Written by Bella | January 9th, 2017

Umum mengetahui penyanyi Datuk Siti Nurhaliza masih belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata selepas hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga. Dikala ramai yang mendoakan agar Siti Nurhaliza berpeluang menjadi ibu, ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap situasi berkenaan dengan menggunakan foto Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Khalid untuk melariskan produk perangsang seks.

Menerusi portal Kosmo Online, iklan berkenaan disiarkan menerusi laman Instagram pengguna yang disertakan dengan pautan kepada satu artikel berkaitan masalah mati pucuk yang difitnah berlaku didalam rumah tangga Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid.

Malah, pihak tidak bertanggungjawab itu juga memberitahu bahawa pasangan berkenaan turut menggunakan produk seks tersebut.

Siti Nurhaliza akui merasa terkejut dengan perkara berkenaan kerana foto beliau digunakan tanpa kebenaran demi mengaut keuntungan.

Menurut Siti Nurhaliza, beliau akan mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga ubat perangsang seks yang sanggup mengaibkan beliau dan suaminya.

Sekarang memang ramai manusia yang menggunakan nama selebriti dan mengambil kesempatan terhadap mereka demi melariskan sesuatu produk. Semoga Datuk Siti Nurhaliza dan suami tabah menghadapi dugaan ini. Harapnya peniaga ubat berkenaan dapat dibawa ke muka keadilan.

Sumber Berita : Kosmo Online

31 responses to Foto Datuk Siti Nurhaliza Digunakan Tanpa Kebenaran Untuk Lariskan Produk Seks

  1. Shhh says:

    ni mgkin tindakan dct tegur jamal ari tu..kalo ikutkan dct bersuara mcm org lain jugak…mgkin sebb dct public fgure org kenal..jamal pun org kenal..so benda ni jdi viral…da je yg org umnok tk puas hati dgn dct ni..lagi kerabat si jamal..salah dct sbb cucuk salah tebuan..tu yg kuncu2 jamal tk senang dgn dct..mcm2 bahasa kesat dorg guna…

    11
    19
    • Anonymous says:

      aku pun sokong tindakan tok ti , n x menyebelahi jamal pak tongkol ,, tapi x de la pulak nk memfitnah mcm kau ni yg mengatakan si jamal jamban tu n kuncu yg aib kan tokti pasal ubat perangsang sex ni dik oiyyy…
      bawak beretenang lah kalau mengomen tu ye dik…

      22
      1
      • Pekerja Gomen says:

        Jamal tak berani dh cari pasal ngan Tok Ti..
        masa dia mengata Tok T aritu dia tak tau yang Dato K tu berpengaruh kuat untuk jatuhkan bisnes bawa masuk warga asing Jamal Jaya dia tu…

        Last2 ada org dah warning dia bgtau Dato K tu siapa sbnrnya…
        Menggelabah la member…
        Baru dia tau dia carik pasal ngan salah org…
        Sbb tu cepat2 dia kata dia tak keluarkan apa2 statement pasal kesuburan tu.

        Masa dia kuar statement mengutuk CT tu.. kawan2 aku kat Wisma Putra dah bantai ketawa…
        Dowang kata… Jamal Jamban tak tahu lagi tu….
        Lepas ni mesti menggelabah…

        Skali mmg betul pun
        Hahahaha

        19
        0
      • KIah says:

        Ya rabbi. Dah la hang penipu lepas tu guna gambar artis top pula nk lariskan produk hang. Terdesak sampai cam tu sekali. Secara x langsung ko mengaibkn dia. Hishhh…berniaga biarlah jujur sikit youols!

        2
        0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      tu pasal lain kali jangan campur orang lain punye hall….dudok diam2 sudaaa…

      1
      6
  2. melati says:

    Perampas sampai bila2 pun tk senang..!!!

    4
    12
  3. guan says:

    belakang maybank jomm !!

    3
    0
  4. xyz.... says:

    couple yg melepasi waktu asar…
    tapi maseh rasa dlm waktu zuhur…
    ala ala versi…
    george clooney and amal alamuddin…
    semoga capai lah impian anda berdua..
    hapi birthday to u …ctdk

    3
    3
  5. Anonymous says:

    Kelakar gossip nie,nak kata masi kuat lagi ke?

    1
    1
  6. johnny bravo says:

    Dah naik menyampah tengok muka dua ekor ni…….

    2
    2
  7. Lopah says:

    Geli tengok misai tok kay…kalau Fattah aku ok kot. Cun..dan muda.

    0
    4

Leave a Comment

Optional