Written by Bella | August 29th, 2016

Nampaknya masih ramai yang belum boleh lupa mengenai kontroversi Ruhainies bersama Dato Red. Setiap apa yang dilakukan oleh Ruhainies pasti ada sahaja pihak yang mengaitkan namanya bersama lelaki berkenaan.

Baru-baru ini Ruhainies ada memuat naik foto seakan sedang memilih barang kemas. Siapa sangka dengan hanya melihat foto tersebut ada dakwaan mengatakan Ruhainies sedang merancang untuk berkahwin dengan Dato Red.

Namun, jelas Ruhainies foto itu dimuat naik olehnya kerana memenuhi undangan bagi pihak tersebut sempena majlis sambutan Hari Kebangsaan.

Gambar yang saya muat naik ketika di kedai Habib Jewels itu kerana saya diundang untuk majlis mereka baru-baru ini dan mereka minta untuk promosikan di laman sosial Instagram saya.

Ia tiada kaitannya dengan Dato Red atau siapa-siapa lelaki pun, bukan saya sahaja, malah ramai artis lain yang turut sertai majlis tersebut.

Ruhainies merasa agak bengang kenapa masih ada lagi pihak yang mengaitkannya dengan Dato Red sedangkan beliau sudah menjelaskan mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Saya tidak tahu kenapa dikaitkan lagi dengan dia (Dato Red), mereka buat cerita ni tak takut dosa ke?

Semua sudah reda dan tiada yang komen negatif, saya tidak mahu lepas ni hangat balik cerita-cerita tidak betul seperti ini.

Sabarlah Ruhainies, bila dihimpit gosip dan kontroversi memang ia mengambil masa untuk orang ramai melupakan hal tersebut. Jangan tertekan, lama-lama nanti isu tersebut akan reda juga. Ini cabaran untuk menjadi artis bukan?

Sumber Berita : mStar Online

10 responses to Foto Pilih Barang Kemas Bukan Hendak Berkahwin Dengan Dato Red – Ruhainies

  1. propa la sangat says:

    kaki propa kan! haishhh……..

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Tak habis habis cerita budak baru nak up, desperate nak belakikan org kaya, pelakon kayu batu, Nora Danish celup ni dengan lelaki Melayu terakhir rebutan artis murahan Malaysia a.k.a Datuk Adnan Abu tu.

    0

    0
  3. ruhainies senget says:

    fuhh ayat dia. betul tu fitnah tak takut dosa ke? tapiii tak tutup aurat tak takut dosa ke?

    0

    0
  4. lyana tasha says:

    Ksian tengok pic yg white roses kt leher…mcm x kna je ris kt situ…patut diletak senget ketepi leher skit….PA dia x adjust ker…mcm terseksa sgt..

    0

    0
  5. Bebelan says:

    cantik caption untuk gambar.menimbulkan tanda tanya..awwww..suweettt

    0

    0
  6. Bebelan says:

    tang cantik jak caption meninggalkn tanda tanya..aww so suweettt

    0

    0
  7. Anonymous says:

    bodo pompuan ni…caption pun buat org slh faham..mmg la masing2 pikir die nk kwin…alahai…

    0

    0
  8. pencurihati says:

    Meluat pulak aku dengan dia ni. Next gossip please!

    0

    0
  9. Victoria becks says:

    1. Awat muka hang putih dari leher hang? Brapa kilo tepung hang tepek.
    2. Tlg pulangkn bunga nenek aku balik lps abih event “jemputan” tu. Membebel nenek aku cari bunga dia.
    3. Tlg consider ko punya fashion.. hazabb sgt dik

    0

    0
  10. datin green says:

    bdk ni aku g stalk ig dia jap td, suka up gmbr bungo ros tu byk kali. mungkin sbb gmbr tu dia nk tunjuk KONON muka dia mcm nora danish kot. pastu byk buat posing ala ala nora. xde identiti sendiri ke ?? pastu nk lg cpt glemer, asyik buat kontrovesi. kesian dia nk naik dgn cari camtu… kesiann kesiannn

    0

    0