne Ngasri Dan Aliff Aziz – Seperti Pasangan Bercinta

Hiburan

(GAMBAR)Anne Ngasri Dan Aliff Aziz – Seperti Pasangan Bercinta

Anne Ngasri hidup bersama tiga anaknya selepas bercerai dengan bekas suaminya. Kebelakangan ini tersebar desas-desus yang Anne sedang hangat bercinta dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz.


Dalam laporan akhbar Utusan Malaysia semalam, Anne seakan tidak menafikan desas-desus ini, malah mengibaratkan hubungannya dengan Aliff Aziz seperti pasangan bercinta dan makin hangat. Anne memberitahu:-

Advertisement

Saya akui kami memang serasi dan juga senang untuk dibawa berbincang.

Lagipun jika Aliff ada sebarang masalah atau ada apa yang ingin dia luahkan, dia akan beritahu saya.

Kami memang kawan rapat dan buat masa sekarang saya tidak mahu meletakkan apa-apa status dalam hubungan kami.

Apa yang penting, kami tidak hipokrit dan andainya hubungan ini nanti bakal membawa ke gerbang perkahwinan, kami akan beritahu

Saya beritahu dia agar fokus kepada kerjaya dia dan saya pula fokus terhadap kerja saya.

Kadang-kala jika dia ada masalah, kalau saya boleh tolong, saya tolong.


Bersempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2012, Konsert Ekstravaganza Dikir Barat akan berlangsung di Istana Budaya pada 1 dan 2 Julai ini. Konsert ini bakal menampilkan nama-nama besar dalam industri hiburan tanahair seperti Ziana Zain, Awie, Jamal Abdillah, Noraniza idris, Lan Typewriter, Hazama dan lain-lain lagi membawakan lagu-lagu mereka dalam versi Dikir Barat. Saksikan dan rasakan kelainannya. Tiket berharga hanya RM 20, RM 35, RM 45 dan RM 60 boleh dibeli secara online melalui http://www.ticket2u.biz . Dapatkan sebelum kehabisan!. “SEMARAKKAN SENI BUDAYA”

Kira okaylah tu kan. Kami berdoa agar hubungan Anne akan kekal sehingga ke jinjang pelamin. Sebelum ini Aliff juga pernah menyatakan yang dia tidak kisah perbezaan usia mereka kerana dia serasi bersama Anne. Mungkin juga Aliff boleh menjadi bapa yang baik kepada tiga anak Anne, Abdul Warits, 6, Abdul Wafri, 4 dan Naszhara Afroza, 2 tahun. Lagi 2 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Lenny Emelda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...