Fazura Tidak Kisah Dikritik Teruk : Teruskan Impian Untuk Menyanyi

Hiburan

Fazura Tidak Kisah Dikritik Teruk : Teruskan Impian Untuk Menyanyi

Tentu anda semua masih ingat dengan isu viral minggu lepas dimana netizen mengatakan selebriti Fazura mempunyai suara yang sumbang dan menyanyi “syok sendiri” di pembukaan konsert F1. Tidak kami nafikan, agak teruk juga kritikan yang diterima oleh Fazura.

Advertisement

Namun,  perkara itu sedikit pun tidak mematahkan semangat Fazura untuk terus menyanyi.  Menurut Fazura, orang ramai tidak berhak untuk menentukan hala tuju hidupnya dengan meminta beliau untuk melupakan bidang nyanyian dan hanya fokus kepada kerjaya lakonannya sahaja.

Saya tidak mahu anggap mereka dengki kerana kita tidak tahu apa sebenarnya niat mereka. Kalau saya ikutkan juga kehendak pihak yang mengkritik, mereka akan tetap mencari kesilapan kita dan bercakap apa saja. Lihat di mana Yuna sekarang. Jadi saya tidak akan tunduk kepada komen negatif seperti itu. Kalau komen itu membina, saya akan terima.

Menurut Fazura, ketika beliau membuat persembahan beliau melihat penonton sangat terhibur. Tiba-tiba sahaja ketika beliau ingin menyampaikan lagu Sayangi Diriku, terdapat beberapa masalah teknikal sehingga beliau tidak boleh mendengar suaranya sendiri. Walaubagaimanapun, beliau tetap meneruskan persembahannya.

Ketika membuat persembahan, saya lihat ramai penonton terhibur dan menari serta menyanyi bersama. Bagaimanapun, ketika menyampaikan lagu Sayangi Diriku, berlaku masalah teknikal apabila saya tidak dapat mendengar suara sendiri.

Bukan hanya saya tetapi masalah itu turut membabitkan penyanyi latar saya. Apapun saya teruskan juga persembahan. Tiba-tiba saya dapat tahu bahagian itu yang diviralkan. Saya tak tahu apa tujuan pihak yang memviralkan video itu? Saya tidak mahu menganggap mereka dengki kerana kita tidak boleh baca hati orang lain.

Pada masa yang sama, Fazura akui beliau meminati bidang nyanyian sejak kecil lagi dan menyanyi hanya untuk suka-suka sahaja dan bukan untuk mencapai ke tahap yang lebih tinggi.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...