Gambar Itu Bersifat Artistik Bukan Lucah – Siti Saleha

Hiburan

Gambar Itu Bersifat Artistik Bukan Lucah – Siti Saleha

Segelintir rakyat Malaysia ini semua benda pun nak dibayangkan benda bukan-bukan. Abang Nara tengok gambar Siti Saleha di bawah tak adalah pulak nak fikir yang bukan-bukan. Biasalah hanya seorang gadis duduk di atas batang kayu yang berada di tepi pantai di Pulau Tioman. Masalahnya boleh pulak hanya kerana gambar sebegini komen-komen lucah yang tidak masuk akal diterima oleh Siti Saleha. Sedih sungguh.

siti saleha

Advertisement

Orang seni memang ada nilai artistik mereka yang tersendiri. Namun mungkin interpetrasi setiap manusia yang berbeza menyebabkan timbulnya komen-komen kurang menyenangkan. Kata Siti Saleha menerusi Mstar Online:-

Saya tidak pasti apa yang silapnya dengan gambar berkenaan kerana pada saya ia hanya bersifat artistik. Sebagai seorang selebriti saya tahu had dan sentiasa berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu gambar di laman sosial. Ini adalah harga yang saya perlu bayar apabila menjadi seorang selebriti dan saya terima cuma mana yang terlalu melampau saya akan sekat mereka

siti saleha

Jangan lepas ini kalau Siti Saleha muat naik gambar dengan sudu dan garfu pun boleh dijadikan bahan komen tak masuk akal oleh para pengikutnya sudahlah. Nasib baik Siti Saleha nie jenis memahami lumrah kehidupan seorang selebriti. Bersabarlah. Biasalah semua ini. Fikiran manusia kan lain-lain. Tak gitu?

P.S: Pantai penuh keunikan di seluruh dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...