Written by AbangNara | December 12th, 2011

Bukan senang untuk membuat sebuah filem yang bertemakan hubungan kekeluargaan. Dan sebenarnya tak banyak filem Malaysia yang menyentuh hubungan antara seorang ayah dan seorang anak. Sebab itulah bila Abang Nara terbaca tentang kehadiran filem yang bertajuk Papa I Love You ini, Abang Nara agak teruja dibuatnya. Almaklumlah Abang Nara kan dah nak bergelar ayah tak lama lagi.

filem papa i love you

Menampilkan bekas awek Abang Nara, Lisa Surihani yang memegang watak Elly, Mia Sara Nasuha sebagai Mia yang merupakan anak kepada Baha lakonan Zalif Sidek, filem Papa I Love You ini mengisahkan tentang Elly yang mempunyai konflik dengan ayahnya, Datuk Kudin. Namun sejak Elly berkenalan dengan Mia, Datuk Kudin cuba untuk merapatkan kembali hubungan mereka menerusi Baha yang merupakah ayah Mia. Dapatkan Elly memaafkan ayahnya, Datuk Kudin dan sekaligus merapatkan kembali hubungan seorang ayah dan anak?

Jalan cerita memang simple tapi Abang Nara pasti filem Papa I Love You ini akan membuatkan Abang Nara touching. Bukan apa, ayah selalunya dikaitkan dengan jiwa seorang manusia yang kental, mampan dan tak mudah mengalirkan air mata. Dan jangan mimpilah untuk kita mendengar seorang ayah berkata “I Love You” kepada anak-anaknya. Diharap dengan kehadiran filem Papa I Love You dapat membuka mata ayah-ayah semua betapa pentingnya ucapan kasih sayang.

papa i love you

So pastikan anda membawa kaum keluarga anda terutamanya ayah anda untuk menonton filem Papa I Love You yang akan ditayangkan di pawagam bermula 29 Disember 2011 ini. Dan jangan lupa untuk turut serta pertandingan Papa I Love You yang memberikan anda hadiah yang sangat lumayan.

Beberapa keping gambar di sebalik tabir pembikinan filem Papa I Love You dengan membaca entri ini sepenuhnya.

papa i love you

papa i love you

papa i love you

papa i love you

papa i love you

papa i love you

papa i love you

papa i love you

papa i love you

Baca Yang Ini Pulak:-


35 responses to Filem Papa I Love You Bakal Membuatkan Anda Berkata I Love You Kepada Ayah Anda

  1. eiyda says:

    comel la si Mia ni… geramm jek tgk…

    Hot debate. What do you think? Thumb up 9 Thumb down 4
  2. katak itam says:

    harap2 lakonan lisa semakin membaik. sebab cerita ni macam lebih kurang cerita dengan shaheizy sam tu jek kan..ada mia sara jugak huhu :)

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 23 Thumb down 1
  3. Baby Jane says:

    comelnye mia hehe :P xminat lisa :P

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 3
  4. amy says:

    macam ada satu cerita hollywood xsilap yg macam ni..xingat tajuknya..

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 1
  5. L0teh says:

    Tgk pd lisa n mia nk je lyn tp bla trkenangkn hero dlm cite neh trus potong stim naperla x amik org lain je.. Ke pelakon yg jd hero ni brsaudara dgn pengarah?

    Hot debate. What do you think? Thumb up 15 Thumb down 16
    • aboy says:

      ahhh..ko loteh…mcm2 cite plak ko….
      ko ingt yg nsem kacak bergaya je ke yg ley jd hero????org yg ‘kureng’ sikit just menempel2 je ke dlm filem tu???bia xnsem,,xmacho,,jnji lakonan mantop..try tgk dulu cite ni,,mcm mne mat saja ni b’lakon…pas2 baru la kite judge..jgn belom tgk lg dh mcm2 cite plak ko…

      p/s: ko bnyk cite xyh tgk k……..

      Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 1
  6. KATAK PUTIH says:

    hmmm macam bosan jek cite camniii..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 19 Thumb down 4
    • jane says:

      memang la boring….1- asik gandingan mak ngan anak ni je…. 2 – lakunan lisa kaku dan tak feel.. 3- aku tak kenal sape plak mamat hero ni…

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 35 Thumb down 2
      • che irfan nazri tengku ahmad says:

        Pendapat saya la, aktor2 yang perlu berubah dan fleksible mengikut genre filem.

        Bukan mengubah genre filem untuk mengikut kesesuaian aktor2.

        Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
      • fia says:

        mamat ni jadi watak mat saja (watak aku x ske) dlm cite bini2 ku gengster.

        Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
      • biase-biase aje says:

        seriously, sy sudah boring dgn lakonan Lisa.. agak kayu.. dlm filem O.R pon watak jahatnye nmpak dibuat2.. mekap yg heavy n jeritan yg mbuatkan die nampak jahat.

        Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 24 Thumb down 0
      • saya says:

        aik x kenal hero?? rumah xde tv ke?? ke ko ni katak bawah tempurung?

        Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 2
  7. lelaki ini says:

    Hidden due to low comment rating. Click here to see.

    Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 12
  8. ket says:

    tggu DOWNLOAD jela nnt..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 20 Thumb down 3
  9. neikkieme says:

    lisa again..

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 1
    • ai says:

      nak buat mcm mana…skrg ni kan zaman aaron aziz n zaman lisa surihani…pengarah nak amik goreng pisang panas je…yg suam n sejuk orang taknak…
      tapi pada aku zulhuzaimy nye lakonan tetap best…

      Hot debate. What do you think? Thumb up 11 Thumb down 2
  10. Lady says:

    mcm bosan jek.

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
  11. sekadar komen says:

    cuma pendapat saya….abg nara dah nk jd papa so elok la berhenti blog gossip ni..sebab dah lama sya baca dan lihat ramai yg kutuk artis2 atas gossip yg disiarkan oleh abg nara…secara x langsung dosa itu semakin mengembang dan besar…nauzubillah..kita lum tentu leh mnta maaf kat org 2 face 2 face…azab…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 21 Thumb down 6
  12. meow says:

    mia sara ke berlakon..mesti gedikk

    Hot debate. What do you think? Thumb up 7 Thumb down 7
  13. Hmmm says:

    Kurang lebih cerita Sekali Lagi je kann..?

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0
  14. sajaje says:

    Dimana ada Lisa Surihani, disitu ada budak kecik ni

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
  15. strawbery_ijau muda says:

    soryy…bosan..jln ceriter cm drma..
    penonon nk sesuatu yg lain dr yg lain

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
  16. mika says:

    mia sara padat btol jadual dia as pelakon kan…tk dinafikan mmg cute mia sara ni…tpi aku tgk dia blakon tkdelaa best sgt biase2 aje…kdg2 aku tgk mcm diajar2 brulaa dia nk ckp…. klu nk compare ngn ank2 ngasri wktu dorang blakon time kecik2 dulu mmg best!! anne…darling n bell…sume best wktu kecik2 dulu!!

    papepun all the best mia sara!!!

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 1
  17. Kakiwayang says:

    tengok trailer je cam dah boleh agak keseluruhan jalan cerita filem ni……which is macam penah tengok dekat drama2 lain……ke ada apa2 yang ekstra?… or they expect people will pay to see keletah Mia Sara dan Lisa Surihani tu….yeah, maybe…

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 0
  18. nobody but me says:

    ..sesungguhnya semua filem keluaran MIG aku tak suka..filem sampah!!!..

    ..tak berkualiti..jalan citer lbh kurang sama jer..tak der pun yg special..mmg MIG ni buat filem sbb nak untung je..

    .

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 14 Thumb down 0
  19. minah jambu 24jam mengadap computer says:

    minah jambu tk minat lah ! terima khaseh aje lah ye he he …..

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  20. puteri kediri says:

    sebbek ader si comel mia sara tu.dier berlakun lg natural dr si lisa suriram berlakun.dah la berlakun cam kayu cengal lg membosankan bila tgk muka dier yg asik kontrol ayu,padahal hampeh…

    sekian terima kasih.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  21. milah says:

    bagi aku lisa berlakon mmg kaku dari dulu. dia ckp pon mcm pelik sikit. mostly filem dia yg top pon sebab gandingan hero n pelakon2 lain yg mantap. filem ni pulak hero alahai… 2-2 gandingan yg x leh kasi pecah panggung.. huhu

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0