Written by AbangNara | December 5th, 2011

Hi semua!

Macam mana dengan hujung minggu anda semua? Mungkin ramai yang bertandang ke majlis perkahwinan pada hujung minggu kan?

Hani kurang pasti tetapi kenapa kalau cuti sekolah, mesti berdedai-dedai orang nak buat majlis kahwin? Cuti lain tak boleh ke? Apapun, Hani ucapkan tahniah pada yang baru mendirikan mahligai rumahtangga! Sudah tentu seronok, dapatlah berjemaah berimamkan suami sendiri atau makan masakan isteri sendiri. Tapi awas! Jangan blurkan muka laki bila upload di Facebook tau! Nanti jadi isu.

Hani pun sibuk pada hujung minggu lepas ni. Yang peliknya, Ahad pun jalan di Kuala Lumpur ni sesak. Lelama botak kepala Hani ni dek menggaru bila jalan jammed!

Tapi Hani sempat jenguk tulisan pertama Hani dalam blog awesome Abang Nara ni, dan baca komen komen korang. Wah, melahar tul korang ni. Ingat tau, argument secara intelektual adalah sihat, tapi name-calling adalah satu benda yang sangat kebudakan, dan Hani pasti, semua di sini sangat dewasa, dah boleh jadik mak, bapak budak dah.

Apapun, apa yang Hani tulis itu adalah berasaskan ‘matter-of-fact’ maka ia bukanlah satu gosip.

Semalam juga, kalau tak silap waktu tengahari, Hani ada baca twitter Abang Nara dan Hani hanya mampu gelak sakan dalam kereta ketika tersangkut dalam jalan jammed di Ampang, KL. Rasa macam nak pindah dari KL jek dek jalan sesak ni! Kat Nilai jammed jugak tak?

fikrah artis kita

Itu retweet Abang Nara dari rakan twitter-nya bernama Hazrey. Jahat mulut kau ya Hazrey! Tapi tak pulak dia sebut siapa artis yang dimaksudkan.

Tapi kita jangan cepat memendekkan akal kita dengan apa yang ditulis tu. Read between the lines. Fahamkan apa yang disiratkan Hazrey tu.

RT @Hazrey: Aku suka statement artis: hanya tuhan saje yg tahu hati saya (sambil membetulkan baju sleeveless yg nampakkan celah tetek).

Hani pun setuju dengan pendapat dia.

Mungkin kita juga pernah terbaca dalam akhbar apabila artis yang kantul dek foto berpeluk dengan baju tak cukup ela kainnya, dipetik sebagai berkata “Alhamdulillah, saya tahu menjaga maruah saya.

Atau, berada di kelab malam dan bergambar depan botol arak, apabila keluar di internet, lekas lekas buat statement: “Saya berada di situ menemani rakan menyambut harijadi dan Alhamdulillah saya tidak mengambil arak.

Adakah ia bermaksud kesyukuran kerana berada di kelab malam itu yang secara terang terang, berada di situ juga adalah maksiat? Sudut mana yang menghalalkan perbuatan mereka?

Adakah ia bermaksud kesyukuran kerana mendedahkan aurat termasuk cleavage terjojol seperti nak melompat keluar walhal ia secara terang terang adalah mendedah aurat?

Artis perlu jadi role model. Adakah kita mahu esok lusa, bebudak lepasan SPM yang secara tetiba nak jadik artis akan bersiap sedia dengan jawapan seumpama itu?

Jangan pula cakap: “Ohh takkanlah bebudak tu tak boleh nak fikir benda yang baik dengan benda yang tak baik.” Rasanya ayat itu lebih sesuai untuk pengucapnya.

Ia membawa fikrah ke arah negatif secara jelas.

Hani ni tak mahulah nak bercakap panjang mengenainya tetapi melafazkan kesyukuran pada sesuatu perbuatan yang terang terang salah pada hukum syarak, bagaikan menjadi satu norma buat artis kita. Pada pendapat Hani, perlulah lebih berhati hati ya, takut disalahertikan anak anak kecil nanti.

Artis kita ni perlu bijak. Apa yang diucapkan akan dipetik media, termasuklah blog hiburan seperti portal Abang Nara yang awesome ni.

Nanti kena bantai, cakap kami jahat pulak. Terus tak comel. Kalau tak mahu dibantai, jangan jadi artis. Jadi seperti Hani. Duduk menung tengok KLCC yang tinggi melangit ni. :)

Salam sayang – Hani Marissa (Twitter: @HanyMarissa)

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

67 responses to Fikrah Artis Kita

  1. alex adriana says:

    heehee, statement klise dari artis..

    “alhamdulillah berjaya lakonkan scene kemban dalam filem”

    fukkenlol!

    0

    0
    • Aku bukan nerd says:

      artis bongok mmg la jwb gitu..
      artis xbongok mesti jwb mcm ni…
      oh.. banggenye saye dpt seksi2 ni, semua org bergosip pasal saye, sukenyeeee.. (sambil menyelak lagi baju sleeveless yg menampakkan lurah alam)

      0

      0
    • amnr says:

      cam tuju kt maya karin jerk..
      hahaha..
      jgn mrah..

      0

      0
    • princess says:

      hi..juz wanna share sket kat sini..saya dah berazam tidak akan lagi membaca blog beautifulnara..hmm.saya dapat kesedaran ni selepas membaca satu quote which is

      “big people talk about ideas, medium people talk about events and small people talk about people”..

      saya sendiri tak tahu apa yang saya dapat bila saya menyibuk tentang artis-artis ni..and saya malu sebab saya sedar saya tergolong dalam golongan small people itu..

      mesti ramai yang dislike kan?? tapi saya oke je, cuma nak share and renungan untuk kita bersama..

      0

      0
      • casandra says:

        Alhamdulillah princess ko dah sedar..

        Sekarang..nyah ko dari sini……………………………….

        0

        0
      • Meleih says:

        Hak elah princess, bajet bagus! Kalau kau tak suker citer pasal artis ni, takdernyer kau bukak blog abang nara ni… puiii

        0

        0
      • Aku bukan nerd says:

        bagussssssssssssssnye princesssss..
        insaf sekejap..

        Bang Nara : post byk lgi gosip2 artis, nak bace la.. xpuas..

        0

        0
    • elexza says:

      seumur hidup aku,x pernah aku jadikan golongan artis sebagai roll model …mereka x munkin layak….

      0

      0
      • kau cakap x serupa bikin says:

        role model :D

        0

        0
        • SajaMenyibuk says:

          Role moral..sb bnyk yg buruk…kureng yg baik…

          0

          0
        • tumpang gosip says:

          minta maaf ye tumpang gosip. juz sharing ideas. ada artis yg blh dijadikan contoh spt artis lelaki Aaron Aziz, Adi Putra xpernah ada gosip buruk psl mereka sbb mereka jaga tingkahlaku demi maruah keluarga dan diri. xde lah nak menggatal cari lain sbb dia tau dia dah ada isteri. tp kalu artis m’sia emmmmmmm ranai sgt xde moral norman hakim, joey ke zoey yg nak kwin dgn watie sadali tu, badrul muhayat n the list goes on …..

          0

          0
    • astaga says:

      “demi allah sy xguna botox ! ni berkat air sembhyang(mulut 100 incin+pipi bulat membelon)

      0

      0
  2. lolyat gang says:

    artis mana yg nampak alur tetek tu ?

    0

    0
  3. Puan Gojes says:

    sedapnya penulisan hani :)

    0

    0
  4. suka betul cara hani ni berkata2 dlm lawak ade benarnye,dlm lawak ade pedasnye…..teruskan menulis,mmuuaah

    0

    0
  5. what the? says:

    setuju, komen penulisan pro begini, bila ditegur dalam manis ada tegas dan benarnya, satu je tak setuju, artis tak boleh jadi role model dan tak layak jadi role model sebab terang lagi bersuluh mendedah aurat dan bercampur bukan muhrim ..

    0

    0
  6. ibu hani says:

    name ko hani marissa.. name anak aku lak marissa hani.. aku suka la penulisan ko.. tepat, jelas dan mantap..

    0

    0
  7. nama saya ann says:

    aku dgr cerita adik apek meninggal. betul ke? innalillah

    0

    0
    • Yaya says:

      betul, adik apek umur 16thn meninggal sbb demam panas & denggi. Dah selamat dikebumikan, semoga arwah ditempatkan bersama org2 beriman, amin..

      0

      0
  8. lina says:

    inilah 1st time spjng sy mengikuti blog beautifulnara sy terasa nak komen coz sy setuju sgt dgn apa yg hani tulis… teruskan penulisan hani yer

    0

    0
  9. suka artis berubah baik says:

    ‘Allah makbulkan doa org yang teraniaya’
    dialog baru je lagi ni…

    0

    0
  10. izah says:

    artis mmg x blh jd role model dr segi penampilan berpakaian. dr segi ilmiah pun rasanya x blh jgk jd role model sbb kekadang bercakap pun tersasar dr segi hukum agama. mmg x blh jd role model! yg blh jd role model cuma artis yg dh jumpa pangkal jln… artis yg dh berhijrah. korang senaraikan lah sendiri yerr…

    0

    0
  11. Dr. Fazeley says:

    bgs Hanie.. pasni bleh le lu jd ustazah… ceramah kasi insaf sket artis2 luar sana (bukan sarcastic ok)… ligat dgn percakapan
    “ala saya hanya pakai baju sponsor, xkan nk tolak”,
    “saya kan update bab2 fesyen nih, musti ikut edaran zaman..”,
    “saya mmg kt night club, tp saya xsentoh pon arak tuh…”,
    “saya kan pelakon, nnt kalo bertudong, xsesuai dgn lakonan saya nnt..”

    xleh blah statement artis2 sume…

    0

    0
  12. luvlavender says:

    sebelum kawin : die seorang yg bertangungjawab..memahami..
    selepas kawin : dh la kawin gne dt mak bapak aku..nafkah anak xbayar.. kami berpisah sbb xbersefahaman
    moral of the story :selagi xduk 1 umah jgn puji lbh2

    0

    0
  13. Mantop says:

    Pakai mcm dh telanjang boleh plk ckp ‘alhamdulillah sy masih menjaga maruah’? mmg artis2 malaysia yg pakai seksi2 nie tnggu babak kena telanjang baru ckp xdak maruah kot…apa la nak jdi dgn diorg nie…bila ditegur pandai menjwab tu yg susah….

    0

    0
  14. midori says:

    leh tak jgn kluakan lg statement hani ni??? dia sapa nk komen2?? dh la main sesedap je nk komen, tp akai tadak.. at least abg nara de gak berlapis, jga sensitiviti org.. ckp cam tak bertauliah

    0

    0
  15. ty says:

    pening aku bace penulisan Hani ni…berbelit-belit tapi pointnye cume nak perli. baik perli direct. Jimat mase nak taip.HAHAHA

    0

    0
  16. nana says:

    artis ada yg educated, ada yg berhijrah utk kebaikan – artis mcm ni boleh lah jd role model.. klu sekadar tayang body seksi (seksa?), pakaian tk cukup kain, bersosial / clubbing tk sedar diri – mmg fail lah klu dianggap role model.

    midore: post hani mmg tepat, tak perlulah berlapis2an kalau mmg dah salah tu, salah jugak lah.. nak lapis cam ne, kalau org buat salah tegur lah.. jgn pulak kata tak pe, no hal.. open minded sikit lah, baru boleh maju..

    0

    0
  17. angelyn says:

    yg komen kat atas ni butthurt knape..artis k comment ni?? haha

    0

    0
  18. frinses says:

    xsalah nk jadik artis tp xperlu sexy..last2 berlakon jd minah kampong..watpe??
    kalau bkn artis pn ramai jgk yg seksi di luar sana..so msg ni bkn utk artis ja tp sekalian umat manusia di muka bumi..kdg yg dok kata tu pn sama ja..pakai tudung?kalau pakai tudung..baju/suar ketat?t-shirt sleeve pendek?tudung pendek nmpk gunung ganang?
    1 jari kita point kt org 4 jari menuju kt kita…
    so moral of da story..xyah la dok kalut komen artis(yg sexy)..depa xamik kesah apa korang kata…

    0

    0
    • zip zap says:

      u ni siapa yer??? hukum tetap hukum….. tak kira artis ke bkn… jgn la marah2 kalau ada yg nk membetulkan benda yg x brape nk betul. kita semua bercakap utk ingatan semua… bkn pd golongan arts saje meehhhhh… haiyaa…. emitional plak dia nih!

      0

      0
  19. Budak Nakal says:

    sedapnyer bahasa hahaha

    “Adik Khairul Fahmi Che Mat Meninggal Dunia”
    Al-fatihah
    http://kozumiro.blogspot.com/2011/12/adik-khairul-fahmi-che-mat-meninggal.html

    0

    0
  20. Dylla Fadzil says:

    thumbs up.

    retis islam selalu mc tu la. pakai baju nmpak tuttt, masuk kelab, bila kena cekup, “hanya allah yg boleh menilai” padahal terangan mmg buat benda haram, semua org belajar agama tahu benda tu haram, boleh plak tak pagi org ckp benda tu berdosa, apakahhh.

    lain ah kalau kena fitnah, baru leh ckp, “allah sahaja boleh menilai”

    artis malaysia yg islam, ramai yg taksedar diri tu islam. tgk pakaian mlm anugerah sudah la. pereka fashion islam tu pun satu bersubahat tanggung dosa. duhhh.

    sorry teremo.

    0

    0
  21. Marleesa says:

    Agak2 bodoh x mereka2 yg asyik mengatakan artis sebagai role model. setakat nk jd artis spt yg ada pd hr ini cuma perlu mindset
    1) X perlu bljr tgi2, nnti nk jd artis je. bukn nk kene ada dgree pun
    2) Yg petg glamour n duit masyuk. Cara halal ke x tolak tepi2 skit
    3) xxx

    0

    0
  22. bbycumil says:

    ble break dgn gf/bf psl org ke 3..mesti x ngaku..pastu kuar statement:

    “kmi mula mengenali hati budi masing2 dr peristiwa itu”

    padahal mmg btol break dgn ex bf/gf sbb org ke 3 tu..

    amacam?

    0

    0
  23. aku adalah aku says:

    SIAPA HANI MARISSA? PENTING SANGAT KE DIA SAMPAI KITA KENA DENGAR PENDAPAT DIA?

    0

    0
    • izah says:

      sape nk bace, bace la…. x de org yg nk paksa u pun. dia cuma bg pendapat. kalu rasa x penting pd u ignore je la… apsal lak u emotional ni?PADA PENDAPAT SAYA…. apa yg hani marissa cakap berdasarkan fakta… apa yg dh dipampangkan di dada2 akhbar, baik dr segi gambar dan tulisan…. dia cuma mengulas ape yg dh kuar kt paper… SAYA SEPENDAPAT DGN HANI! artis kita mmg tak bijak… dr segi berpakaian dan tutur kata!

      0

      0
    • pizza says:

      Sape hani marissa x penting, yg aku kisah ialah intipati penulisan yang bersifat argumentatif serta berlandaskan prinsip moral yang kuat. X kira dari siapa pun, quality statements should deserve attention.

      0

      0
  24. jimmy says:

    finally someone said this!! respect you hani!!

    “insyaAllah kalau rezki lebih saya dpt buat lagi banyak show di kelab malam”

    0

    0
  25. Lagubestbest says:

    Dalam hal2 agama orang selalu bandingkan dengan orang yang tiada agama. Dalam hal harta orang bandingkan dengan orang paling kaya. Dalah hal ilmu orang bandingkan dengan einstein je. Haih. Hakikat dunia.

    0

    0
  26. midori says:

    wa… aku dpt 59 dislike.. pencapaian yg bgus.. dislike la lg.. aku tak cpt melatah cam korg suma termasuk hani ni.. bru bca sekali lalu, dh trus nk stuju dgn pendapat dia.. dey.. pk la dlu isi pati dia, niat dia tulis tu.. ni tak.. terus je kata stuju..mna pendirian korg?? iman korang?

    0

    0
  27. midori says:

    pe pasal hani ckap cam taik tak kna block dlm ni?? aku pn nk ckp taik gak.. tp kna block.. apehal?

    oi hani… wat keje la … dtg ofis keje asik update twitter… pastu pala ligat nk cari idea nk kutuk org! blah la wei!!!

    0

    0
  28. mha says:

    ada lagi…….. bila pic terkantaoi bersosial sakan dengan kain x cukup inci……”HANYA ALLAH SAJA YG TAHU…..DOA2 ORG YG TERANIAYA MAKBUL………..” pernah keluar melodi tv3!!!!

    0

    0
  29. ana says:

    sape hani marissa? aku googled xjumpe pon.hahaha

    0

    0
  30. Kundang says:

    ana – Hani Marissa tu isteri Nara la VONGOKKKKK! ko 1st time ke masuk blog ni?:p

    0

    0
  31. red says:

    Hmmmm, rasanya tak perlu kot nak mempersoalkan tahap keimanan orang lain.. Yang dok anggap diri lebih Islamik (yang dapat diambil dari apa yang ditulis la kan) dok menulis pasal gosip artis dan dunia hiburan jugak, bukan pasal Islam kan.. Satu jari menuding, sedarlah yang empat lagi menuding balik.. Renung2kan dan selamat beramal.. :)

    0

    0
  32. Heya i am with regard to the very first time right here. We found this particular panel as well as We think it is really helpful & this assisted me personally away much. I really hope to provide some thing back again as well as aid other people just like you aided me personally.

    0

    0
  33. Alexandr says:

    I enjoy your blog! I would like to write down something.

    0

    0
  34. Brett Noreen says:

    This might not be the most beneficial place to request this, but I am looking for a pest management provider in the pittsburgh region and have no method to find out who’s the best. I found this business that is actually close to me and wanted to see if any one has any critiques on them. Beaver Pest Control Pros, 323 College Ave, Beaver, PA 15009 – (724) 506-8486

    0

    0
  35. Nice post. I was checking constantly this blog and I’m impressed! Very useful information particularly the remaining part :) I care for such info much. I was looking for this certain information for a long time. Thanks and best of luck.

    0

    0