Written by AbangNara | December 16th, 2014

Setiap tahun, Google selaku enjin carian paling hebat di cakerawala akan mengeluarkan statistik pencarian mereka. Untuk tahun 2014, Abang Nara agak kecewa kerana BeautifulNara tidak termasuk di dalam senarai. Tapi tak apa, tahun depan kalau tak ada juga Abang Nara nak resign terus. Hehehe. Apa pun, untuk tahun 2014, Felixia Yeap merupakan selebriti yang paling banyak dicari di Google sepanjang tahun.

felixia yeap

Untuk anda yang tidak mengenali gadis ini, Felixia Yeap telah pun memeluk agama Islam pada bulan Ramadhan tahun ini. Model yang pernah menghiasi beberapa majalah antarabangsa ini telah memilih nama Raisyyah Rania sebagai nama Islamnya. Sebelum memeluk Islam, Felixia Yeap telah pun terlebih dahulu bertudung dan menutup aurat menyebabkan namanya menjadi bualan. Amoi comel la katakan. Hehehe.
hanez suraya Di tempat kedua tak lain tak bukan ialah Hanez Suraya. Nama pelakon ini cukup popular sepanjang tahun 2014 kerana kontroversi dengan suami orang, Romie. Hanez juga telah membangkitkan kemarahan orang ramai apabila meminta Liyana Manan, isteri kepada Romie agar meminta maaf kepadanya. Sesungguhnya tahun 2014 adalah tahun yang kurang baik buat Hanez. Semoga tahun 2015 akan membawa sinar yang lebih cerah kepada pelakon jelita ini.

Berikut ialah 10 tempat teratas selebriti yang paling banyak dicari sepanjang tahun 2014. Wak Doyok pun ada tau. Jangan main-main dengan kepopularitan abang berjambang ini.

felixia yeap

Ikuti juga senarai-senarai lain termasuk filem tempatan yang paling banyak dicari di Google 2014. Selamat membaca.

21 responses to Felixia Yeap Selebriti Paling Banyak Dicari Di Google Sepanjang Tahun 2014

  1. jemah pkasam says:

    hanez cantik sgt,knapa la bossned x pilih dia? anak dara pulak tu..”–”

    0

    0
  2. keisha says:

    Omaigodddd felixia. Keisha minat sangat kat dia hope boleh jadi muslimah yg berjaya mcm dia.

    0

    0
  3. tunggguguuuu says:

    Amelina bakal gegarkan 2015…

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Mana Nora Danish?????

    katanya paling fofuler dengan follower ig berjota dan dimeroyan krutuk itu

    0

    0
  5. Mirai Suenaga says:

    tolonglah felixia. watermark klu boleh nak kasi penuh satu gambar. pompuan giler populariti

    0

    0
    • tecit says:

      Die xnk orang curik2 amik gmba die. Die kan nak buat duit dengan modelling. Nak tanggung family. Sape amik gmba die curi2 nt kene saman tau! Jangan pandai2 gune gambar die xbg royalti. Susah2 die modeled n dolled-up nak sara hidup.

      0

      0
  6. Anonymous says:

    Tak faham orang yang obviously ambil selfie tapi pandang tempat lain as if orang lain ambil gambar tu.

    0

    0
  7. faith says:

    felixia ne popular rmai org cr sbb ceta dia dr gadis seksi, model mcm2 majalah then msuk islam..sbb tu je org google dia sbb xrmai yg tau sapa dia sblm ne.berlakon pn bkn best..pd sy xda la cntik mn pn,besa2 je.tepek make up tebal mcm mn pn ttp xlawa,dgn eye liner yg nmpk mencuba sgt tp xjd…..klu bkn ceta psl dia convert n ubah penampilan tu maybe xpopular kot.HS pla popular sbb kes dia dgn suami org tu..klu xpsl tu xda kot dia dlm list tu

    0

    0
  8. betul jugak tu…ramai org nk tgk gmbr2 seksi die je…tp 1000x kali bagus die dr org islam lain sendiri yg masih pakai seksi walaupun dh lame masuk islam,,,felixia ni kurg2 nmpk die punye kesungguhan dlm Islam terutamanya dr segi pakaian

    0

    0