Filem Animasi Hebat, The Book Of Life Temui Anda 16 Oktober Ini

Hiburan

Filem Animasi Hebat, The Book Of Life Temui Anda 16 Oktober Ini

Animasi atau kartun adalah salah satu filem kegemaran Abang Nara. Kalau animasi tersebut berlatarbelakangkan fantasi dan dongeng, lagilah Abang Nara suka. Kalau jalan cerita animasi tersebut megenai hero yang pergi merantau, selamatkan puteri raja, belajar ilmu magic, lawan raksassa dan yang sebagainya, lagilah Abang Nara suka. Hehehe. Terasa macam budak-budak pulak kan?

The book of life

Advertisement

Sebab itulah Abang Nara tak sabar nak tunggu 16 Oktober ini apabila filem animasi The Book of Life akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia. The Book of Life mengisahkan tentang pengembaraan Manolo, seorang lelaki muda yang keliru antara memenuhi impian keluarganya atau mahu mengikut impian hatinya. Sebelum membuat keputusan, Manolo telah mengembara ke 3 dunia penuh fantasi di mana dia perlu menghadapi perkara yang paling ditakutinya. Kaya dengan lagu-lagu pop kegemaran, filem The Book of Life ini mengajar kita untuk menghargai masa lalu sambil teruja untuk menghadapi masa akan datang.

The book of life

Abang Nara bertambah teruja apabila menonton trailer The Book Of Life ini. Pergh~~~ Cantik gila animasi yang dihasilkan. Tahap keperinciannya memang amat mengkagumkan. Lagi buat Abang Nara teruja apabila mengetahui penyumbang suara untuk The Book of Life ialah Chaning Tatum dan Zoe Saldana. Dah dapat bayang dah betapa bestnya animasi ini.

Diarahkan oleh Jorge R. Gutierrez, muzik untuk The Book of Life ini disediakan oleh Gustavo Santaolalla, pemenang 2 kali anugerah Oscar. Confirm lagu-lagu dan muzik latarbelakang The Book of Life ini adalah yang terbaik. Apa pun, Abang Nara paling suka dengan visual-visual animasi ini yang sememangnya memukau. Tak percaya? Cuba korang tengok beberapa gambar-gambar daripada filem ini sendiri.

The book of life

The book of life

The book of life

Bersempenan dengan tayangan filem The Book of Life pada 16 Oktober ini, BeautifulNara dengan kerjasama 20th Century Fox telah pun memberikan 20 pasang tiket untuk para pembaca blog ini. Para pemenang telah berpeluang menonton filem animasi hebat ini pada 13 Oktober, 3 hari lebih awal daripada tayangan umum. Daripada maklumbalas yang Abang Nara terima, semuanya gembira dan puas hati. Menurut mereka,filem The Book of Life ini sangat menarik dan sesuai untuk ditonton bersama anak-anak.

The book of life

Jangan lepaskan peluang menonton filem animasi The Book of Life ini pada 16 Oktober kelak. Informasi lanjut di Facebook Fox Movies.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...