Written by AbangNara | February 24th, 2015

Abang Nara sebenarnya tak adalah nak tergelak apabila mendengar perancangan Finas ini. Namun izinkan Abang Nara tergelak jua. Kah, kah, kah. Memang tak mustahil filem tempatan meraih kemenangan di Anugerah Akademi yang lebih dikenali sebagai Oscar, namun dalam tempoh masa 2,3 tahun ia boleh dianggap sekadar angan-angan Mat Jenin.

finas Namun niat ini tidak harusnya dipandang sepi. Sekurang-kurangnya ada keinginan. Seumpama keinginan FAM inginkan pasukan bola sepak Malaysia bertanding di Piala Dunia 2014. Hehehe. Khabarnya sasaran utama bagi kategori Filem Bahasa Asing Terbaik. Satu sasaran yang masuk akal. Kata Ketua Pengarah Finas Datuk Kamil Othman:-

Memang menjadi hasrat kementerian mahu melihat Malaysia menang dalam kategori Filem Bahasa Asing Terbaik dalam masa dua atau tiga tahun lagi dan FINAS sedang membuat persiapan ke arah itu.

Paling penting adalah memastikan penghasilan skrip yang baik. Skrip merupakan tulang belakang kepada sesebuah filem. Filem kita kebanyakannya bagus namun masih lemah dari segi penceritaan.

Kalau filem yang diterbitkan untuk masyarakat Melayu, mungkin sukar sikit cita-cita ini hendak tercapai. Namun filem untuk masyarakat China di Malaysia ada harapan. Filemnya lebih menarik, bertemakan masyarakat dan menyentuh perasaan. 90% filem Melayu tak cerita hantu, mesti cerita rempit, gangster dan lelaki jadi perempuan. Tak boleh salahkan penerbit filem kerana mereka pun mahu cari makan.

FINAS seharusnya tampil dengan dana yang besar untuk membantu penerbit filem yang sanggup menerbitkan filem dengan skrip berkualiti tanpa memikirkan nilai komersil. Peruntukan rasanya diberi setiap tahun. Apa kata setahun buat satu filem yang benar-benar tip-top kualitinya. Filem berdasarkan kisah benar ke, filem masyarakat ke, filem perang zaman Melaka ke. Menarik juga kan? Apa kata anda? Sumber Astro Awani.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

23 responses to FINAS Rangka Usaha Filem Tempatan Menang Di Oscar Dalam Tempoh 2,3 Tahun

  1. neffs says:

    tak sudah2 berangan ..hohohoh

    0

    0
  2. oyeah says:

    Lepas ni finas boleh masuk maharaja lawak 2015

    0

    0
  3. kay says:

    Teknik photograpy tu kena bg elok dulu, harap pelakon ja berbakat tapi kalau dr segi fokus emosi tak sampai crita jd x best jugak. Kita ni jauh ketinggalan.

    0

    0
  4. EL says:

    PGL dlu masuk ranking top 80 je dlm academy klu xsilap tu pun tetap xlepas..pastu Bunohan but still cant…Finas sila la contohi Best Foreign Film dari Iran “Separation” dulu…

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Ada je kan cerita pasal masyarakat kita, tu ha contoh cerita2 Pengarah Rashid Sibir pun cerita pasal masyarakat di kampung-kampung., contoh cerita Pondok Buruk. Teal ha belakon kt rumah buruk

    0

    0
  6. sherry says:

    hahahahahha kelakar.

    0

    0
  7. cikta pakai tudung says:

    Pengarah kt Malaysia nie dh la kuat sentap… klu penonton kritik sikit dia blas lg byk.. dia plk yg nk control penonton… pas tu babak xx yg dia sibuk nk tonjol lbh.. mcm x laku je cerita klu x de babak cam tu.. semoga diorg lbh terbuka dlm mnerima pndgn pengkritik n penonton.. n byk study filem2 luar yg bagus2.. tp jgn la ditiru plk jln citer dia..

    0

    0
  8. Bugman says:

    Apa la si Nara ni..
    Nak gelak buat apa.. Tak mustahil apa
    Filem malaysia boleh masuk oscar.
    Tak semestinya budget kena besar, tak
    Semestinya kena ada special affects bagai. Apa yang penting screen play script yg baik, pengarah yang boleh direct dengan baik , penceritaan yang kemas.
    Buat cerita drama berat yang dekat dengan hati rakyat malaysia pun dah memadai, tapi make sure issue yang diketengahkan lain dari yang lain ar. contohi filem iran. aku rasa banyak storyline filem
    Malaysia yang bagus, contohnya perempuan isteri dan.. Tapi execution filem tu lemah, banyak adengan yang tak
    Kesampaian. u-wei hj shaari aku rasa director yang baik, cumanya dia perlu cari team production yang baik untuk execute filem dia. Storyline ada, tapi perlu diperhalusi dengan camera work yang baik, editing yang kemas, script yang bagus, lakonan yang bagus daripada pelakon. Filem yasmin ahmad juga baik, tapi cara garapannya menjemukan dan memualkan, cuma bersandarkan pada lakonan ikhlas sahaja tidak memadai, kena sealiran dengan penceritaan character developement, so jadi menarik la. Macam filem iran A separation yang menang oscar 2011, bagus cerita tu. Issue filem tu kecil , tapi berjaya diangkat sebagai naskah yang bagus. Jalan cerita yang memang menarik dan tertumpu pada issue yang orang lain anggap remeh, tapi sebenarnya memang realiti kehidupan begitu. so pada film maker, cuba buat filem drama macam ni. Aku rasa boleh, cuma hire la team yang betul betul genius untuk buat cerita berbudget kecil tapi bagus!

    0

    0
  9. Shemale says:

    Citer terbaik dari langit tu antara cite yang boleh pergi jauh

    0

    0
  10. Zain Sardin says:

    mmg bagus harapan finas pasang impian nak mng tapi bukan waktu terdekat 2-3 thn masih terlalu awal bagi mesia, kalau 1-15 thn ok kot tapi tgklah skrip atau cerita asal film2 mesia mcm sampah, kalo hantar trus panel Oscar buang jekkk, kalau hantar cerita pendek boleh masuk final kot? Filem cereka lakonan kene bagus gak kita bukan tak ader pelakon2 berbakat tapi skang seme tak boleh byk sgt batasan camner nak kreatif? Citer dari iran pon ada adegan peluk, pegang kalau jadi adik beradik bukan adegan mesra semata2tapi ikut jln cerita

    0

    0
  11. juz saying says:

    excuse me? what has race got to do with the country’s chances to get a Best Foreign Film nod at the Oscars? enuff with the Malay bashing and pitting us with other races please. This article is misogynistic and racist as hell. Clearly, the writer have forgotten our nation’s best performance at international film festivals through P.Ramlee’s movies. Some would say that is way in the past, but forget not that history tend to repeat itself. The question filmakers in malay language should attempt to answer is, are they making movies for the love of film making/telling a story gratifyingly, or simply banging for a quick buck through cheap gimmicks/dumbing down of the equally gullible audience?

    0

    0
  12. Rondoletti says:

    2-3 years? Hmmm…… Cukup2 lah dengan mindset yang dapat result cepat tapi tak tentu berpanjangan kesannya. Belajar dulu daripada negara2 lain bagaimana mereka mencapai tahap Oscar. Dengan mutu industri filem kita sekarang, give it 10 – 20 years, dengan transformasi dalam industri filem itu sendiri. Imagine kalau somebody nak buat filem ala2 “Slumdog Millionaire” kat Malaysia dengan memaparkan realiti sebenar setinggan dan masyarakat yang menetap di setinggan, am sure FINAS akan ban habis2an filem tersebut atas alasan MENCEMARKAN IMEJ BAIK NEGARA. Atau pengarah2 yang kononnya terpelajar dalam bidang perfileman ini akan berkata, “filem ini merendahkan martabat orang Melayu…” again, isu bangsa akan diketengahkan. SO, dengan halangan sebegini, do you still believe you can achieve that Oscar status in 2-3 years’ time? I’d say, “Dream on!”

    Wait, tak mustahil impian tersebut…. Hire Peter Jackson and his whole team utk buat filem kat Msia. FINAS sebagai penerbit filem. At least ada gak nama FINAS, kan?

    0

    0
  13. Anonymous says:

    Bila bercakap pasal bidang kreatif ni, orang2 yang dibelakang tadbir tu yang lebih penting. Negara kita ni banyak orang2 yang berbakat dan boleh diketengahkan. Jangan dipandang rendah pada syarikat2 yang kecil, graduan2 baru dan pengkarya2 yang tiada tempat untuk bertapak kerana idea dan kreativiti mereka adakalanya memang diluar jangkaan. Jika mereka2 ini digabungkan dan diberi peluang untuk menghasilkan sesuatu, pasti industri akan pergi lebih jauh.

    Cuba lihat syarikat perfileman negara kita, budget buat filem berpuluh juta, ambil pelakon mat saleh atau bangsa asing luar negara, pakai peralatan canggih tapi kenapa tak de kualiti . Jangan kata nak menang, tersenarai pun susah. Ini menunjukan syarikat besar belum tentu dapat memberi kualiti yang bagus. Cuba fikirkan. Kenapa cerita dari Iran boleh menang . Jika orang yang menerajui syarikat2 tersebut sendiri tidak kreatif , syok sendiri , orang bawahan tak boleh buat apa2, ikut saje.

    0

    0
  14. lily says:

    2007 Jangan Pandang Belakang top –> lepas tu, sepanjang tahun buat cite hantu..
    2009 drama Nur Kasih meletop –> keluar suma filem2 ala2 islamik..
    2010 Adnan Sempit meletop –> sume nk wat filem ala2 mat rempit lawak pulak
    2011 KL Gangster meletop –> belambak cite gangster lepas tu
    2012 Istanbul aku datang –> pastu sume nk wat ending cite heroin tinggalkan bf lama n bercinta dgn hero
    2013 –>dorg combine plak, cite hantu lawak, hantu gangster, lawak gangster, gangster romantik, romantik hantu, romantik lawak
    2014 –> bermula lah cite Sy sebenarnya isteri dia, Dia isteri saya, sy bini dia, bini itu sy punya..
    hujung 2014 –> dah mula start suamiku bla bla bla..

    Kalau trend mcm ni still x berubah, mmg agk mustahil nk jejak Oscar..Maaflah.. Filem kena ada kreativiti.. bukan takat olah sikit2 cite orang pastu buat filem..

    0

    0
    • kN says:

      tahun 2015 ni dah dah mula judul ‘suami sebelah rumah’. ‘suamiku encik perfect 10’, sebelumnya ‘playboy itu suami aku’…haha

      0

      0
  15. Peter Jackson says:

    Ape yg mustahil nya.. Kalau tak silap Siri Animasi Malaysia Saladin di bawah Dato Kamil dulu pon berjaya masuk Grammy Award di New York.. Bagi la peluang untuk beliau majukan Filem Malaysia pulak… sama2 la kita doakan..amin..

    0

    0
  16. kazama says:

    aku paling suka filem CEO tu, best gile.

    0

    0
  17. akiyama says:

    contoh terbaik adalah KRU Films. contohnya filem muzikal MAGIKA. filem sebegini boleh diketengahkan. grafik menarik. lepasni keluar cicakman 3. grafik menarik dan bandar metrofulus tu memang nampak real . walaupun ramai yg tak setuju zizanrazak jadi cicakman . jadi tolonglah hentikan drama suamiku….. isteriku…. . drama macam ni dah lapuk , kahwin paksa , kahwin tanpa cinta. cubalah buat filem or drama yang membuat orang berfikir. ini tak , drama or filem macam suamiku… isteriku,..,.. ni membuatkan lebih ramai remaja fikir nak bercinta di zaman sekolah. nak kahwin awal , tak nak sambung belajar. semuanya konon nak jadi isteri solehah padahal kalau dia tak tau , dia yg susah klau dia tak berpelajaran. suami dia boleh je tinggalkan dia. tengok contoh filem sherlock holmes , liar game , semuanya mengajak orang berfikir.

    0

    0
  18. me i am mariah says:

    cter melayu cam kil lakonan redza minhat dan cristina suzanne tu mmg best gila..film trbaik melayu prnh aku tgk..jln crta mantap

    0

    0
  19. N?i dung r?t hay. C?m ?n tác gi?

    0

    0