Gambar Mesra Bersama Anis Al Idrus, Sharnaaz Ahmad Enggan Komen

Hiburan

Gambar Mesra Bersama Anis Al Idrus, Sharnaaz Ahmad Enggan Komen

Memang Sharnaaz Ahmad dan Anis Al Idrus sama cantik dan sama padan. Muka pun lebih kurang sama. Sedap mata memandang. Sebelum ini Sharnaaz sudah pun membuat pengakuan yang hubungan mereka berdua memang rapat. Kerapatan tersebut terbukti apabila satu gambar yang kelihatan seolah-olah Sharnaaz dan Anis merangkul pinggang masing-masing menjadi bualan para peminat mereka. Banyak juga khabarnya yang makan hati melihat gambar ini. Hehehe.

anis al idrus dan sharnaaz

Advertisement

Walaupun tidak jelas dan tidak dipastikan sama ada mereka benar-benar merangkul pinggang masing-masing, sedikit sebanyak gambar ini telah menjejaskan imej Anis Al Idrus terutamanya. Mana tidaknya, Anis sememangnya terkenal di kalangan ‘hijabster’. Ditanya mengenai kontroversi gambar ini, Sharnaaz enggan memberikan sebarang komen:-

Saya malas nak komen. Saya tak nak cakap apa-apa mengenai perkara itu. Biarlah…,

Hanya mereka berdua yang tahu apa sebenarnya yang terjadi. Kadangkala ia lebih kepada detik gambar itu diambil sehingga nampak seperti tengah pegang pinggang sedangkan sebenarnya tiada apa-apa pun. Menariknya, hubungan Sharnaaz dan Anis memang nampak semakin intim lebih-lebih apabila Anis kelihatan menyambut hari jadi Sharnaaz baru-baru ini. Romantis sangat!!!

anis al idrus dan sharnaaz

Semoga mereka berdua cepat dipertemukan jodoh. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


anis al idrus dan sharnaaz
anis al idrus dan sharnaaz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...