Gambar Itu Bukan Ditujukan Kepada Rita – Donna Muslim

Hiburan

Gambar Itu Bukan Ditujukan Kepada Rita – Donna Muslim

Sekarang ini, nama Rita Rudaini menjadi panas gara-gara dituduh sesetengah pihak sebagai punca rumah tangga pelakon Aqasha dan isterinya, Baizura berantakan. Tiba-tiba pula, jejaka yang pernah dikatakan bercinta dengan Rita, Donna Muslim memuat naik foto dengan kapsyen berbaur sindiran yang seakan berkaitan dengan isu yang sedang dihadapi oleh Rita.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Donna menjelaskan foto itu tidak ada kena mengena dengan Rita. Malah, Donna sudah memadam foto berkenaan di akaun Instagramnya itu agar tidak mengundang sebarang spekulasi serta kritikan.

Saya muat naik gambar hiasan itu secara jujur dan ia memang tiada kaitan dengan isu terbabit. Sebaliknya, ia berkaitan dengan situasi saya alami sendiri membabitkan kawan.  Biasalah, ada kawan yang kita percaya, tetapi tikam dari belakang dan macam-macam lagilah. Saya bagaimanapun memang tidak menujukan gambar itu kepada dirinya. Tapi biasalah, netizen mula mengandaikan ia memang merujuk kepada situasi itu.

Gara-gara gambar itu juga, ada yang mula memberi komen pedas dan andaian bukan-bukan. Jadi, saya ambil pendekatan memadamkan gambar itu kerana enggan mengeruhkan perkara yang disalahtafsirkan. Ikutkan, saya tak tahu pun kontroversi membabitkan mereka. Saya hanya mengetahui perkara itu pun menerusi kawan yang memaklumkannya.

Untuk pengetahuan anda, Donna sudah lama tidak mengambil tahu sebarang berita terkini tentang Rita dan beliau juga bukan pengikut Rita di Instagram.

Saya pun sudah lama tidak menjadi pengikutnya di laman Instagram. Dia pun tak pernah ‘follow’ saya. Jadi, mustahil saya ada niat jahat dengan memuat naik gambar hiasan itu.

Kesian Donna tiba-tiba terpalit denga kontroversi dan menerima kritikan, malangnya masa beliau memuat naik foto tersebut memang tidak kena apatah lagi isu berkaitan Rita sedang hangat. Harapnya dengan penjelasan Donna, tiada lagi pihak yang terasa ataupun salah faham.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...