Written by AbangNara | February 17th, 2012

Sesiapa yang masih belum tengok filem Adnan Sempit, anda adalah seorang manusia yang sangat rugi. Bagi Abang Nara, filem ini memang kelakar tahap naga gaban. Dan untuk makluman, Adnan Sempit jugaklah yang mempopularkan Shaheizy Sam. Sekiranya Sam tidak membintangi filem Adnan Sempit, mungkin ramai yang masih tidak mengenali dirinya hari ini.

adnan sempit 2

Dan bermula 23 Februari 2012 ini, filem Adnan Sempit 2 bakal merempit di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu filem ini. Abang Nara dapat rasakan yang Adnan Sempit 2 akan lebih kelakar, lebih menggeletek pankreas dan lebih rempit. Sinopsis Adnan Sempit 2 untuk bacaan anda di bawah:-

Kisah mengenai hubungan ADNAN dan NADIA selepas berjaya mengharungi pelbagai rintagan dan halangan dalam menjayakan hubungan mereka. Ayah Nadia, DATUK ISNIN tidak merestui hubungan mereka dan meletakkan syarat yang mana dalam masa 30 hari,

 

Adnan haruslah boleh bertutur dalam bahasa Ingeris dan merubah penampilan dirinya. Adnan yang mengalami kesusahan untuk berubah meminta bantuan BOBBY untuk mengajar dan mengubahnya. Bobby selaku kawan baik Adnan sanggup menolong Adnan.

 

Hubungan diantara Bobby dan WAWA juga mengalami masalah yang mana Wawa mula merasakan yang Bobby langsung tidak berubah dan tidak berusaha demi hubungan mereka. Perkara yang sama berlaku kepada Adnan dan Nadia.

 

Datuk Isnin cuba untuk mensabotaj usaha Adnan untuk berubah dengan menghantar FENDI, sepupu Nadia untuk menggoda Adnan dan membuat Nadia merasa sangsi dengan kejantanan Adnan. Rancangan Datuk Isnin berjaya dan Nadia mula menjauhkan diri daripada Adnan.

 

Adakah Adnan dan Nadia akan bersatu? Mampukah Wawa dan Bobby mempertahankan cinta mereka? Adakah Adnan mampu bercakap dalam bahasa Ingeris? Semuanya akan terjawab dalam filem ADNAN SEMPIT 2.

adnan sempit 2

Dan jangan lupa untuk menyertai pertandingan sempena tayangan filem Adnan Sempit 2 di Facebook David Teo. Selain daripada Playbook  yang akan diberikan secara rawak, ada hadiah yang sangat BEST untuk dimenangi. Anda hanya perlu menangkap gambar aksi rempit dan dapatkan seberapa banyak undian untuk memenangi peraduan ini.

P.S: Video beli KFC dengan jayanya tanpa dipukul.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

30 responses to Filem Adnan Sempit 2 Bakal Merempit Di Pawagam Bermula 23 Februari Ini

  1. tulip says:

    mcm best jer…x sabau gak

    0

    0
  2. emilia says:

    Baca sinopsis pun dah tergelak2

    0

    0
  3. zy says:

    nk tgk……………

    0

    0
  4. mamacomel says:

    baca sinopsis pun dah gelak haha

    0

    0
  5. bunga mawar says:

    mcm best je sinopsis die..mesti kelakar habis nih.hehehe

    0

    0
  6. Triple_j says:

    dah cliche sangat kalau suruh wanita menggoda lelaki, so skrg ni suruh lelaki goda lelaki supaya gf nya sangsi kat kejantanan bf nya. maybe 1st time in history iaitu mat rempit gay…

    0

    0
    • Apa pun x bleh says:

      ak terpaksa baca 2 kali tuk wat confirmation yg si fendi tu nk goda nadia atau pn adnan…sapa ek jd fendi ?

      0

      0
    • Triple_j says:

      yg badan berisi kumpulan Balas tu jadi fendi…

      btw lepas ni dalam filem kalau nak buat benda serupa iaitu menggoda hero supaya heroine salah sangka, lepas ni upah la kambing supaya heroine ingat hero terlibat dlm bestiality plak

      0

      0
      • Mimo says:

        Entah apa apa lah kau ni triple_j . Ayat nak dengki jee. Bukak lah mata sikit, jangan terlalu mengecil sangat minda dalam kepala otak kau tuu.

        0

        0
  7. www says:

    shaheizy sam..mantap. adnan nak cakap omputih?? hancusss..hahhaha

    0

    0
  8. lily says:

    seriously this is the best malaysian movie….i tgk 4 kalai still tk jemu…. kl ganster ok lah tapi adnan sempit the best ever!!!

    0

    0
  9. nobody says:

    asyk cerite rempit2 jek..bosan la.. bosan bile satu filem bjaye tup2 kua the series la,sekuel la… tu yg bosan.. xde idea len ke?

    0

    0
  10. adnan bangang says:

    tak abis abis lagi kuar cite bodo camni,baik aku tgk cite hindustan

    0

    0
  11. bolradhabol7 says:

    aku xg tgkpun as1 kt wyg cume tgk kt dvd je..
    apa yg aku musykil kt mane yg best cite ni…
    mcm hampeh je jln ceritenye…
    stakat hrp sam je buat lwk control macho…
    sory la filem metrowelth mostly kurenglaa…
    byk tp xdak kualiti….

    0

    0
  12. abcde says:

    hai bang nara,

    just nak cakap

    SAYA RASA RUGI TENGOK ADNAN SEMPIT 1 :)

    0

    0
  13. jaybond says:

    metrowealth selalu buat cita sampah..

    0

    0
  14. Cik Nad says:

    ow.. ada kumpulan balas eh?

    Nak tengok lah camne bebudak kumpulan balas berlakon filem..

    citer ni rasa macam kelakar saje.. nak buat ringan kepala hotak, boleh laa..

    p/s: Sepah bila nak berfilem ni.. menunggu…. dengar macam da shooting tp…

    0

    0
  15. […] Sesiapa yang masih belum tengok filem Adnan Sempit, anda adalah seorang manusia yang sangat rugi. Bagi Abang Nara, filem ini memang kelakar tahap naga gaban. Dan untuk makluman, Adnan Sempit jugaklah yang mempopularkan Shaheizy Sam. Sekiranya Sam tidak membintangi filem … Continue reading → […]

    0

    0
  16. Man says:

    haih..bila la nak berakhir semua ni..tak rempit..gangster pulak..bila meningkat index jenayah..salahkan itu salahkan ini..tapi kita sendiri yang menerapkan budaya² macam ni pada anak² hingusan yang tak mampu berfikir..rempit jadi ikutan..gangster jadi pegangan..munkin trend sekarang kot..asal nk buat filem aksi mesti merempit tak pun gangster jangan tidak la letak sikit unsur komedi..muke mat² rempit mat² gangster ni muke pelawak kot..aksi dorg tu aksi badut munkin..kite dapat lihat..bila tiba nak raya je..keluar la cerita² unsur repit ni..lepas tu naik balik aksi mat² rempit dekat jalan² raya..munkin dah ketandusan idea kot nak buat filem..saya sokong filem melayu..saya tak nak bandingkan filem tanah air dengan hollywood ke bollywood ke..kadang² filem kita jauh lagi bagus dari mereka..(dengan bajet yang rendah dapat hasilkan filem yang bagus)..sekadar berkongsi..assalamualaikum..

    0

    0
  17. mustang says:

    da tgok cite ni semalam,,..,memang agak mengecewakan,,lakonan sam dgn angah n along mmg mantap,,tp pelakon lain tu mcm ade ckit over,,jln cerita pun agak kurang menarik,,nak dbandingkan,adnan sempit yg 1st 5x ganda lg menrik!

    0

    0