Written by Bella | October 19th, 2015

Setelah tiga tahun hidup dengan seorang isteri di sisi serta anak tercinta, Fezrul Khan akui beliau ada merasa sedikit murung selepas bercerai dengan isterinya Noorhafizah Zulkafli sekitar bulan Ogos lepas.

Kehidupan saya selepas bercerai okey sahaja. Bagaimanapun saya tidak boleh duduk bersendirian kerana akan selalu memikirkan perkara tersebut.

Mujur ada keluarga dan rakan-rakan terdekat yang sentiasa memberi semangat. Selain itu saya banyak bersenam sebagai langkah untuk mengurangkan tekanan dan kemurungan.

Enggan menjelaskan punca sebenar mereka berpisah, Fezrul bagaimanapun memberitahu beliau tidak serik untuk bercinta semula di masa hadapan.

Saya tidak rasa serik untuk bercinta semula. Semuanya terserah kepada Yang Maha Esa. Bukan semua yang kita mahu akan tercapai. Jadi saya tidak berani bercakap soal jodoh.

Sekuat mana pun lelaki itu, kalau sudah terbiasa dengan kehadiran seorang perempuan bernama isteri sebelum ini pasti mereka akan merasa sedikit kehilangan jika bercerai. Apa-apa pun kita tidak boleh putar kembali masa dan mungkin sudah takdir bahawa jodoh mereka hanya sekejap sahaja.

Sumber Berita: Mangga Online

6 responses to Fezrul Khan Mengaku Rasa Murung Selepas Bercerai

  1. Anonymous says:

    dah murung npe x try rujuk smula?? siap ckp x serik tuk bercinta lg.. dri bercinta lg baik jernihkn mna yg keruh.. kawin la 10 pun mesti ada gado masalah x pesefahaman.. normal la tu.. bkn cerai je kawin lain settle masalah.. cuma situasi je berbeza..

    0

    0
    • Anonymous says:

      dia ni poyo jer .. padehal da lamer dier tinggal anak bini dia tak dok same2 .. dan dan plak murung .. siap kater tak serik bercinte budget cakap murung senang dapat simpati awek ler tuh .. meluat iolls gan perangai lelaki yg cenggini ..

      0

      0
      • Pekerja Gomen says:

        Tak serik bercinta lagi ke atau mmg tgh bercinta lagi??
        Ala… kemurungan tu cuma nak tutup mulut org kalau org tau cepat sgt dpt pengganti.

        0

        0
      • Trick lemau says:

        Khen? Setuju…Tah pape..Klu syg dan murung, usahalah jernihkan dan perbaiki…Ini siap boleh mention tidak serik bercinta lagi..Apakah..Macam nak gunakan kisah tragedi cinta dia tu untuk jadikan tarikan dan nanti bila dah ada awek, lepaslah dia dari sangkaan buruk sebab kononnya dia ni sengsara la konon pisah dengan anak isteri, tak la dia kena hentam bila dapat awek baru ye tak…Murung kunun, padahal tengah test market..Ok, kalau betul murung dan sayang, pi cepat usaha berbaik dengan isteri..Pergi buat..

        0

        0
    • Kak Mah says:

      Murung ke burung? ;P

      0

      0
  2. Anonymous says:

    Tgk happy je sambut birthday besar2an dgn saheizy sam baru2 ni….

    x prejudis ok…

    0

    0