Written by AbangNara | January 22nd, 2014

Abang Nara suka dengan semangat dan fikiran positif Shah Jaszle walaupun rayuannya untuk mengugurkan kes khalwat telah ditolak. Orang kata, berani kerana benar, takut kerana salah. Semalam, Hakim Syarie, Abd Halim Abu Samah menolak rayuan yang dikemukakan tertuduh menerusi Peguam Syarie, Ashraf Ranee pada 19 Disember 2013 kepada Ketua Pendakwa Syarie mahkamah tersebut.

shah jaszle bicara

Susulan itu, kes ini akan dibicarakan pada 8 April 2014 di mana pihak pendakwa akan mengemukakan 9 orang saksi. Sebelum ini, Shah Jaszle mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1,500 manakalah Farah, wanita yang dituduh  berkhalwat dengannya mengaku bersalah.. Apa pun, Shah Jaszle tampak sudah bersedia dan tidak gentar dengan perbicaraan yang bakal berlangsung.

Saya tidak tahu mengenai saksi yang dikemukakan dan perlu berbincang dengan peguam saya terlebih dahulu. Bagaimanapun saya tidak gentar kerana tidak bersalah dalam hal ini

shah jaszle

Semoga semuanya berjalan lancar buat Shah Jaszle. Bincang dengan teliti sebelum naik ke mahkamah kelak. Kebenaran akan terbukti jua. Jangan takut jangan gentar jika anda berada di pihak yang benar. Info asal Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 responses to Gagal Gugurkan Kes, Shah Jaszle Dibicara 8 April Ini

  1. Qatherina says:

    Bagaimanapun saya tidak gentar kerana tidak bersalah dalam hal ini? Abis tue kenapa minta gugurkan kes?

    Whatever!

    0

    0
  2. apple says:

    baguih la abg nara ni
    pandai betul cut and paste cerita dari mstar online, forum, bpo, twiteer and fb artist2
    teringat budiey punya komen “saya kena kejar event ke sana ke mari sbb nak cari berita, walau saya tau mmg ada blogger yang hanya goyang kaki and cut and paste berita dari blog orang lain”

    Adakah beliau merujuk kepada bang nara hahaha
    jangan sentap ye…

    0

    0
    • doremon says:

      tak suka tak payah baca. atau buat blog sendiri. atau pun baca blog2 lain yg original yg ko ckp x copy paste tu.

      0

      0
      • zie says:

        maslahnya apa yang abang nara buat ni tak salah. dia blogger bukan wartawan.

        dan dia credit setiap mana dia amik tu.
        lainlah dia curi and tak credit siapa siapa

        0

        0
  3. mizz cerry says:

    Hahahahahahahahaha….betul 2 aku setuju berani kerana benar takut kerana salah!!!

    0

    0
  4. S says:

    Hek eleh. Mamat ni… Xsalah yg ko nk gugurkan kes dah kenape…? Hanggg apa cita?????? (Ala2 comey) puiiihhhhhh

    0

    0
  5. aigo? says:

    bengap la mamat ni..ko file in application to strike out the case, tapi pasangan khalwat kau tu mengaku salah..ko sekadar masukkan application utk mengaburkan mata org ramai je dengan “memasukkan permohonan sebegitu” padahal takde asas pun..lupa, kau kan artist..nak jaga imej utk org yg cari makan mcm kau ni mmg penting kannnn..tu sebab buat benda2 bodoh..lawyer kau jugak yg kenyang..haha..kalau pasangan kau pun tak mengaku dan korang ada point utk disandarkan, make sense laa..tp soalnya pasangan kau dah ngaku, kau pulak dalam keadaan separa bogel camtu dalam bilik perempuan tu dalam rumah perempuan tu..sapa yg kau cuba nak tipu ni wei??? eh, even makcik2 kg dan budak2 sekolah zaman sekrang pun dah ramai yg bijak nak fikir tau tak..aduhaii..agak2 le nak kelentong tu bhai..

    0

    0
  6. mak mentua says:

    jantan buaya tembaga buaya timah buaya karat buaya bercabang empat

    0

    0
  7. someone says:

    mamat playboy ni..mn tau rs bersalah..poyo je ckpnya..tgklh ape yg berlaku nnti..

    0

    0
  8. Mei says:

    apalah sangat dunia ni kn jasellll. ko tunggu dekat akhirat nanti. biar Allah yg balas semua nye.

    0

    0
  9. nil says:

    sib bek maria farida cepat tersedar…tak terus melatah. miera liyana,..dan puteri (tunang), kahwin jelah cepat.
    knpa dia nk gugurkan kes?..ngok ngek tul lerr…sedangkan si perempuan itu mengaku bersalah,…siapa aniaya siapa?…takkan pompuan tu nak aniaya dia,..kawan dia..itu maknanya kawan kawan nak aniaya kawan..awak tu kenalah muhasabahkan diri dulu…jangan banyak membebel.

    0

    0
  10. Anonymous says:

    bukan hensem pun dia ni,berlakon pun xseberapa…dh mmg player…dunia boleh larilh tggu akhirat nanti,wallahualam

    0

    0
  11. minah jambu merah biru says:

    ni nama Nye jerat percintaannnnn si shah ni dh kena jerattt…tkpe la mungkin ni satu dugaan untok u sebelom u kawin ngan tunang u tu….semoga Berjaya..

    0

    0
  12. peanut says:

    dah berkarat

    0

    0
  13. […] Gagal Gugurkan Kes, Shah Jaszle Dibicara 8 April Ini (17) […]

    0

    0
  14. […] Gagal Gugurkan Kes, Shah Jaszle Dibicara 8 April Ini (18) […]

    0

    0