Written by Bella | February 2nd, 2016

Mula ditayangkan pada 28 Januari lepas di 126 buah pawagam seluruh Malaysia dan juga Brunei, filem OlaBola yang mengimbau kembali kegemilangan sukan bola sepak Malaysia, telah berjaya mencatat kutipan RM 2.5 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, OlaBola mendapat sokongan yang baik dan menyentuh hati setiap lapisan masyarakat. Ia juga viral di media sosial dan trending di Twitter sebanyak enam kali.

Filem fiksyen OlaBola bukan hanya memaparkan sukan bola sepak sahaja, tetapi ia menonjolkan semangat dan perpaduan yang ada di Malaysia. Filem ini juga memiliki jalan cerita yang sesuai ditonton oleh semua lapisan rakyat di mana peminat sukan bola sepak boleh menikmati aksi bola sepak dan semangat berpasukan, manakala penonton yang meminati aksi komedi pasti akan terhibur dengan gelagat lucu yang ditampilkan.

Berlatarkan penghujung era 1970-an, filem Ola Bola berdurasi 1 jam 51 minit ini diterbitkan Astro Shaw Sdn Bhd dengan kerjasama Woohoo Pictures.

Ia diilhamkan daripada kisah benar dan menceritakan mengenai semangat juang pasukan bola sepak negara untuk bangkit daripada kekecewaan, sekali gus muncul wira negara.

Filem ini juga dibintangi aktor hebat Bront Palarae dan Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 27(FFM), Frankie Lee turut ditampilkan di dalam filem ini.

Selain itu, ia turut mempertaruhkan barisan bakat baharu seperti Muhd Luqman Hafidz, Chee Jun Cherng dan Low Sin Mun.

Siapa yang belum tonton filem OlaBola memang rugi, bukan apa filem ini mempunyai daya penarik tersendiri dan tidak mempunyai jalan cerita yang cliche. Sekali sekala kita sokong filem tempatan apa salahnya bukan?

12 responses to Filem OlaBola Kutip RM 2.5 Juta Selepas 4 Hari Tayangan

  1. Poms says:

    Ola Bola ni best sangat. 2 kali aku tengok, 2 kali lah aku sebak bila tengok movie ni. Tahlaa rasa macam kena sangat dengan situasi Malaysia sekarang, dengan politik kita yg chaos, ekonomi yg tak stabil. Tapi bila tengok movie ni, tang dorang nyanyi Inilah Barisan Kita masa time match tu, menusuk kalbu terus wa cakap lu. Filem berkualiti macamni laa yg patut dihasilkan. Melayu, Cina, India, Punjabi dlm cinema hall and siap dapat standing ovation! Team bolasepak Malaysia patut tengok jugak and re-evaluate la diri korang. Main untuk populariti or main untuk negara kita yg tercinta ni

    0

    0
    • chronicz says:

      filem ni elok ditonton TERUTAMAnya pemain2 bola yg bermain secara “profesional” (kononnya).. korang tgok macam mana pemain bola sepak negara dulu.. siang bekerja.. petang dan malam training.. tidak disogok dengan duit beribu-ribu, main semata2 untuk tanah air dan cinta kepada sukan bola sepak..

      paling kelakar rasanya kehidupan keluarga muthu.. kisah 3 adik muthu.. rahman excited jadi pengulas.. haha

      0

      0
    • Naddy says:

      btul sangat.me too.sangat sebak.nak tgk lagi skali nnt. semue yang tade semangat keMALAYSIAan tu wajib tgk.best!!

      0

      0
  2. anon says:

    over aaa sebut golgolgol tu…

    0

    0
  3. Anonymous says:

    aku pun dah tgk…best filem ni. bos aku yg cina pun..1 family gi tgk. siap tepuk tgn 1 panggung..

    0

    0
  4. Anonymous says:

    cte ni mmg best la. cte perpaduan camni ala2 the journey. di tgh2 lautan certia rempit and cinta yg taraf tong sampah, ada jugak cerita berkualiti berunsur perpaduan camni

    0

    0
  5. Anonymous says:

    ye.. kita kena ingat kematian itu pasti…

    0

    0
  6. Anonymous says:

    4 bintang jah hoi.

    0

    0
  7. ah kong says:

    syiokkkk.

    0

    0
  8. pencintafilem says:

    Bangkit pengarah filem terbaik !
    Tingkatkan nilai2 murni dalam filem2 tempatan.
    Saya harap time dah bercucu cicit, filem2 tempatan dapat mendidik penonton dengan nilai2 murni seperti ini, bukan cintan cintun yang mensia-siakan.

    fuh, dh perfikir jauh sudah. haha

    0

    0
  9. pandaboy says:

    sumpah cerita ni best gila. byk momen nak mengalir air mata. meremang bulu roma smua ada. how i wish our current malaysian football mcm dulu2. struggle utk berjaya

    0

    0