Written by AbangNara | November 25th, 2013

Kalau anda masih ingat, sebelum ini Abang Nara ada kongsikan artikel mengenai Fizz Fairuz yang kononnya akan masuk merisik Almy Nadia. Dikatakan Fizz akan masuk merisik “minggu hadapan” (ketika artikel itu ditulis), namun menerusi Kosmo semalam, dimaklumkan bahawa tiada perkembangan langsung mengenai janji manis yang ditaburkan oleh Fizz itu.

fizz fairuz almy nadia

Adakah janji hanya tinggal janji? Adakah Almy Nadia kecewa sekali lagi? Spekulasi itu dikuatkan lagi apabila Almy Nadia berkongsi status Twitter yang penuh emosi. Tidak tahu sama ada ia ditujukan kepada Fizz atau ada permasalahan lain yang menghantui Almy.

almy nadia

Sukar untuk meneka apakah sebenarnya yang sedang terjadi antara Fizz Fairuz dan Almy Nadia ini. Menurut perancangan yang digembar-gemburkan, mereka berdua akah berkahwin tahun hadapan. Adakah perancangan hanya tinggal perancangan tanpa sebarang perlaksanaan? Atau sememangnya majlis merisik sudah berlangsung cuma Almy dan Fizz tidak mahu berkongsi berita tersebut? Hanya mereka yang ada jawapannya. Sama-samalah kita nantikan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

44 responses to Fizz Fairuz Masih Belum Masuk Merisik Almy Nadia?

  1. lalaland says:

    Tu la ko almy…tak serik2 lagi ke dgn fizz tu….carik org lain je laa

    0

    0
    • Karim Bin Zema says:

      senang senang kau je la gi ngorat almy tu

      0

      0
      • Abby Adabi says:

        Fokuskan pada perniagaan karipap anda je lah..Pendapatan yg halal lebih berkat dan nikmat..Lupakan dunia lakonan anda yang tiada sinarnya lagi kerana terpaksa bersaing dengan ramai artis2 muda n cantik..

        Lupakan juga Fiz fairuz yg pernah lukakan hati anda, tak kan tak serik nak pisang berbuah dua kali..

        0

        0
        • K.A.A says:

          fizz mungkin menggunakan almy utk menutup kisah dia tunang aritu kot.. utk rakyat malaysia lupa pasal dia tunang tu agaknya..

          0

          0
        • Aiman says:

          tak payah nak emosi sgt lah korang. kot almy kena tipu customer karipap ker. dah order beribu biji tak jadi beli..

          0

          0
    • miss mong says:

      nasihat pd almy,fizz dn abg nara..klu satu2 bnda tu blm confirm lg betulnya jgn la nk heboh2.nti bila depa dh sah2 kawin bru kita semua blh ucap tahniah.nk cerita 3 hari 3 mlm pn tk pe..

      0

      0
      • dena says:

        kita orang luar tak tahu apa jangan judge apa2… silap tuduh,dosa kita..post almy tu kita tak tahu pun apa yang dia nak sampaikan sebenarnya..kalau nak ikutkan ‘mungkin’, semuanya pun mungkin…tp jangan lupa ada ‘mungkin ya…’ ada juga ‘mungkin tidak’.. tunggu je la statement drp kedua2nya

        0

        0
  2. Karim Bin Zema says:

    hak ala fizz fairuz ni.kalau tak nak cakap la tak nak.boleh aku sailang

    0

    0
  3. Anonymous says:

    tu la kan aku dh cakap…selagi dia org x kawin..selagi tu le aku x akn ucap ap2 pn tahn iah kt dia org…aku tengok fizz tu mcm propa j y lebih…jgn pas ni ckp kena sihir lagi sdh la ye…pd amy…cari le org lain selain dri fizz ni…mesti ad insan lelaki y lebih baik dari si fizz ni….

    0

    0
  4. isteri orang says:

    semoga Allah melindungimu dan merahmatimu.. Perancangan Allah lebih baik.. Letakkan segala pengharapan hanya padaNya. In shaa Allah.. :)

    0

    0
  5. Anun says:

    Bersabarlah Almy..dugaan untuk kau..
    Allah xkan menguji seseorang diluar kemampuan dia..

    Da la almy..ko cari la lelaki lain yg lebih matang..

    0

    0
  6. alaa says:

    fizz dah kawen la sebenonye dgn pompuan yang dia bertunang aritu. takyah harap2 la almy. fizz mata duitan. muahahahaha

    0

    0
  7. ketam konpius says:

    fizz ni lelaki tulen ke?…mcm tak je…

    0

    0
  8. Purple Girl says:

    Abg nara.. bkn fizz pg ke england ke dgn fizo?

    0

    0
  9. Biskut says:

    Sebelum ada ape2 ikatan ada baiknya kita diam kan je. belum lagi masuk merisik dh heboh se malaysia ckp akan merisik almy ni tak lama lagi. org smua dok tunggu dh. aku ni bkn islam tp kalau bab2 merisik ni pun kt org diam kan je dan cuma keluarga terdekat je yg tau. andaikata la d kemudian hari jodoh tak smpai, tak ler bingung nk buat PC utk bgtau kat semua org kpg. :P

    0

    0
  10. aa says:

    memang minggu lepas status almy ni byk yg mcm sedih jer..tapi 3 hari lepas elok jer tgk dia n fizz comment dekat ig diorg..gambar fizz pegi london…

    0

    0
  11. MAXMORA says:

    kalau aku tak harap…cari lain lah Almy..

    0

    0
  12. mizz says:

    mmg confirm ke statement almy tu sbb fizz or mgkn sbb lain ke..
    to almy…klu btl mmg ada masalah buat istikharah mohon dari Allah petunjuk… ibarat mcm digantung x bertali ni mmg x syok… bdw semoga dipermudahkan urusan anda…

    0

    0
  13. redvine says:

    Kepada Almy,
    Sila cari lelaki lain yg boleh diharap.

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Cari la orang yang benar2 sayangkan Almy . Kalau setakat main2 dan dijadikan bahan buat cerita , tak berbaloi. Sebelum kawin dah gitu perangainya bila dah kawin nanti lagi susah asyik kena tipu je. Almy cantik dan ada perniagaan sendiri. Rasanya untuk mencari pasangan lain, Almy tak de masalah. Jangan risau pasal jodoh. Ianya akan datang dengan sendiri . Itu dah ketentuan Allah. Kadangkala bila kita terlalu mengharapkan sangat ,bila tak menjadi , diri sendiri yang akan merana. Lebih baik fokus pada kehidupan seharian.

    0

    0
  15. saya Auntie terhebat says:

    kalau aku senang aje, lelaki ni kalau die betul2 mmg nak kat kita, cara dia lain

    0

    0
  16. budi says:

    ini twitter ke apa..akaun dia ke? aku tak jumpe pun status dia yg ni..

    0

    0
  17. budi says:

    Ini twitter ke…? Akaun dia ke? Aku tak jumpe pun

    0

    0
  18. nonamanes says:

    If I be you Almy, sorry I won’t accept Fizz back. Sebab sekali dah buat, no guarantee dia takkan buat lagi tapi sebab awak dah pilih dia so kena hadap ler kan. Dugaan Allah.

    0

    0
  19. aku lelaki says:

    sorry kasar skit..yg ko tu bodo pegi harap kat fizz tu pasal apa..ko tu muka lawa ..cun..aduiii banyak la laki yg lebih baik nak kat ko…jgn murahkan martabat dan harga diri ko wahai wanita

    0

    0
    • Aida233 says:

      Setuju! Almy Nadia bukan takdir selalu kena tipu dengan orang, tapi dia sendiri yang kurang bijak. Dia yang biarkan diri dia ditipu. Kalau pasal Fizz, laki tu berani keluar dengan perempuan lain (ex-tunang) masa diorang dah bercouple, tak serik2 lagi. Kalau pasal biznes, customer order karipap beribu-ribu tapi last2 tak jadi, boleh je dia ambil dulu deposit 50% sebelum start buat order besar tu. Diri sendiri tak pandai jaga diri, pastu nak cakap takdir hidup dia selalu ditipu orang whatever. Kalau pasal job berlakon taktau camner nak lobby tawaran berlakon atau persaingan sengit, tu aku taknak komen apa2 lah sebab industri seni ni mmg macam2 jenis perempuan yang ada yang akan buat “macam2” untuk dapatkan job. Mungkin Almy bukan jenis perempuan yang dok menyendeng2 kat producer, kiss ass producer etc.

      Be smart Almy!

      0

      0
  20. Julia says:

    x reti serik ke Almy. Kalau aku dikalangan family almy, 2 – 2 aku “sekolah” kan. Kesian la tgk Almy mcm da xde org lain je. Yg lelaki pulak nampak macam x bsungguh pun. Siap penah betunang ngn org lain.

    0

    0
  21. yan says:

    tolongglah cari org lain almy,.. sikap acuh x acuh dia tu nampak sgt dia bukanlah seorang laki yg istimewa sgt2..kalau betul dia bersungguh dia x akan tunggu dari minggu ke minggu tahun ke tahun.Cubalah cari kebahagiaan diri dgn cara yg lain..kalau ada jodoh pun nanti macam dah x best dah rasanya nanti….serinya dah hilang….

    0

    0
  22. drMpower says:

    kawin ngan aku je lah

    meh meh

    0

    0
  23. Anonymous says:

    xsampai jdoh lg nk wat cmne
    kite hanya merancang Allah tntukan
    tp ak percaya 1 hari nt jodoh tu akn sampai gak
    anggap la sume ni ujian dr-Nya,utk beri yg terbaik kpd kite
    insyallah

    0

    0
  24. moly says:

    nanti katanya kena HACK .

    0

    0
  25. Anonymous says:

    TWITTER KE WECHAT?

    0

    0
  26. Ex- peminat fizz says:

    k.almy, mohon cari lelaki lain..dulu saya peminat fizz fairuz..tpi sejak die menang anugerah pelakon pe tu, die cm poyo sket..berlagak pun ye..lagi2 bila tetibe die tunang ngan orang lain dan bukannye ngn k.almy..geram sy..

    0

    0
  27. minah jambu merah biru says:

    elehhhhh masa fiz tunang ngan bini orang kelmarin dh tau pe si fiz ni orang Nye camana !!! almy pon tau si fiz ni camana tapi dia maseh nk tunggu si fiz tu jugak macm tkde jantan lain kt donia yg fana ni !! masa si fiz tunang ngan bini orang dulu almy boleh putus kn hubungan ngan si fiz !!! pasal fiz dh mempermainkn almy dngan bertunang ngan betina lain ! kena buat orang kononnnnnnnnnnnnnn huh ! cuba betina tu bukan bini orang jangan2 si fiz dh kawin ngan betina tu ! fiz ada ingat almy masa dia bertunang? tkde ! dia tk ingat ngan almy yg dh bertaon2 mateair ngan si fiz !! nk cover diri dia cakap la kt satu Malaysia yg konon Nye dia kena bomoh ngan betina tu !!! huh ! tengok muka si fiz ni pon minah jambu tk bekenan ! macmana si almy boleh bekenan ni ?????????? muka tengok macm jantan baik2 …..tapi jantan tk baik rupa Nye….jangan2 fiz ni dia eksen suka ngan si almy padahal padahal padahal……….bang nara tolong siasat kes ni ok !

    0

    0
  28. dina says:

    Almy…u r so gullible.
    diperbodohkan fizz fairuz over and over again
    Please wake up and listen to the people around u.
    Only ur interest at heart.

    0

    0
  29. ikan says:

    klu ko kena tipu sekali, memang salah lelaki tu la sbb menipu.
    klu ko kene tipu dua kali, memang salah ko la sebab percaya balik.

    0

    0
  30. lana says:

    mcm tak ade lelaki lain dlm dunia ni..

    0

    0
  31. hmm says:

    Almy, hati kadang2 sukar melepaskan sesutu yang disayangi pergi. Tapi kalau berkali2 Tuhan menjauhkan kita dari sesuatu hajat itu, membawa kita jauh dari hajat hati itu..membuatkan jalan untuk kita mencapai hajat itu terlalu berliku..

    Mungkin itu caranya Tuhan memberi ilham pada kita.. apa yang kita hajati itu bukan yg terbaik untuk kita. Maka redha dan lepaskanlah biar pun dgn berat hati. Sebab Tuhan pasti ada perancangan yg lebih baik untuk kita..

    Kalau Fizz itu yang menjadi keluh kesah, lepaskan lah. Perempuan yg baik untuk lelaki yg baik insyaAllah..

    0

    0
  32. moskuloskeletal says:

    kalau dah terlalu banyak sgt dugaan,memang susah sgt nk jodoh tu.Buat le solat istiharah n hajat selalu moga diberi petunjuk.Almy kena kuat semangat,jgn tunjuk lemah sgt pada fizz sampai diperkotak katikkan.jgn tunjuk sgt mu tergila-gila sgt kat dia..tu yang dia main tarik tali tu…

    0

    0
  33. […] Fizz Fairuz Masih Belum Masuk Merisik Almy Nadia? (39) […]

    0

    0
  34. […] Fizz Fairuz Masih Belum Masuk Merisik Almy Nadia? (40) […]

    0

    0
  35. […] Fizz Fairuz Masih Belum Masuk Merisik Almy Nadia? (41) […]

    0

    0
  36. […] Fizz Fairuz Masih Belum Masuk Merisik Almy Nadia? (42) […]

    0

    0
  37. […] Fizz Fairuz Masih Belum Masuk Merisik Almy Nadia? (43) […]

    0

    0