Written by AbangNara | June 3rd, 2014

Di kala kesuraman kutipan filem tempatan, filem Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof berjaya membuktikan kehebatannya dengan mengutip RM2.1 juta dalam tempoh 4 hari. Ini satu pencapaian yang amat memberangsangkan dan harus dipuji. Untuk makluman, filem yang dibintangi Zizan Razak ini diberi klasifikasi 18PL oleh LPF yang sedikit sebanyak pastinya memberikan kesan kepada jumlah kutipan.

kutipan abang long fadil

Turut ditayangkan di Brunei dan Singapura, filem Abang Long Fadil ditayangkan di negara tersebut tanpa sebarang potongan babak. Untuk tayangan Malaysia, filem ini dipotong sebanyak 6 babak. Kata Datuk Yusof Haslam menerusi Berita Harian:-

Saya akur dengan keputusan LPF, tetapi saya berharap pihak terbabit akan bersikap lebih terbuka selepas ini kerana Abang Long Fadil tidak mengandungi unsur ganas yang melampau. Bagaimanapun, sebagai orang lama dalam industri, saya menghormati dan faham kerja badan penapisan.

Cuma, Syafiq yang agak kecewa apabila filem arahannya itu diberi klasifikasi 18PL dan menerima potongan sebanyak enam babak. Sedangkan di Brunei dan Singapura, filem ini lulus tanpa sebarang potongan. Klasifikasi yang diberuikan itu menyebabkan jumlah penonton filem Abang Long Fadil menjadi terhad.

Jika tidak, filem ini boleh ditonton oleh seisi keluarga, bersesuaian dengan tarikh tayangannya yang jatuh pada cuti sekolah. Dengan klasifikasi yang diberikan itu, hanya penonton berusia 18 tahun ke atas boleh datang menonton. Akibatnya, jumlah penonton lebih merudum.

kutipan abang long fadil

Turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Sofi Jikan dan Syamsul Yusof, filem Abang Long Fadil masih lagi ditayangkan di pawagam. Jadi marilah kita beramai-ramai menonton filem ini yang khabarnya membawa pembaharuan dari segi CGI. Sama-samalah kita menyokong filem tempatan yang berkualiti. Apa pun, tahniah buat Syafiq Yusof atas kejayaan ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

78 responses to Filem Abang Long Fadil Kutip RM2.1 Juta Dalam Masa 4 Hari

  1. roti kaya says:

    filem merepek

    0

    0
    • narareader says:

      Haihhh Orang Melayu yang berbakat..apsal buat filem gempak pasal samseng 3 suku…kutipan cantik, tapi pengajaran dan teladan kosong.
      Yang pegi tengok pun 3 suku jugak. Menunjukkan betapa ramainya orang melayu yang suka cerita 3 suku. hahahahahaha

      0

      0
      • mr smart says:

        xabis2 nk ngutuk…sokonglah filem melayu……tgk wayang untuk berhibur maaaa

        0

        0
        • channel girl says:

          filem da ok walaupon ramai sedar filem sampah…..yang buat x ok ending dia…..lama gila babak kiram lawan dgn adam tu….lama2 penonton jadi bosan tunggu bila la dorang nak abeh bertumbuk ni arrr….anyway yang nampak naik dlm lakonan seriously tauke….aku tak sangka lakonan dia mantap gile arhhh weyy!!! watak utama pulak yg nampak hampeh LOLLLL

          0

          0
        • hebat sgt kewwww says:

          “lu perlukan adik besarrrrrrrrr”…..”baru kuat”…….
          JAdah hahahhaa~

          0

          0
        • Anon says:

          aku tak sokong filem holliwood sebab yahudi punya, dan aku dah bertahun tak tgk cerita2 holiwood..as for filem melayu, aku mmg bukan peminat..tapi kdg2 tgk bila ditayang di TV..kdg2 tgk di tempat2 lain seperti di kedai sambil makan, etc..tapi selalunya selera aku mmg terbantut..so far mmg tak jumpa melayu yg ada kualiti..drama melayu lebih tinggi kualiti..cerita2 yusof haslam selama ni ada kualiti ke? filem anak2 nya juga serupa..tak habis2 issue gangster..takde modal lain yg lebih sihat? filem2 pengarah/penerbit lain pun sangat teruk..balik2 filem hantu..balik2 filem yg boleh menyesatkan fahaman orang Islam..asal hantu je mesti berbentuk seperti manusia..balik2 character ustaz ditonjolkan seperti bomoh..pastu asyik2 perlukan pelakon perempuan yg berpakaian tetapi berbogel..apa dah tak reti belajar agama ke? kdg2 dgr dialogue dia pun menyakitkan hati..ada dialogue yg menampakkan pengarah seorang buta agama..ini yg kita nak anak2 muda tgk?? kanak2 tgk?? hiburan mcm ni bukan saja melalaikan, tapi byk pengaruh buruk, menyebarkan budaya buruk dalam masyarakat..nak berhibur sesekali takde masalah, tapi carilah hiburan yg ada isi, atau sekurang2nya tidak kelaut..apa yg dihidangkan pada masyarakat adalah filem2 yg sgt low quality, tak bermaruah, tak ada nilai tambah..atau senang katanya, tak boleh dibanggakan langsung!

          0

          0
      • Could not say more says:

        Agree.

        Pengarah buat filem samseng, bergaduh, samseng, gangster… Pastu terkilan sb budak bawah 18 tahun x boleh tgk. Apa gila?? Filem2 sampah camni la yg menggalakkan budaya samseng di kalangan pelajar (budak bawah 18). Adakah pengarah nak kaya dengan kehancuran remaja negara??

        0

        0
        • narareader says:

          High 5 sikit dengan kau.

          Bila ada kes budak sekolah ramai2 belasah ketua kelas dan pakar kaunselor kata, ni laa hasilnya tengok filem samseng banyak sangat..geng-geng pengarah filem tak nak pulak bertanggungjawab atau amik iktibar kesan filemnya..pastu semua nak salah mak bapak budak2 tu tak reti ajar anak..siap keluar dana besar-besaran buat filem samseng lain pulakk..ingat zaman sebelum 90an ke.. sekarang ni teknologi dah maju, nak sembunyi kot celah mana pasal kes samseng dari anak2 pun tak mampu….

          0

          0
    • joh says:

      dah bleh agak lawak zizan yg makin hampeh mcm mn.. hahaha

      0

      0
      • Minah jambu Shameless Gitue says:

        Merepek la filem ni. Baik aku gi tegonk Maleficent ke, X Men ke, godzilla ke. At least cerita merepek pun ade moral values jugak yg boleh diambil. Ni cerita merepek camni sape la hingin nak tengok. Bila la cerita Melayu ni nak maju. Bukan maju CGI, kalau maju dari segi plot and moral values pun dah xpe.

        Patutla org malaysia=pemikiran kelas ketiga. Dah tu dok tunjuk movie camni kat cinema. Peace. Jangan marah. just my 2cents

        0

        0
        • dena says:

          pada aku la…x tengok pun lagi cerita ni tapi boleh consider la…. lepas kite penat2 bekerja hari2, stress fikir untung rugi berniaga ke apa ke… filem2 lawak 3suku mcm ni boleh release sket sesakkk kat kepala ni…. org xkan buat cerita kalau xde moral value….tak banyak atleast ade sket…even filem bohsia yg aku rase aku pernah tengok n aku rase geli dulu pun bila fikir2 balik ade moral valuenye…

          sedangkan zaman dulu pun kite layan cerita lawak mcm labu labi tu…walaupun mcm ade jugak bodohnye siap jadi harimau la binatang la jin la…tp kite tengok jugak n siap appreciate lg… filem omputih yg canggih2 tu mungkin maju dr aspek teknologi tp kurang unsur2 kemanusiaan, cara hidup yg relevan kecuali f&f.yg tu aku mmg follow dr 1-6..so tak yah berat2 kepala…tgok movie ni utk santai2 je rehatkan otak…

          0

          0
        • Minah jambu Shameless Gitue says:

          Hello. Filem org putih x semestinya ade CGI. Ko penah tgk Winter’s Bone? The Artist? The Curious Case of Benjamin Button? Bridesmaids? Citer simple pun tapi ade pengajaran tau. Bilala citer melayu ni nak jadi original. i mean buat citer yg boleh bagi moral values. Ok bye

          0

          0
        • KARMA IS A BITCH says:

          Dena oi. Bukan nak mengajar tapi aku rasa korang mesti xnak kluarkan duit 10 ringgit tgk citer melayu kat pewagam kan? Setakat tgk kat tv ok je untuk santai. Tapi kalay pegi cinema mmg ak xnak

          0

          0
    • One Direction Layan lagu 1D jer says:

      filem tahik apa ni ????? tak kuasa aku nak tengok.
      klip video One Direction pun berjuta kali lebih baik drpd filem tahik ni.

      INFO:-
      One Direction = most popular boyband in the world 2014
      teen girls out there, i tahu uols gilerkan One Direction.
      jom #supportOneDirection

      0

      0
  2. kuang3 says:

    1st ke aku???hoho

    0

    0
  3. ALT CTRL BUFF says:

    LOW CLASS..membangangkan penonton, merosakkan akhlak budak muda, meresapkan budaya merapu, merosakkan anak2 muda Islam, & menghabiskan duit..yg kaya tokey filem..bodoh! tak payah tgk filem laa..yg holliwood yahudi punya..yg Msia tak menjaga agama langsung..utk apa disokong??

    0

    0
  4. wow juta juta ... says:

    Tahniah … wlpn di klafikasikn 18thn … Rezki tetap murah … ok lah tu .. Spore & Brunei pun ok tak tapis … sy tak leh komen sbb tak tngk lg.. sy tunggu kat astro 1st. Tahniah Datuk & Son…. rezki Syafik slps kawin.

    0

    0
    • wow juta juta ... says:

      Alamak duit masing2 .. citarasa masing2 … agree to disagree … tak yah dok kata bangang @ bodoh lah … Sy mmg tak minat bkn tak nak sokong … tp saper nak tngk sila tngk lah … Ramai jgk yg bijak pandai tngk citer bodoh bodoh sbb penat jd pandai … Release Tension … seumur hidup tngk citer melayu hnya Putri Gunung ledang … itu pun kwn suruh sbb nak tngk m nasir.. Sekian. Sy tak leh nak komen sbb tak tngk … tak minat tp saper yg nak tngk sila lah …

      0

      0
    • Aleh2 nk tanye says:

      Ni random tapi aku nk anye kenape singapore takde wayang cite melayuatau local eh? Drng tk tngk wayang ke? Dekat tv pon mcm banyak cite dari makaysia dan hollywood

      0

      0
  5. melati says:

    Merepek lah Cam takder stail lain ker ….ni stail lapuk lah Yusof Haslam oii….penonoton bukan nya bodo…….saya kat Pavilion GSC citer ni kosong jer kat screen tiket, usah lah nipu Sop oiii…

    0

    0
    • tanjung says:

      Kutipan di seluruh msia @ melati … bkn kat situ jer ….

      0

      0
    • nora bintang says:

      Pale otak ko melati. Aku tgk kat gsc pavilion full house kot. Aku dpt row dr dpn. Org yg x tgk cite ni lg x layak komen sbb korg xtau apa. Tau kondem je. Best gile kot cite ni cuma lama sgt aksi ganas time lawan tu.. nora kasi 4 bintang

      0

      0
      • Melati says:

        Melayu low Class jer tgk citer ni….

        0

        0
        • Anonymous says:

          xsk jgn tgok taw nk kondemje melati ni ko try buat filem..nk tgok bguih ke x sllu org yg sk kondem ni org yg xbgus…

          0

          0
        • tanjung says:

          Tak baik awk ckp mcm tu … ramai sy tngk mrk yg well eductd tngk sbb nak release tension wlpn sy sndri tak minat … suka hati lah saper2 nak tngk … MELAYU HIGH CLASS tngk citer apa yer melati ..?

          0

          0
        • LAHAR says:

          BUKAN MELAYU LOW CLASS TP OWG MCM KO TO JE LOW CLASS KOT MUNGKIN XPNAH MSUK PNGGUNG BRU FIRST DA NK CONDEMMM BAGAI

          0

          0
        • Anonymous says:

          melayu low class knon…nma ‘bunga’ kau tu pun lansung xde classsssss!!puiii

          0

          0
      • melati says:

        Macam maner melayu low class ader kat Pavilion? kenapa GSC pavilion benarkan citer melayu kat Pavilion…???? pasni kalau ader citer melayu klat GSC Pavilion saya boikot Pavilion.

        0

        0
        • osbon says:

          hahahaha kepala jubo kau…ko ingat Pavilion tu bapak ko punya ke bodo….kalo pavi tu high class sgt mmg ko la paling batak dlm malaysia ni hahahaha… where you put your brain hah rubbish hahaha mcm ni punya org pun ada.

          0

          0
        • Anonymous says:

          MELATI NI agknye pg pavi pon xpnh kot..myb bg dy pavi pling high class kot..org kmpung baru masuk bndr mmgla akn ckp pavi 2 high class hhahahahha

          0

          0
        • tx6 says:

          so u think pavilion is high class?

          what a low class u r…

          pffffttttt..

          0

          0
        • Aku says:

          Macam lah Pavillion nak hadap nko sangat…boikot je la pavillion tu sebelum nko di boikot oleh tiang² yang ada kat pavi tu

          0

          0
  6. anon says:

    melati……kalau penonton bodoh, takkan kutipan sampai rm2 juta.Aku setuju psl mcm takde stail lain, tapi dah filem2 gini yg dpt sambutan. Dia org ni pikir nak wat duit je…. Frankly aku tak pernah tengok or minat pun wayang2 ni, omputeh ke melayu ke.

    0

    0
  7. Shhh says:

    saya mmg dh kurang tgk filem melayu…tak da benda lain ker…cer lah buat citer lain…kali terakhir tgk filem melayu adalah Ombak Rindu…baik tgk kat tv jer…membazir beli..bukan tak nak support…cuma cuba buat filem yg boleh bukak mata rakyat malaysia..mcm The Journey da yg ckp tak best lah..tpi filem byk pengajaran tau.

    0

    0
  8. Fara says:

    Zizang dah mcm pelakong hindsutang plak dalam poster tu.. hahaha! wahh nk kena compete dengan maleficent plak citer ni ehh… semoga dapat kutipan tinggi ..

    *dah lama tak tgk wayang*
    Fara

    0

    0
  9. menoname says:

    alhamdullillah dah rezeki dia cuma yelah, tak dinafikan tgk dari poster jer dah tau stail citer mcm mane…

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Serius ah ada lg org tengok cerita2 macamni? Blerghhhhhhhhhhh

    0

    0
  11. Melati says:

    Melayu buruh kasar jer tgk Filem ni……

    0

    0
    • Anonymous says:

      ak bukn buruh kasar pon tgok jew,,, ok je cerita dy sekali sekala support filem org melyu ap salh..melati ko ni busuk hati sangt knp..

      0

      0
    • samsul says:

      x habis2 dengki la c melati ni..org p tgk ikut suka hati drg ler..kau sibuk apa cer?? entah2 ko yg buruh kasar kot wakakakak tp menyamar jd melati awakakakakak

      0

      0
      • melati says:

        bukan denki ..tapi nak tipu penonton pun jgn lah sampai 4 hari tgn 2 juta,,,sebab tu saya cakap melayu low class jer percaya…merelka seolah2 memperbodohkan penonton, ader kah anda sebahagian darinya.

        0

        0
        • Anonymous says:

          mgkin betul dy kutip 4 hari 2 juta.. mgkin ko xsk crita ni tp org len suke..
          pnduduk ,malaysia ni berjuta2 so xhairan la klu 4 hr 2 juta… bodo piang ang ni melati

          0

          0
        • Melatiz says:

          aku nak tambah sket….bodoh piang 1st class

          0

          0
    • gadis pemalu says:

      Dear Melati,

      Don’t ever tried to judge people from their appearances. Its might that they are well or more educated than you are. Don’t show your stupidity in front of others. It might affected others. ^_^

      0

      0
  12. Beyonce says:

    Hahaha…mcm nielah melayu…suka sgt nk mengutuk…tak tengok duduk lah diam2 kat umah tgok alhijarah aljazeera…xpayah nk mengutok!!
    Bila free kt tv3 time2 raya..bukan main lgi tgok…. cmnelah kita nk maju kalau kritikan diberikan oleh mereka2 yg berlagak bagus nie…

    0

    0
  13. nok gebuzzz says:

    aku mmg x penah tgk wayang cite melayu kat panggung…..sbb aku rase mcm membazir beli tiket mahal2 citenyer kebanyakannyer hampeh…..sudah 2x terkena x mau tgk lagi kat wayang,tggu astro kuar sahaja @ beli cd RM5.00.

    0

    0
  14. Benci Cite Melayu Sampah says:

    cite melayu…hmmm..kalau kat TV sendu..kat wayang cam sampah!! Phuiii la..Niat di hati tengok nak support..sanggup keluar duit 10 hengget..belas2 hengget…bwk anak2 sekali..sudahnye tak sampai separuh show pon aku keluar dari pawagam sebab tension dgn tahap kesampahannya!!Memang betol jauh sekali kalau nak compare dgn teknology barat waima skill lakonan pon jauh panggang dari api dgn actor2 bollywood..tapi bukan itu yg kite harapkan.. cube STORY LINE tu kasi cantik sikit..ni cerita tah merapu2..kebanyakannya memang TAKDE CITE sebenarnye..huhhh…Wake up la Malay film industry!!! opps…ade ke industri??? kih kih kih

    0

    0
  15. melati says:

    Selagi Zizan terbabit dlm aper2 rancangan memang lingkup, dulu AF 8…dgn pakaian dah macam Bangla…Rambut pulok dah macam Hero MGR….mermang memual kan..eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      memang betol ! minah jambu paling tk minat lah ngan si zizan pendek ni ! jadi hairan pulak camana si emma embong leh suka ngan si zizan ni emmmmmmmm..

      0

      0
  16. Janda Vogue says:

    citer melayu skrng ke laut…baik tengok citer P. Ramlee walau beribu kali tetap tak jemu…tak rasa pun nak muntah bila ulang tayang berkali kali..tetap ku ketawa ..tetap ku menangis….hanya citer P. Ramlee je yang ada kualiti dari generasi ke generasi….filem melayu skrg hancur….kalau David Teo tak habis habis citer kehidupan melayu yang merapu kalau Yusoff Haslam tak habis habis LU . GUA. LU. GUA…

    0

    0
  17. otak- otak sedap di makan says:

    sampai bila lah filem melayu nak hidangkan penonton dgn cerita macam ni ?
    nak bg alasan release tension ?? cuba tgk filem luar macam mana…kelakar memang betul2 kelakar bukan nya lawak plastik yg dibuat2. Sebab tu filem melayu x tembus ke luar negara.

    0

    0
    • minah jambu merah biru says:

      bis kau nk cerita yg macmana ? kalau adengan pegang2 tangan atau pelok2 sikit kau kate Malaysia ni dh macm hliwood ! orang islam tk boleh pegang tangan kalau bukan sewaktu dengan Nye ! jangan nk merepek meraban lah ! ada wayang tu gi tengok aje lah ! kalau tknk tengok ye sudah la ! banyak pulak cakap huh ! bwekkkk !

      0

      0
      • anon says:

        kau pernah tgk filem luar tak? asyik2 hiliwood je..cuba tgk filem iran ke, mesir ke, turki ke, apa ke..ada filem yang berciri keIslaman, ada yg tidak..tapi dalam filem mereka tak kira apa ciri pun tak perlu pun tunjuk adegan2 merapu utk buat penonton faham..contohnya adegan rogol, perlu ke tunjuk pelakon seperti nora danish berkemban ditindih oleh zizan?? perlu ke???????? pengarah mereka jauh lebih bijak dari pengarah Msia..mereka menjaga adab dab batasan agama, walaupun ada pelakon Islam dan ada yg bukan Islam..tapi mereka menjaga budaya mereka! jadi jgn bercakap kalau otak kosong. pengarahan ni kreativiti tau tak..lakonan pun sama..kalau kita kreatif, banyak cara utk menyampaikan sesuatu maksud..bukannya pelakon kena langgar batasan agama utk tunjuk maksud scene tersebut..bukak otak sikit la minah..

        0

        0
  18. menoname says:

    mmm…bila tgk poster jer dah mcm sama so dah boleh agak jalan ceriter…anyway tahniah pada syafiq!

    0

    0
  19. Anonymous says:

    cerita filipina kat TV3 tu lebih best storyline dia dari filem melayu. Filem melayu sekarang kualiti semakin menyedihkan, SAD !

    0

    0
  20. Anonymous says:

    Malaysia ni memang dah tak ada hero lain ker ?
    cari lah hero yg handsome sikit, badan tegap…baru lah syok tgk, ni cerita dah lah merapu suruh org support…hero pulak lembik buat lawak bodoh, bosan

    0

    0
  21. Nadia says:

    dalam filem ni cakap “lu …gua” lagi ker ???
    mana identity melayu ?
    kalau kita tgk filem amerika…dorang akan letak bendera amerika kat background belakang atau pun mercu tanda new york…tak tahu lah korang sedar ke tak, so secara tak langsung..bila org tgk tu..org tahu tu filem amerika…filem kita ?? mana identity malaysia ?

    0

    0
  22. akuxlayanmoviemelayulangsung says:

    filem melayu aku xtngok.aku tggu tayang kat astro first..sbb dah diketahui jalan cite yang xbest, bosan je walaupun kutip berjuta2..xpela bukan duit aku pun yang kuar..klu tengok pun orang yang belanja..hahaha..

    0

    0
  23. jgn terasa says:

    enam babak kene potong pun dah kecewa….dah tertulis setakat itu je rezki ko….kalo tak potong pun mungkin byk tu jugak kutipan ko dapat, terima la qada dan qadar. Diorang pun bukan saje2 nak potong, dah budaya budak2 sekarang cepat sangat terpengaruh dengan unsur2 macam tu. Hmm entahla…. by the way aku tak layan cite melayu kt pawagam cam hampeh kedepes…bukan xnak sokong tp mmg cite ntah apa2, balik2 filem seram, gangster, cinta….. takde idea lain….

    0

    0
  24. Abang Long Sendu says:

    Ko org nak dgr citer best tak camna filem2 usup sontorian ni meletop selepas 2 hari. 2 hari 2 juta leh caya ka nyahhhh. Teori aku yg hampir2 nak betul ni mengatakan si usup ni beli tiket sendiri. Lps 2 hari ari org tgk kutipan naik mencanak.Biasala org2 melayu sendu, terus berebut g panggung citer box office kan. tak sempat nak berpikir di luar box.
    Begitula kisah nya. Sekian terima kasih dr abg ngah sendu sedan.

    0

    0
  25. HukAloh says:

    Baguslah budak2 tak diberi tengok, rosak bahasa, rosak jiwa bangsa. Cerita samseng macam ni ajelah yang nak dibuat. Teladan zero.

    0

    0
  26. Nina Karina says:

    Saya pun tak pernah tengok filem melayu kat panggung wayang, kat TV pun tak tengok bukan tak suka, pernah tertengok kat TV bila masa hari raya pergi rumah saudara mara yang buka dan tonton TV cerita melayu atau drama melayu tapi memang tak ada pengisian yang boleh dijadikan pengajaran titik

    0

    0
  27. minah jambu merah biru says:

    minah jambu lom tengok lagi pilm ni mesti bagos kn…sape2 nk tengok wayang ngan minah jambu ? tiket beli sendiri ok hehe ..makan minah jambu belanja nk makan ape ? tahniah scop ! eh scop pulak ! eh mak engkau pocot ! eh apesal minah jambu melatah ni ??????????

    0

    0
  28. Kridge says:

    Brunei yang kuat agama tak potong ape2. Singapore tak yah cakap la memang cnnot make it, cerite tk senonoh pun ditzngkan kat tv siang2, budak2 sume bolh tngk

    0

    0
  29. Kalo x penah tgk fikem mayu xyah komen kt
    sini la..mnyemak aje
    bukan semua filem melayu smpah…
    yg g tgk pahtu kluor pggung mesti hg tgk cite metrowelth…
    ni aku gtau
    dkm msia ni kalo directornya
    1.bernard chaudly
    2.samsul yusof
    3.shafik yusof
    4.khabir bathia
    hg semua p la pggung tgk..mesti puas hati
    xrugi tiket hgpa ok
    filem kita wajah kita

    0

    0
    • bunga matahari layu says:

      suke hati la diorg yg tak sokong filem melayu nak komen kt sini hak masing…ko menyibuk apesal tak kacau ko pun…..bukan blog ko pun..

      0

      0
      • dena says:

        kesian melati…kebulur caci maki…gile attention…kikiki… high class sangat ko melati…. high class sangat…..ko tak tahu ade org pegi pavi semata2 nak berak je….high class la sangat….huhuhu

        aku sokong bab cerita khabir bahtia…mmg aku suke sangat sumer cerita die

        0

        0
    • samsul says:

      betul tu klo x suka tgk filem malay xyh sibuk nk komen2..nk bangga kan filem luar tu apa ke jadah?? klo xnk tgk diam2 suda..ada ramai lg org nk p tgk..

      0

      0
  30. Anonymous says:

    aku x suka la tengok cite samseng2…lagi2 bahasanya LU..GUA..LU…GUA…lagi2 pelakon dia zizan y mcm bangla ni..tauke..sofi jikan…semuanya x ad aura y membangkitkn kalau nk tengok…

    0

    0
  31. roses says:

    seriously…sy rasa nara patut selalu update tentang produk2 industri hiburan ni daripada duk menggosip hal artis yg mcm2 dan menggalakkan fitnah serta mengadu domba….dari semua komplen ni wpun datang dari public…masalahnya yg keluarkan duit nak tengok produk tempatan pun public ni lah jugak kan?, bila2 ada komen2 dan kritik2 ni semer….yg kebanyakannya mmg meletak markah yg ala kadar pd produk tempatan…..please lah amik positif, tepuk dada tanya selera……there must be something wrong somewhere, sy dah jarang jugak tengok filem melayu…drama melayu kat TB3 yg petang2 tu lagi tak tengok……wpun sy seorang pempuan yg suka sgt citer pesen gitu kan?..ah geli..

    0

    0
  32. akuhairan says:

    huishh dari atas sampai bawah mengutuk jerr ehh..dah orang2 kita idea takat tu jer..mmg mcm tu lah hasil filem kita..tapi apa kata korang kat atas plak try direct satu filem..nak tgk boleh pecah panggung ker tak..

    0

    0
  33. sasa says:

    aku fedup sungguh dgn soalan matematik ni. haha
    5×8=40

    0

    0
  34. ass says:

    nak sedap? pegi buat filem sendri la abg2 akak2 oi….

    0

    0
  35. hana says:

    ekeleh..filem xde pengajaran lah..merepek lah…serius aku suke cite jenis merepek camni..dari cite jiwang meleret2..meluat aku citer slow2 gitu..nak tengok movie je kan,,nak hilang stress..bwat ape nak layan mende berat2..
    -lau xnk bg anak terpengaruh jgn bg tgk tv lansung..xpyah nk tapis2 da..katun mcm naruto n boboiboy pon ade lawan2 jugak..ganas nnt anak terpengaruh-

    0

    0
  36. mrlugh says:

    Bg org2 malaysia,jgn la komen truk2 sgt..
    Kita tgk movie untuk santai n relax2kan otak..
    Bagi aku xde slhnyer org2 kita wat filem..
    Jgn la bandingkan ngan negara2 luar..
    Kalo rs xnk tgk,xpyh la tgk..
    N xpyh nk kutuk..
    Selama nie movie mcm scary movie rmai jgak pminat malaysia aku tgk..
    Xde pn yg pertikaikan cter 2 wlaupn lg bodow lwk2 dorg..
    So,xnk support jgn support..tp jgn kutuk..
    Sume 2 usaha dorg..spttnyer kena bg penghargaan..

    0

    0