Foto Bantu Mangsa Kemalangan Viral: Lan Pet Pet Tidak Mahu Dianggap Cari Publisiti Murahan

Hiburan

Foto Bantu Mangsa Kemalangan Viral: Lan Pet Pet Tidak Mahu Dianggap Cari Publisiti Murahan

Pendedahan seorang wanita akan sikap baik hati pelawak Lan Pet Pet yang sanggup membahayakan diri kerana ingin membantu mangsa kemalangan di Alor Star, Kedah kini viral di media sosial.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Lan Pet Pet memberitahu beliau merasa malu dan tidak mahu dikatakan menunjuk-nunjuk apabila foto beliau yang sedang membantu mangsa seorang lelaki berbangsa India  menjadi bualan ramai. Malah, tindakan beliau itu bukan untuk meraih publisiti murahan dan sebenarnya beliau mengetahui cerita itu tersebar apabila diberitahu oleh isterinya.

Saya tidak tahu ada pihak merakam gambar saya ketika saya cuba membantu lelaki berkenaan dan saya hanya mengetahuinya apabila diberitahu oleh isteri. Saya jadi malu kerana tidak mahu disalah anggap cuba menunjuk-nunjuk tetapi gambar itu pun sudah tersebar luas. Saya tidak boleh buat apa-apa.

Pada masa yang sama, Lan Pet Pet sempat menceritakan kejadian tersebut. Menurutnya, pada waktu itu beliau sedang memandu melalui Jalan Putra sebelum melihat sebuah kenderaan dengan tidak sengaja telah terlanggar sebuah motosikal yang ditunggang oleh mangsa berkenaan daripada arah belakang.

Melihat kejadian tersebut di hadapan mata beliau sendiri, Lan Pet Pet tanpa berfikir panjang telah memberhentikan kereta beliau daripada arah bertentangan untuk membantu mangsa.

Semasa saya lihat dia dilanggar tiada siapa datang membantu dan dia cuba mengesot ke bahagian tepi jalan. Saya tidak sampai hati melihat keadaannya dan terus meluru keluar untuk membantu mengangkatnya sebelum ada pihak lain datang memberi pertolongan.

Buat Lan Pet Pet, beliau tidak pernah membezakan warna kulit sebagai ukuran untuk seseorang menghulurkan bantuan dan selalu mengingati pesan arwah ayahnya supaya menjadi seorang yang mempu memberikan manfaat kepada orang lain. Beliau juga berharap agar perkara ini tidak lagi diperbesar-besarkan kerana ia sudah menjadi tanggungjawab sesama manusia.

Membaca kenyataan Lan Pet Pet membuatkan kami rasa betapa mulianya budi pekerti beliau. Bukan mudah untuk kita bertemu dengan insan seperti beliau bak kata orang satu dalam sejuta. Semoga Allah SWT sahaja yang dapat membalas kebaikan yang beliau lakukan.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...