Fizo Omar Tegur Sikap Afiq Muiz

Hiburan

Fizo Omar Tegur Sikap Afiq Muiz

Kontroversi yang melanda Afiq Muiz dan ibunya ternyata mendapat perhatian selebriti-selebriti tanah air. Rata-rata menasihatkan Afiq agar segera memohon maaf kepada ibunya. Fizo Omar turut tidak terkecuali untuk memberikan sedikit nasihat dan teguran kepada Afiq.

afiq muiz

Advertisement

Abang Nara tertarik dengan perkongsian cerita Fizo Omar mengenai kehidupannya. Kata Fizo kepada Mstar Online:-

Dahulu saya pernah susah, gaji pun tidak seberapa, tetapi masih mampu memberikan sedikit wang kepada ibu. Dan selepas itu semestinya ibu akan mendoakan buat anaknya agar berjaya pada masa akan datang. Alhamdulillah, berkat doa ibu, saya masih kukuh sebagai pelakon dan pada masa sama sudah memiliki 30 buah francais perniagaan burger (Hot Burger) di bawah syarikat saya F120 Enterprise. Tidak lama lagi saya akan membuka syarikat produksi menerbitkan drama pula, Insya-Allah

fizo

Sememangnya doa seorang ibu sangat penting di dalam menentukan kejayaan hidup seorang anak. Doa ibu adalah antara doa yang paling senang dimakbulkan olehNya. Tambah Fizo Omar lagi:-

Kalau nak diikutkan, Afiq masih belum berjaya sepenuhnya tetapi nama dia sedang meningkat naik. Dengan keadaan dia tidak meminta maaf kepada ibu, saya percaya hatinya susah untuk menjadi tenang. Jangan kecilkan hati mereka. Kita kena terima hakikat bahawa orang tua mudah terasa hati. Perlu diingat, mereka tidak inginkan wang kita melainkan masa yang diluangkan bersama. Nilai wang yang kita beri kepada mereka tiada tandingnya berbanding apa yang telah dilakukan sejak mengandungkan kita lagi.

Fuh ~~ Memang insap sungguh kata-kata nasihat Fizo Omar ini. Kena sejibik kat dahi Afiq Muiz. Malah Fizo turut berkata yang dia sanggup berpisah dengan kekasih demi ibunya. Bagi Fizo, ibunya pasti ada sebab-sebab tertentu tidak menyukai kekasih hatinya. Memang bagus betullah Fizo Omar ini. Inilah contoh anak lelaki mithali yang kita cari selama ini. Tak gitu?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...