(GAMBAR)Paling Terlampau Di Bulan Ramadhan?

Hiburan

(GAMBAR)Paling Terlampau Di Bulan Ramadhan?

Teruja kami bila dapat email gambar-gambar nie. Memang menguji keimanan terutama di bulan puasa nie. Tak sangka ada yang sanggup hantar email macam nie kat kitorang. Memang tak wajar gambar-gambar terlampau macam nie disebarkan. Kurang pahala puasa kalau anda melihatnya. Kalah keterlampauan gambar Liyana Jasmay bogel yang sekali tengok pun tau tue bukan Liyana Jasmay (awek Indon bogel mana ntah tapi kata Liyana Jasmay).

Advertisement

Kami nasihatkan jika anda sedang berpuasa agar tak tengok gambar-gambar terlampau nie. Takut terbukak terus puasa tue kan. Jangan cakap kami tak bagi amaran. Dosa tanggung sendiri tau. Kami taknak terlibat.

Kalau berani tengoklah gambar-gambar paling terlampau pernah kami lihat dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

1. Murtabak Yang Harum dan sedap…. kuahnya yang kuning tu fuhhh… kalau bau gerenti tutup mata punya….

2. Cuba anda saksikan kilatan di atas daging ayam percik ni… fuuhhh.. kalau tersentuh lidah kita… gerenti nikmat tak terhingga sehingga menitiskan air mata… ditambah hirisan timun tu… masya Allah… hanya Tuhan je yang tahu nikmatnya…

3. Tak payah nak cakap apa, ikan pari bakar kalau dicicah dengan air asam, memang satu tarikan yang pasti kita akan sukainya setiap masa… fuh.. kalau perah asam limau atas dia… lagilah kecur air liur wa akap luuu…

4. Anda bayangkan, anda ada sepinggan pulut tanpa lauk…. pulut kuning pulak tu… so apa yang anda akan lakukan??? melihat sahaja tekstur yang ada pada rendang daging ni????

5. Bagi yang nak simple-simple, jangan pandang rendah pada keputihan telur mata kerbau yang terbaring diatas keempukan aroma maggie goreng kerana aroma inilah yang akan buat kita kembang hidung…

6. Bagi peminat makanan siam, tidak syak lagi bila dihidangkan tom yam dihadapan anda, anda akan jadi gila… sebab perlu disertakan dengan nasik … dan sambal belacan… mak datuk… nikmatnyaaa!!!!

7. Dan ini adalah menu utama, semua orang pasti menyukainya… lihatlah kemerahan ikan sambal tu kawan-kawan…. gerenti nangis kalau kita rasa… fuh…. nasi campur sekeliling ada laukkk…


8. MasyaAllah, cantiknya susunan cincau dalam bandung ni… warna pink bandung tu kalau menerjah ke tengkuk kita pada masa ni… pasti kita akan buat sembahyang syukur… tanda terima kasih ya amat....

9. Hirisan popia basah ni memang dipandang sepi, tapi cuba anda letakkan di atas lidah, dan telan… anda pasti akan kata dunia ini ana yang punya!!!

Kami tak bersalah jika anda terbukak puasa selepas melihat gambar-gambar nie. Hehehe.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...