Gambar Viral Ferrari Ranap Bukan Milik Zizan Razak

Hiburan

Gambar Viral Ferrari Ranap Bukan Milik Zizan Razak

Berita mengenai pelawak Zizan Razak yang terlibat dengan kemalangan sudah menjadi pertanyaan ramai apabila ia mula menjadi viral di media sosial. Pelbagai spekulasi  mula timbul termasuklah laporan mengatakan kereta Ferrari kuning milik beliau ranap teruk di Putrajaya.

Ekoran daripada penyebaran foto tersebut, peminat Zizan menginginkan kepastian apakah keadaan terkini beliau dan punca kemalangan itu berlaku.

Advertisement

Namun, pengurus Zizan  telah tampil menjelaskan bahawa segala laporan mengenai kemalangan tersebut di Internet adalah tidak sahih. Kereta Ferrari kuning beliau tidak ranap seperti yang digembar-gemburkan dan hanya terbabas sikit serta mengalami kerosakan kecil sahaja.

Zizan juga dikhabarkan tidak cedera teruk dan masih boleh menjalani penggambaran sebuah drama dengan keadaan sihat walafiat.

Berikut penjelasan daripada pengurus beliau:

ADA SEGELINTIR PENDEKAR DI LAMAN SOSIAL YANG MEMUAT TURUN GAMBAR TENTANG KEMALANGAN MELIBATKAN ZIZAN RAZAK PETANG SEMALAM.. GAMBAR & ARTIKEL ADALAH TIDAK BENAR SAMA SEKALI.. KERETANYA TERBABAS SEDIKIT & HANYA KEROSAKAN KECIL YANG BERLAKU.. BUAT PENGETAHUAN SEMUA, DIA SIHAT WALAFIAT & SEDANG MEMBUAT PENGAMBARAN DI SEKITAR KUALA LUMPUR.. TQ SEMUA YANG AMBIL BERAT. #inibenar#janganbuathal #ztf #kualalumpur #ANGINCINTA#malaysia

Alhamdullilah semuanya tidak apa-apa. Bukan apa ramai sebenarnya yang sayang dan prihatin terhadap keadaan Zizan Razak sebab itu mereka tertanya-tanya dan ingin mendapatkan cerita mengenainya. Anggap sahaja dugaan kecil ini sebagai peringatan untuk menjalani kehidupan lebih baik selepas ini.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...