(GAMBAR)Anak Ketiga Fazley Yaakob

Hiburan

(GAMBAR)Anak Ketiga Fazley Yaakob

Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Fazley Yaakob dan isteri, Azrene Soraya dengan kehadiran anak ketiga mereka hari ini. Makin bertambah meriahlah keluarga besar Fazley Yaakob. Semoga semakin dimurahkan rezeki dengan cahaya mata baru ini.

anak fazley yaakob

Advertisement

Bayi lelaki berlesung-pipit di pipi, diberi nama timangan ‘Piyush’ dilahirkan hari ini di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Berat ‘Piyush’ dirakamkan pada 3.3kg.

Kelahiran bayi ini lebih istimewa kerana ia merupakan anak ke-tiga dan juga anak lelaki ke-tiga untukF azley yang berusia 33 tahun tahun ini. .

‘Piyush’ merupakan cucu ke-empat kepada Dato Yaakob dan Datin Ummi. Mereka sekeluarga juga bakal menimang cucu ke-lima dalam beberapa jam lagi. Isteri kepada adik ke-tiga Fazley, iaitu Faizal, akan melahirkan untuk kali pertama hari ini juga.

Adik ke-dua Fazley, Faradilla, juga kini mengandung untuk kali kedua. Ia bakal menjadi cucu ke-enam untuk kedua orang tua Fazley.
Fazley mempunyai satu adik sulong, Nadia, yang masih di bangku sekolah.

Ini merupakan anak Syawal kedua untuk Fazley selepas anaknya yang pertama Ahmad Fariedz (Payish) yang berusia 2 tahun 11 bulan yang turut dilahirkan pada bulan Syawal. Anak kedua Fazley, Ahmad Fieradz (Piyash) kini berusia 1 tahun 5 bulan.

Semua keluarga Fazley teruja sejak malam tadi kerana menanti kedatangan dua anak Syawal secara serentak. Nama penuhnya ‘Piyush’ akan diumumkan hanya setelah didaftar kelahirannya.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk ke[email protected]

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...