Filem Nota: Hans Isaac Akui Rasa Berdebar Lakukan Aksi Ranjang Bersama Pelakon Jepun

Hiburan

Filem Nota: Hans Isaac Akui Rasa Berdebar Lakukan Aksi Ranjang Bersama Pelakon Jepun

Digandingkan bersama aktres Maya Karin dalam Filem Nota, Hans Isaac mengakui beliau merasa agak berdebar apabila diarahkan untuk melakonkan adegan ranjang bersama pelakon Jepun yang beliau tidak kenali didalam filem berkenaan.

Membawa watak sebagai Kamal beliau mempunyai gaya tersendiri apabila melakukan aksi tersebut yang dianggap sebagai aksi paling mencabar bagi dirinya sepanjang menjalani penggambaran filem Nota.

Advertisement

Hari pertama menjalankan penggambaran saya dah kena buka baju atas katil dan malu sangat apabila saya perlu berlakon dengan pelakon dari Jepun yang sememangnya saya tidak pernah kenal atau berjumpa. Berpeluh dan malu juga apabila disuruh melakonkan adegan yang sebegitu.

Tapi saya perlu menjadi seorang profesional kerana mungkin di Jepun perkara ini normal di Malaysia tidak dan saya hormat dengan undang-undang negara. Apa yang kita buat ada hadnya.

Filem Nota akan mula ditayangkan pada 13 Ogos 2015 secara serentak di seluruh pawagam tanah air.

Bukankah sebelum ini kerajaan telah mengumumkan agar adegan peluk cium dipotong? Walaupun ia cuma salah satu babak dalam filem ia mungkin ada kesan buruknya juga. Siapa pun akan rasa berdebar jika harus melakukan aksi intim dan mengghairahkan bersama orang yang mereka tidak kenal.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...