Written by Bella | January 16th, 2017

Lebih daripada setahun bertolak ansur dan bersabar dengan bekas suaminya Adam AF, pelakon Fiza Halim dalam kenyataan terbaru beliau menuntut Adam untuk melunaskan bayaran edah dan mutaah seperti yang dipersetujui ketika mereka bercerai pada 28 Februari 2015.

Malah, Adam juga dituntut untuk membayar hutang kad kredit atas nama Fiza yang berjumlah RM16,000 yang hampir membuatkan nama Fiza disenarai hitam.

Ketika berpisah, Adam bersetuju untuk memberikan nafkah edah RM1,500 selama tiga bulan, selain bayaran mutaah RM3,000 yang diberikannya secara sukarela. Pelbagai ayat manis yang dijanjikan, tetapi semuanya tinggal janji. Transaksi kad kredit itu dilakukan sepanjang kami hidup bersama.

Saya mempunyai bukti bertulis termasuk perbualan kami di aplikasi WhatsApp selain penyata kad kredit. Hanya enam kali Adam melunaskan pembayaran dan kali terakhir pada November tahun lalu. Disebabkan masalah hutang ini, nama saya hampir disenarai hitam masalah permohonan pinjaman untuk saya membeli kereta baharu juga tidak berjaya. Saya seperti terhegeh-hegeh menuntut hutang, sedangkan banyak panggilan dan mesej yang dihantar tidak dilayan.

Sebenarnya, Fiza agak terkilan dengan sikap Adam yang sering menunjukkan imej baik didepan masyarakat sedangkan beliau mengambil sikap tidak peduli dalam soal hutang.

Saya pernah terbaca, percubaannya sebagai pengusaha sabun menjadi, tetapi kenapa begitu liat untuk membayar hutang? Adam sering memperlihatkan imej “alim” tetapi apa yang dilakukannya bertentangan. Selama menjadi isterinya, saya sering dituduh jahat dan cuba mengikis duitnya. Bukan mahu memburukkannya, tetapi ketika berkahwin dulu, Adam tidak mengeluarkan wang sesen pun.

Fiza cuma berharap agar Adam tidak terus mengelak dan cuba untuk membayar hutangnya sedikit demi sedikit. Fiza akui beliau merasa malu apabila kekasihnya pula membantu beliau membayar hutang kad kredit sedangkan kekasihnya itu tidak ada kena mengena didalam hal berkenaan.

Erm, tidak mahulah bermasam muka dan timbul rasa tidak puas hati kerana masalah hutang. Harapnya Adam dapatlah berbincang secara elok dengan Fiza jika anda menghadapi masalah kewangan dan cuba untuk melunaskan hutang anda sedikit demi sedikit.

Sumber Berita : Berita Harian

31 responses to Fiza Halim Tuntut Bekas Suami Adam AF Jelaskan Bayaran Mutaah Dan Hutang Kad Kredit

  1. Victoria becks says:

    Retis kalau dah bercerai “dia masih hutang wang hantaran”, dia kawen free gn saya..pompuan woii ko dah berchenta gn laki org sekrg ko nk tunjuk baik plak…dasar !!!!

    35

    2
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      jantan yg tak bertangung jawab memang prangai dia macm gitu…kalau jantan baik2 tkan prangai macm gitu tingalkn beban ngan xbini..nasib baik takde anak ngan adam kalau adaaaa eeemmmm memang membeban kan..mana ngan kredit tk bayarrr mutaah tk bayar ngan anak lagiii ishhhhh…sabar aje la fizaaa teruskn kerjaya lakonan pasti bintang u akan bersinar …semoga di murahkn rezeki n semoga Berjaya…

      14

      0
  2. Aku Menyampah says:

    Stupid Fiza..

    5

    8
  3. salmah tak reti makan cili says:

    The next Rita…. ambik kau nak sangat kawin dgn budak tak cukup umur. Kan dah terpaksa tanggung makan minum. Artis Malaysia ni tak pernah belajar dari pengalaman org lain… kawin dgn budak mentah gini memang payah…pompuan akan jadi ketua keluarga sebab lelaki ni walau mcm mana sekalipun dia kata dia dah matang walaupun umur muda… pemikiran dia tetap 5 tahun lebih muda berbanding usia sebenar. Kalau pompuan pulak,.. pemikiran dia akan 5 tahun tua dari umur sebenar dia… fikirlah sendiri..

    35

    1
    • Anonymous says:

      b4 kawin x fikir..tp siapa yg bpikir sblom kawin kannn..bila merasa kawin..brlh tau tinggi rendah langit….tak dak manisssss memanjang mcm zaman2 couple lerrr..huhu..tp ko betl byrlh hutang tu yer adam oii..cian kat fiza…hutang ttp hutang..

      8

      0
  4. Anonymous says:

    tengok2 lah diri Fiza habis duit kekasih nak bayar sebab maintenance kau.. Rita 2…. nak tuntut mutaah 300,000. nak sebarkan sudah habis duit.. susah percaya jika dengar sebelah pihak saja, dulu kau menyebabkan orang bercerai….

    7

    0
  5. Anonymous says:

    halalkan je lah hutang tu lagi mulia dpt pahala

    1

    20
    • damai says:

      Anonymous, nak halalkan kena tengok juga keadaan, buat apa nak halalkan, itu duit kita, dan kita juga memerlukan. Bak kata penceramah, org hutang kita selagi org yg berhutang masih hidup, dan hidup dgn senangnya, kita harus tuntut, lain lah jk org yg berhutang itu sakit kuat atau dah meninggal, itu pun terpulang kita nak halalkan ker tdk. X ada dalil mengatakan kita harus halalkan hutang yg org pinjam k. Kita dah beri org hutang masa mrk susah dah kira cukup baik

      20

      0
      • kepohci says:

        bukan harus.. wajib tuntut..

        kita tak boleh ckp belakang

        dah tuntut tp si penghutang tak bayar.. itu dah jadi dosa.. tapi kita yg beri hutang dah terlepas dari beban tanggung dosa.

        klu tak minta kat akhirat nnti dia tnya balik kita pasal apa tak tuntut hutang tu dari dia

        4

        0
    • eina says:

      agak2 la…kalo sume nk halal, hidup senang la org yg slalu berhutang.. bukan xboleh nk halal.. tgk jugak pd jumlah nye.. kalau sikit2, mebi blh la kot pejam2 mate.. blh halalkan.. kalau dh smpi beribu or puluh ribu.. name pulak black list.. kne pk jugak tu..

      17

      0
      • Anonymous says:

        kalau melayu yg baik, mmg dia akan halalkan hutang tu.. apa slhnya halalkan je.. dpt pahala.. halalkan je la

        0

        21
        • nak pinjam duit please says:

          ooo mentaliti org kaya yg mulia la ni.. senang2 je bagi orang 16k ek..

          nak mintak number fon boleh? nak contact nak pinjam duit..tak byk dlm 20k je..

          20

          0
    • sue says:

      halalkan mmg dpt pahala. Tapi bertempat. Kalau si penghutang tu miskin papa kedana, sampai mengemis, cacat tak boleh kerja, tu ok la nak halalkan. Ni cukup sifat sihat boleh cari rezeki kan. Cari la duit bayar hutang-hutang tu. Kenapa nak aniaya perempuan.

      2

      0
  6. Anonymous says:

    Masa nk kawin rela klua kn duit.. patut bia je jntan cari duit nk kwin.. klu dia serius dia akn sgguh2.. ni xdan2 nk kwin duit xde pun.. pastu ckp org alim tpi x peduli hal hutang.. sama la ko pun.. bertudung baik tpi gilakn laki org..

    15

    0
  7. haters says:

    guna kad kredit bersama tp suh adam bayar sorang2..dh cerai lg nk minta mcm2..mmg la ko kene tanggung adam sbb ko yg control die..keluarga die pun ko x suka mcm mn ko nk kekal lame biler berkawin..dulu elok2 ko dpt laki dh kaya ko tinggalkan..pastu cari pulak pucuk muda..skang dh nk laki org plak..adoiii la fiza.retis sendu gitu lah..

    14

    2
    • Anonymous says:

      fiza ni yang bermasaalah aku rasa

      4

      1
      • Anonymous says:

        mmg fiza yg mslh..wlpn adam berlagak warak sekali pun..tp adam mmg seorang yg baik ngn fiza..senang cite adam mmg takut ngn fiza nih…dh kene cerai 2 kali dh pun..cube bw2 cermin dulu tu fiza..klau anak2 pn mak mertua yg jaga jgn ckp byk la..

        8

        1
  8. markonah says:

    dulu masa dapat laki kaya, ko g menyundal ngan bapak erin malek… kalo tidak, dah dpt title datin skrg ko ni. tu kifarah namanya cik pijah oiiii

    14

    0
  9. Abang Tam says:

    “Sebenarnya, Fiza agak terkilan dengan sikap Adam yang sering menunjukkan imej baik didepan masyarakat sedangkan beliau mengambil sikap tidak peduli dalam soal hutang.”
    Ada dia pukul ke? dia kahwin dengan awak sebab awak janda, dia ada kurang dan awak ada kurang kenapa buka aib dia di khalayat umum???? .. perlu ke

    18

    1
    • ka says:

      dah hutang bayar je lah hutang. so kalau dia tak pukul, dia mulia la? patut halalkan je la hutang tu? da mesej banyak kali tak faham bahasa bagitau je la kat umu. senang.

      0

      0
  10. Miss Unibes says:

    Adam… The next Sham Kamikaze. Lol.

    2

    4
  11. Shhh says:

    serius aku ckp..aku terlupa si Adam af ni pernah jdi suami dia..sbb apa..sbb aku nmpk Adam ni masih budak2..dgn imej dia dulu sblm imej dia skrg..walaupun masa dia kawin dgn Fiza imej dia berubah ttp aku rasa Adam masih mcm dia kt AF dulu..skrg bru ngat dia pernah kawin dgn si Fiza…Fiza pulak pernah kawin sblm ni jdi cuma ingat ex suami dia yg sorg dulu tu

    3

    1
  12. aih says:

    mula2 kahwin… ‘lubang’ tgh Wangi,, leh aje apply credit card bagai…. bila dah kena tinggal, mcam2 keluar…. move on la fiza oitt.. anda perempuan. jaga maruah sikit wei…

    6

    3
  13. Anonymous says:

    kwiwn dgn abg…abg selesaikan semua…

    0

    1
  14. plumbum 999 says:

    haihh..macam2…
    pening sy baca..
    hahaha

    2

    0
  15. Anonymous says:

    kesian fiza ni tentu adam tidak benarkan dia pakai seluar dalam sebab semua piza beli. nak bagi tau orang dia ada boyfriend kaya.. biar pun rampas suami orang. sekarang duit dah habis. tentulah nak cari duit lagi…..

    8

    0
  16. anakhassan says:

    Walaupun aku ni pompuan tapi nak habaq jugak yang aku tak berapa nak paham dengan pompuan yang masa kawen dan nikahnya, boleh biaq bakal suami kawen free dengan depa.

    Kalau kawen pun dah free, aku tak heranlah si bini boleh bagi suami guna kredit kad free-free lagutu ja.

    Tu bodo piang nama dia.

    15

    0
  17. Anonymous says:

    Ayat yg paling panjang dlm Al Quran ia lah tentang hutang…fikir2 kan lah

    2

    0
  18. sentap says:

    nak tuntut mende…byr pakai daun je la…adam bkn ada job pun…soh la bakal laki yg kaya tu byrkan…dah suka kena la susah senang sesama…x gitew….

    1

    0
  19. guan ang says:

    jom bus stand !!

    0

    0
  20. sss says:

    hmmm………….bukan ke ko dah ade orang lain…hari tu mase kawin bukan main lagi cakap adam baik la…prihatin la…semue baik je..so bile dah jadi macam keluar segala buruk die……… he not a good man pon…dulu dah elok2 ade gf tinggal kan die…
    nak kawin gan u…now dah divorce…you pon fiza, cari la yang stabil skit…or else tak yah kawin besar besar kan anak anak tu dulu….asyik kawin cerai…..malu la kat anak2…
    memang jodoh tu di tangan tuhan but tuhan bagi otak untuk pikir kan,….so next marriage pls be carefull…or you mintak je laki kaya sponsor you…as what is happening now………

    0

    0