Written by Bella | August 11th, 2015

Rasanya baru sahaja kita melihat kegembiraan Bade Hj Azmi dan Erma Fatima menyambut Aidilfitri bersama anak-anak mereka dan ia cukup menyentuh hati peminat sehingga ramai yang mendoakan agar mereka terus bersama tetapi Erma nampaknya masih meneruskan niat beliau untuk berpisah.

Walaubagaimanapun, Bade nampaknya seakan tidak bersetuju dengan keputusan Erma sehingga Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur terpaksa mengeluarkan notis amaran terakhir kepada beliau kerana gagal menghadirkan diri bagi kes permohonan cerai yang dibuat oleh Erma.

Keputusan tersebut telah dibuat oleh Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas peguam yang mewakili Erma iaitu Jamal Lokman Mohd Sulaiman membuat permohonan keapda pihak mahkamah untuk tidak mengeluarkan waran tangkap kepada Bade.

Plaintif meminta agar tidak dikeluarkan waran tangkap terhadap defendan dan ingin memberinya peluang untuk hadir pada sebutan seterusnya.

Menurut Jamal, beliau tidak mengetahui dengan jelas punca sebenar mengapa Bade tidak dapat hadir semalam. Apa yang beliau tahu buat masa ini pengarah filem itu sedang berada di luar kawasan dan berharap beliau akan hadir pada persidangan akan datang.

Pasangan Bade Hj Azmi dan Erma Fatima telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 1990. Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain, 9.

Bade kemudian bernikah dengan Aida Abdul pada tahun 2014 dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jihad yang kini sudah berusia 6 bulan.

Sebelum ini, Bade pernah menyatakan beliau tidak mahu bercerai dengan Erma dan daripada percakapannya itu kita boleh lihat bahawa beliau masih lagi sayangkan isterinya itu. Apa-apapun semuanya bergantung kepada ketentuan takdir, doakan yang terbaik buat mereka.

Sumber Berita: mStar Online

6 responses to Gagal Hadir Kes Cerai : Mahkamah Keluarkan Notis Amaran Terakhir Kepada Bade Hj Azmi

  1. Anonymous says:

    kalau aku di tempat erma aku juga minta cerai..sang suami gatal kahwin lagi..si perempuan merampas hak org..apa lagi babe ceraikan je erma..kalau kau betul2 sygkan erma kau takkan kwn lagi..nilah lelaki konon tk mahu bercerai konon masih sayg..kalau kau di tmpt erma baru kau tahu. cinta di bagi dua..tidur dgn popm lain.pas tu konon masih syg bini pertama..bullshit.hanya satu je aku naj tanya pada jantan2 yg nak kawin lebih dari satu..sanggupkah kau biarkan isteri kau tidur dgn lelaki lain selain dari kau dan berkongsi cinta dgn lelaki lain?? ikut kehendak nafsu kau je..konon ikut sunnah..puiih..semua bullshit!!

    .

    0

    0
    • aku setuju says:

      lelaki zaman sekarang bajet nak tiru nabi…tapi amalan haukkk memasing!!!! bab kawin kemain!
      betul cakap ko tu anon, cuba twist kalau bini boleh kawin dua, apa perasaan korang lak bini tido dengan lelaki lain, beranak dan ada anak dengan lelaki lain?
      apa korang rasa haaaaaaaaaaaaaaaaaa?????????????

      0

      0
      • Anonymous says:

        memang jantan2 yg nk kawin lebih dari satu semuanya sebenarnya gila sex..besarkan nafsu semata..haramjat..

        0

        0
    • Anonymous says:

      like

      0

      0
  2. bade tamak says:

    Dh dapat Dua burit mmg le bile cakap syg bagai.. Cer Erma dpt merasa ‘adik pendek’ yg lain, tau x ko berasa hati bade oiiiii… Laki Kalo dh tamak…. Mcm2 pujuk rayu… Puihhhh
    Yg betina perampas tu pon syok leee… Bakal jadi mem besaq Kalo bade n Erma bercerai… Jobo Punye betine…

    0

    0
  3. Lki suma sama..phuiui says:

    Aiii Bade,kn snang erma mntak cerai..xyah lh pas ni kne glir2.bini no 2 ko pn jd yabedabadoo la.Bade,klu ko syg erma,ko xkn lukakn ati dia walaupn dia izinkn.tp skrg ko akn bbas..lpaskn lh dia.

    0

    0