Written by Bella | December 11th, 2016

Sejak bulan lepas, orang ramai sudah berkata-kata bahawa Saharul Ridzwan bakal bergelar bapa.  Namun,  Saharul enggan memberikan komen lanjut mengenainya dan meminta doa orang ramai mendoakan yang terbaik buat beliau dan isteri, Deena Emir.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini, Saharul nampaknya seakan memberikan gambaran isterinya sah sedang hamil anak pertama mereka apabila memuat naik foto perkembangan bayi dan kapsyen beliau bersyukur dengan rezeki diberikan.

Ruangan komen di Instagram Saharul dibanjiri dengan ucapan tahniah dan mendoakan agar segalanya dipermudahkan buat pasangan tersebut.

Ada juga yang mengatakan seri ibu mengandung terpancar di wajah Deena dan jika anda lihat foto dibawah, beliau kelihatan agak “berisi”.

Harapnya Saharul akan tampil mengumumkan berita gembira berkenaan tidak lama lagi. Kami yakin ramai yang akan mendoakan kesejahteraan mereka suami isteri.

1 responses to (FOTO) Isteri Saharul Ridzwan Hamil?

  1. kak linda says:

    Barokallah

    2

    0