Written by AbangNara | April 22nd, 2014

Ya kisah rumah tangga Fiza Elite dan Adam AF sememangnya mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini. Bermacam-macam versi yang sudah Abang Nara dengari. Terbaru, katanya Fiza Elite telah hadir ke mahkamah untuk memfailkan permohonan cerai. Namun seperti biasa, desas-desus itu tidak disahkan oleh Fiza mahupun Adam. Kedua-duanya mengambil langkah berdiam diri.

fiza dan adam cerai

Namun menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini, Fiza Elite telah memberikan sedikit bayangan mengenai keadaan rumah tangganya. Menerusi bait-bait ayat yang ditulisnya, banyak pihak membuat anggapan bahawa memang benar rumah tangga Fiza dan Adam sedang bergolak. Tulis Fiza:-

Salam semua. Maaf andai saya ada berbuat silap atau terkasar bahasa. Saya benar-benar berharap agar semua di luar sana memahami perasaan saya sekarang ini. Janganlah ditanya bermacam-macam jenis soalan. Saya ini cuma wanita biasa yang ke kadang lemah dan tak mampu untuk menanggung beban.

Tapi saya tahu dan pasti semua ini ketentuan dari pada ALLAH. Siapa yang mahu untuk jadi begini? Kalau disoal pada sesiapa pun, tak mungkin seseorang itu mahu menjalani kehidupan seperti saya. Hormatilah apa jua keputusan saya. Saya hanya merancang, tapi ALLAH lebih mengetahui segala-galanya.

Saya cuma perlukan sokongan daripada anda semua untuk saya terus kuat dan maju ke depan. Apa yang terjadi dan bakal berlaku biarlah jadi rahsia antara saya dan ALLAH. Tak perlu untuk saya berkongsi ke semua cerita peribadi saya kepada umum.

Harap semua dapat memahami ya. Doakan yang terbaik untuk kami. ALLAH adalah tempat saya berbicara dan mengadu, bukan dengan sesiapa pun. Kita sebagai makhluk ALLAH dan hambanya cuma perlu menadah tangan dan berdoa meminta pertolongan dari-Nya. Amin

fiza

Sedih la pula membaca luahan hati Fiza Elite ini. Memang benar tiada mana-mana pasangan suami isteri yang mahukan mahligai perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian. Namun kalau itu adalah jalan terbaik, siapalah kita untuk menghalangnya? Semoga Fiza dan Adam dapat berbincang sedalam-dalamnya sebelum membuat sebarang keputusan. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Toyota Passo baharu dilancarkan di Jepun

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

53 responses to Fiza Elite Beri Bayangan Rumah Tangganya Dengan Adam Sedang Bergolak

  1. Kemek Suhaiza says:

    Mungkin rumahtangga bergolak sebab korang berdua bukan berhijrah betul betul sesajer nak tunjuk mulia kat org ramai semuanya poyo nokkkzsss

    0

    0
    • Anonymous says:

      Hanya Allah yg mengetahui…siapa kita utk menghukum…

      0

      0
      • amoi says:

        Dalam rumah tangga ni kena banyak bersabar..x perlu utk dedah kat public ttg masalah yg ada..cuba berbincang..jgn keras kepala sangat…masing2 kene hormat pada pasangan…jgn ego..kerana ego, berkecai rumahtangga…

        0

        0
        • wifey says:

          ya betul… kena sabar.. memula mmg asyik bergaduh sbb masing2 ego.. tapi lama2.. masing2 lebih matang.. kami sekarang tiada lagi gaduh2 lepas 8 tahun kahwin dan ada 3 anak. Masa mula mula kahwin selalu bergaduh walau perkara kecil. Sabar ya.. teruskan berdoa pada Allah

          0

          0
        • laa apa citer says:

          Laa pulak da… sblum ni si fiza ni sndri yg postkn sttmnt yg luahan perasaan membayangkan marriage dia ada problem. Aleh aleh dia kata x tak nak kongsi masalah!… DULU ADA ORG PAKSA ke dia kluarkan sttmnt problem rmhtngga tu kat sosial media dia?. Bermasalah plak aku tngk fiza ni… skrang ni org dok tanya … dia TENSION plak.. SAPE SURUH AT DA 1st PLACE KUARKN CITER luahan prasaan tu.. Golongan retis ni… MINTA MAAF la … golongan PENDEK AKAL ke?…. SNDRI CARI PASAL lps tu mcm salahkn org sbb tanya … iskh tak nak responsible ats perbuatan pendek akal sndri… susah mau ckp..

          0

          0
        • laa apa citer says:

          Simple advice… sesiaper jer la pompuan2 jngn nak luahkn masalh dlm media sosial buka pekung sndri… lps tu tension org tnya… MUNAJAT MALAM HARI KPD ALLAH SWT YG MAHA MENGASIHANI LG MENGETAHUI… TNYA ORG ARIF @ KONSELER @KWN BAIK SHJ. SILA BERTANGGUNGJWB atas PERBUATN SNDRI… NAPE HABIS SMUA NAK CITER KAT ORG… ALLAH TAK SUKA PERBUATAN TU … UNDANG FITNAH

          0

          0
        • Alice says:

          mudah je fiza… better u jgn update anything kat ur ig.. if u ada masalah pun jgn nampak kan sgt.. itu antara u, adam & tuhan.. once u dh update. benda yg tak fitnah pun blh jatuh fitnah.. just my opinion.. thanks

          0

          0
    • la tahzan says:

      sapa kita nak menilai. apa pun niat dorang,yang penting ada usaha ke arah kebaikan. doakan yang terbaik. jodoh ditangan Allah. stay strong sis.

      0

      0
    • mina says:

      Sesungguhnya fitnah itu lagi besar dosanya dari membunuh..

      0

      0
    • kelapa jelly says:

      hrp2 x cerai la..

      0

      0
    • Kira betul la gossip zubir cakap haritu. Yang sampai adam marah2 tu .

      Perghh. Zubir kuar dalam kau selidikm dasat noks.

      0

      0
    • Joyah sport says:

      Mcm mcm Hal la! Nmpk sgt hijrah plastic!

      0

      0
    • zuanzuan says:

      masalah rumah tangga jangan cite kat media etc fb, tak baik dan mengaibkan…..dah kata biar antara ko dan Allah s.w.t aje yang tahu, buat ape nak post benda2 mcm tue? alahai

      0

      0
  2. Aku Hensem says:

    Aku First

    0

    0
    • Anonymous says:

      Ko nyer wifi slow lah Aku Hansem ko bukan first, lain kali bayar lebeh sket upgrade wifi tu

      0

      0
  3. ... says:

    kenapa bila failed saja kalian sering menyebut nama allah.. benar, segala yg baik itu datang nya dari allah , dan yg buruk itu datang dari kita dan mereka2 itu sendiri…

    fiza/adam.. patut nya tuari amik sedikit masa kenal hati budi masing2.. tp walau apa pon all de best la utk uols

    0

    0
  4. gigi emas says:

    Bagi lagi sebulan….retaklah rumahtangga diorang….sure cerai dan kita tunggu di tabloid sensasi nara bangang…..inilah akibat bila cuba nak jadi terlebih alim…..banyak sangat ustaz dan ustazah “mee segera” yg langsung tak tahu menahu hal agama maka tersesatlah mereka dan hancur berai rumah tangga…..padan muka

    0

    0
    • 009 says:

      kau pun tak tahu agama..tu sebab kau komen mcm ni..berbaik sangka sudah..dan jgn mendoakan keburukan org lain kerana akan berbalik kepada kau juga nanti..jaga diri, jaga keturunan, jaga kumpulan keluarga sendiri adalah jauh lebih baik dari cuba nak menunjuk pandai pada org lain.

      0

      0
  5. Biskut says:

    Tu la len kali jgn gelojoh sgt nk kawen. mmg la kawen tu utk mengelakkan maksiat tp ada baiknya kenal hati budi masing2 dulu sblm amik keputusan nk kawen. br jer brapa lama knal dh trus nk kawen. gini la jd nya…

    0

    0
    • dena says:

      petikan kata2 ustazah fatimah syarha dlm 3 ustazah tak lama dulu…

      bercintalah sepuluh tahun pun sebelum kawen kau takkan dapat kenal hati budi pasangan sbb yang ditonjolkan hanya separuh daripada dirinya sahaja, kita hanya boleh betol2 kenal hati budi pasangan kita hanya selepas kahwin dan hidup bersama dengannya..

      0

      0
  6. Yusryhani says:

    Hanya Yusry yg boleh menahan keganasan Adam yang aagresive. Patutla Lisa Surihani still can cope dengan abg Yusry yang passive ittewwww…

    0

    0
    • doremon says:

      woiii…Adam dah berhijrah la. udah2 la nak bersangka buruk, fiza je yg tahu beban apa yg ditanggung nya.pedih, perit, senak tpi enak,ngilu hanya yg dia merasa ko jgn la nk fitnah2..puiiii

      0

      0
  7. ALAM MAYA says:

    udah-udah ler.. nk kecoh pe hal. kdg2 dorg xde pape pun. kita yg lebih2. nampak sgt busybody especially nara ni

    0

    0
  8. mamamia says:

    adakah atau mungkin satu lagi kes seperti sham kamikaze????

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Tak payah la nk canang kisah rumah tgge org..baik2 org x tau jd tau..

    0

    0
  10. sarabanon says:

    Abg nara ni’x payah la nk canang kisah rumahtangge org..baik2 org x tau jd tau..jge kain sndiri sudah..

    0

    0
    • Biskut says:

      yg kau masuk BN ni pun buat ape? dh tau BN ni blog gossip sebok juga nk dtg jenguk. pas tu pandai nk nasihat org plak…..

      0

      0
  11. Pilot Wanita Melayu says:

    Rumah tangga nara pun khabarnya sedang bergolak, kerana Nara selalu balik lewat malam dan bertenet dengan seseorang di suatu tempat rahsia…Nara sila beri penjelasan. Selalu sangat cerita keaiban orang lain, anda pun lebih teruk dari itu. Dulu kereta dah kena rompak, sekarang rumah tangga anda pun dah goyah. Hentikanlah mengata keburukkan orang lain. sudah sudah lah tu Nara. anak anda sedang membesar, jangan besarkan budak tu dengan rezeki haram, takut budak tu tak dapat jadi Jurutera macam anda…Subhanallah.

    0

    0
  12. Kak Leha Bunting says:

    Suke hati die la sarabanon. Yg kau sebok kenape.

    0

    0
  13. kak leha bunting dua kali says:

    Suke hati abg nara lah. Kau tu sarabanon jga tepi kain sudah.

    0

    0
  14. sarabanon says:

    Eh kak leha bunting, ko n same j..

    0

    0
  15. adik comei lote says:

    tu la abg adam dari dulu adik comel nk kawin ngan abg adam x nk,,nk jugak kt janda ni,,tp x pe lau abg dh divorce ngan akak fiza adik selalu mnanti akn kehadiran abg di pintu rumah utk rombongan msuk minang…

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Salam Fiza Elite, saya cadangkan anda bersabar la dahulu. Setiap rumahtangga pasti ada masam manisnya. Kita sebagai prempuan harus mengharungi jugak. Dari situ baru la kita tahu bahwa kita ini menang atau kalah. There was a saying 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun usia perkahwinan kita akan dilanda cubaann yang berbagai-bagai. INi perkahwinan ke-2 anda, dan saya pasti anda sudah ada cukup pengalaman untuk nya. Bersabar itu ada weapon untuk segala-gala nya. Sambil itu kita berdoa supaya Allah mengkuatkan lagi tiang rumahtangga mu. Percaya la ini hanya cubaan untuk kamu dari Illahi.

    0

    0
  17. Kak Leha Bunting says:

    Eh kau ni sarabanon. Aku hempuk kang baru tau

    0

    0
    • Anonymous says:

      DAH JADIK TEMPAT GADUH LAK SI LEHA NGN SARABANON NI…KANG DUA2 AKU HEMPUK…. NGAN ADAM NGN FIZA SEKALI KNE HEMPUK KANG..

      0

      0
  18. rapunzel says:

    dalam rumah tangga kene byk sabar… mcm aku masok tahun ke 3 kawen br kurg gaduh.. lau x bnda kecik pon besarkan.. korg berdua pon blom smpi setahun jd bykkan bersabar.. tp aku bkn kat tmpt fiza n adam..jd xtau apa crita sbnr… apa2 pon bykkan berdoa yer..

    0

    0
  19. didi says:

    adam hahahaha .. awek dia dulu sepupu aku stewardess AA, bdk KK. adam ni kuat jeles kaki mengamuk, bdk suka gaduh. temberang lebih je bdk kumpau org KK bilang

    0

    0
  20. Rim kereta says:

    Tertekan ckit mengadu kat IG! Suka bt org meneka, x suka la FIZA ni

    0

    0
  21. aku anak melayu says:

    JANGAN DOK PI CERITA HAL UMAH TANGGA SENDIRI
    WARTAWAN PLAK JANGAN LA DOK SIBUK2 NAK TULIS KES DIAORANG BAGAI…MERUNTUHKAN MASJID…..TAK BAIK DOSA…BLOGGER PLAK TAK PAYAH LA NAK PUBLISHER SANGAT KISAH2 DEPA NIE…BUAT LA KISH TTG RAKYAT KER…KANCIL NGAN BOYA KER..LAGI BAGUIH..TAK BUAT DOSA..

    0

    0
  22. iffah says:

    petikan dlm rotikaya :
    Sebutan Kes Cerai Adam AF & Fiza Elite Isnin Hadapan

    0

    0
  23. Shhh says:

    ABG NARA..SY DGR PERCERAIAN ADAM DAN FIZA MMG BETUL..KES ISNIN DEPAN..UPDATELAH…

    0

    0
  24. Anonymous says:

    Nk ajar ko Fiza xlayak rasa nya, dah 2 kali ko kahwin..Duduk la berbincang suami isteri sblm lafaz cerai

    0

    0
  25. minah jambu merah biru says:

    mungkin jugak fiza ni gi makamah …emmmmm kalau dh tk sesuai ngan pasangan n dh tk sehaluan baik cerai aje sudahhhhh tk payah nk gadoh gadohhhhh n betekakkkkk….adam bila nk buat album baru saying ? kalau u buat album baru jangan lupa u selitkn RAP ok lov uuuuuuu…

    0

    0
  26. Shaznaz says:

    Fiza seumpama membuka pekung didada. Tak malu ke crrita hal rumahtangga sendiri.Dulu sahabat baik dia sibuk menghina org skrg dahabat sendiri yg tak betul. MMeluahkan kat ig ttg masalah rumahtangga. Org yg dh berhijrah sepatutnya tahu adat adat menjaga maruah sebuah rumahtangga. Beepura pura berubah !

    0

    0
  27. […] menafikan sekeras-kerasnya bahawa rumah tangganya sedang bergolak sementara Fiza Elite menerusi akaun Instagramnya telah memberi sedikit bayangan mengenai keretakan perkahwinan mereka. Sama-samalah kita nantikan perbicaraan kes mereka Isnin depan. Semoga jalan penyelesaian yang […]

    0

    0
  28. […] menafikan sekeras-kerasnya bahawa rumah tangganya sedang bergolak sementara Fiza Elite menerusi akaun Instagramnya telah memberi sedikit bayangan mengenai keretakan perkahwinan mereka. Sama-samalah kita nantikan perbicaraan kes mereka Isnin depan. Semoga jalan penyelesaian yang […]

    0

    0
  29. Pekar says:

    Apa nk jadi la agaknya.
    Yg artis pompuan asik kawin cerai kawin cerai ,!!
    Yg artis jantan asik tukar tukar pasangan..

    Lunyai jgk benda tu .. Hehhehe

    0

    0
  30. […] Fiza Elite Beri Bayangan Rumah Tangganya Dengan Adam Sedang Bergolak (49) […]

    0

    0
  31. […] Fiza Elite Beri Bayangan Rumah Tangganya Dengan Adam Sedang Bergolak (50) […]

    0

    0
  32. […] Fiza Elite Beri Bayangan Rumah Tangganya Dengan Adam Sedang Bergolak (51) […]

    0

    0
  33. […] Fiza Elite Beri Bayangan Rumah Tangganya Dengan Adam Sedang Bergolak (52) […]

    0

    0