Written by AbangNara | June 2nd, 2015

Kontroversi gambar selfie oleh Nur Fazura dengan seekor anjing telah menjadi perbualan ramai semalam. Setelah ramai mengeluarkan pendapat masing-masing, akhirnya Imam Muda Asyraf telah tampil bersuara untuk menjelaskan perkara ini. Sekali sekala dengar daripada yang pakar memang lain jawapannya. Menurut Imam Muda Asyraf, Fazura tidak melakukan kesalahan bergambar dengan anjing tersebut jika tidak memegangnya.

imam muda asyraf

Namun menurut Imam Muda Asyraf, Fazura perlu menjawab semua pertanyaan daripada peminatnya untuk mengelakkan fitnah. Malah Imam Muda Asyraf turut menasihati para selebriti agar berfikir tentang implikasi sebarang gambar yang mahu dikongsikan di laman sosial. Terang Imam Muda Asyraf:-

Dalam hal ini, kalau dia yakin dan pasti dia tidak pegang haiwan itu, ia tidak menjadi satu kesalahan…Namun, jika gambar yang dimuat naik itu menimbulkan pertanyaan, dia perlu jawab semua pertanyaan tersebut…Tujuannya untuk mengelak kekeliruan dan fitnah.

Memang daripada gambar tidak nampak bersentuhan dan ramai mungkin tidak tahu situasi sebenarnya…Jadi, dia harus menerangkan agar pengikut di laman sosialnya benar-benar faham.

Oleh itu sebelum bertindak memuat naik sebarang gambar, fikir dulu baik dan buruk perkara tersebut serta implikasinya. Tambahan pula pada masa kini dengan kewujudan media sosial dan ‘keyboard warrior’, ia mungkin dikaitkan dengan perkara yang menyentuh sensitiviti

fazura

Diharap dengan penjelasan ini, kita turut sama mengambil iktibar daripada apa yang terjadi. Senang cerita kalau tak mahu dihimpit kontroversi, sebelum upload gambar di Instagram tue, fikir 2,3 kali dulu. Namun apa yang dilakukan oleh Fazura bukanlah satu kesalahan. Terima kasih Imam Muda Asyraf atas penjelasan ini. Sumber AstroGempak.

imam muda asyraf

P.S: Hapuskan buncit! Cara terpantas keluarkan semua toksin, lebihan minyak, lemak dalam badan dengan Panacea DR.BURN! Hanya KEMAM & KURUS. Ramai dah berjaya kurus dengan mudah. Tak rugi mencuba.DR.BURN, slimming detox untuk penjagaan usus dan berat badan. Lihat testimoni di FB: Panacea Beauty Official atau layari wesite www.panaceabeauty.com.my

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

94 responses to Fazura Perlu Jawab Semua Pertanyaan Untuk Elak Fitnah – Imam Muda Asyraf

  1. Anonymous says:

    Hurm…dah terang memang dia tak sentuh anjing tu. Jarak pun agak jauh. Siapa yang dok fikir dia pegang tu ada problem la kot.

    0

    0
    • isteri solehah says:

      Dunia dah akhir zaman nmpaknye….nasihat ulama’ pun kita tak dpt terima ye…

      0

      0
      • Jaga dn elaklh dirimu dr difitnah. says:

        BUKAN masaalah sentuh anjing tapi gambr trsebut boleh mnyebabkn fitnah berlaku wlpn dasarnya mmg fazura tdk menyentuh anjing trsebut. Agama membolehkn menyentuh anjing skiranya dlm keadaan kering. Skiranya kita Menjerumuskn diri kita sndri sbg SUMBER fitnah maka hukumnya boleh jatuh berdosa. Maksudnya kita telah menZalimi Diri Sndri krn mengundang Umpatan dan Sangkaan buruk org trhadap kita. Cnthnya bila gmbr itu tersebar slps itu org memfitnah fazura membela anjing suka2 (bukan atas sbb2 syariee spt mnjaga ladang). Inilah dikatakn kita tlh mngundang fitnah.

        0

        0
        • aku says:

          faham,,tp org zaman skrg ni..org buat baik pun kena fitnah..susah jugak nk hidup dlm dunia yg penuh dgn manusia yg suka buat fitnah ni…haihh

          0

          0
        • Anonymous says:

          tak faham, apa masalahnya bergambar dengan anjing?
          kau orang ni, kalau lelaki perempuan takde muhrim amik gmbo sekali berpelok2, kemain sweet la hape la.
          kemon la, berdosa besar sgt ke anjing tu?
          kalo terpegang dengan tangan kering sama2 kering pun tkde pape.
          even kalo basah pun masih bole disamak.
          bukan anjing je la, kambing pun ada la dalam majlis tu.
          typical la, cuba tengok dia bergamba tu sebab ada event.

          0

          0
        • Anonymous says:

          imam muda asyraf minat fazura ye..
          ah yg egur dan yg menjawab tu tgh datang bulan masa tu..mengong..wat cool je..

          0

          0
        • ape dah says:

          korang ni patut tau kisah pelacur dan anjing masa zaman nabi dulu la

          0

          0
        • lilyzali says:

          Tak sepatutnya timbul isu menjerumuskan diri dalam fitnah,mengelak fitnah dan sebagainya kalau masyarakat Melayu Islam di Malayisa ni berfikir dengan akal dan bukan membabi buta menuduh dan menjerit tiap kali nampak anjing di mana-mana.
          Anjing tu tak haram melainkan jika kita memegang tanpa sebab. Atau membela tanpa sebab. Atau p makan dia. tu haram. Kalau bersentuhan pula, tanpa sengaja, dan salah satu basah, kene sertu. Itu je.
          Kenapa kita akan kata “Eee, comeyla kan?” tiap kali nampak org amik gambar dengan burung, gajah, ri mau, kucing, tp menggelepar mcm kene lektrik kalau nampak org bergambar dengan anjing atau babi?

          0

          0
        • ntahpape says:

          Lepas ni bila ada artis selfie dengan babi pink , cakap ja – tak sentuh pun babi tu.

          Pelik, boleh je Fazura capture gambar anjing tu seko..apa motif yang dia gigih nak memuatkan muka yang tak segah mana tu?

          TO FAZURA : WELLDONE, GOOD JOB, KEEP IT UP , DOUBLE THUMBS UP !! ps/ lepas ni selfie la dengan babi pink plak..

          0

          0
      • aku says:

        ni la dia manusia akhir zaman..anjing babi..d hina..sdgkan mereka jugak makhluk ALLAH..at least,kalau tersentuh anjing..bole d sertu…tp pelakon2 yg berlakon drama kat tv tu..berpeluk sana sini tanpa ikatan yg sah, d katakan sweet…ketahian apakah ini.

        0

        0
        • Anonymous says:

          Setahu aku Fazura pun ada peluk sana sini tanpa ikatan yang sah … bila kau nak tegur dia???

          0

          0
      • Anonymous says:

        Bukan tak dapat diterima. Tapi kita manusia biasa ni pun dikurniakan otak untuk berfikir sendiri, maka silalah gunakan. Dan patutnya nasihatkan jugak orang melayu ni supaya jangan terlalu senang sangat nak berfitnah. Kalau orang tu dah terangkan perkara yang sebenar, sangka baik sajalah.

        0

        0
      • minah jambu terlajak habis says:

        bukan tk boleh terima nasehat ulama bodoh Nye kau nii..kau Nampak ke fazura bergambar sambil memegang anjing ??? kau ada Nampak ke ?? kalau kau Nampak fazura pegang anjing tu bermakna kau anak luar nikah pat sini….kenape nk timbulkn isu bergambar ngan anjing ??

        0

        0
      • concern says:

        isteri solehah..!!
        tak payah kot nak tukaq topik n make a general conclusion yg mereka saja yg betul.. berfikir la kritikal dan adil..

        kalo ustaz pun malas nak revise and study the key issues at the first stage.. ada baik rasanya di tak perlu beri kenyataan dulu.. popularity anda bukan kunci utk anda nilai seseorang hanya dengan sekali imbas..

        aku bukan fazura’s fan.. tapi aku maklum fazura sedang bertugas untuk satu animal charity event waktu tu.. jelas dia dah maklumkan pada ‘ig’ nya tu..

        tapi kalau sang ustaz juara realiti pun tak dapat menyeimbangkan teguran kepada semua lapisan ummat.. saya rasa ada yg tak kene di situ..
        Allahuallam!..

        0

        0
        • ika says:

          saya setuju.

          banyak lagi isu boleh dibawa, isu fazura bergambar dengan anjing ni jugak dia nak komen. come one ustaz, find a better topic to talk about, like membuat fitnah tu serupa macam mkan daging saudara sendiri?

          0

          0
        • cik ika ... oiiii says:

          Cik ika … ORANG YG BUAT FITNAH Kpd org lain DAN MENGUNDANG FITNAH(maksudnya menjerumuskn diri sndri mnjd umpatan) pun adalh satu dosa juga. Org baik pun kena fitnah. Inikan gmbr kontroversi. Klu ada org yg bencikn fazura ambik gambr tu shj tanpa caption sebar dan post kat internet dan kata dia suka2 bela anjing … kan dah susah dan boleh jatuh fitnah. Klu nak brgambar dgn dog pun, gunalah cara yg tdk kontroversi. Ambik gambar dngn doggy tu brdiri jauh sikit , nmpkkn ada event charity tu kat blakang. Habih citer. Fikir panjang sblm buat tindakn

          0

          0
      • kamal says:

        Kebanyakan artis ni buat keje bodoh sbb nak cari publisiti…….
        smpai sanggup ketepikan agama…..
        dah terang2 diri sendiri ciptakan fitnah lepas tu nak melalak mcm anjing salahkan org lain

        0

        0
        • lynn says:

          Tang mana yang gambar kontroversi tu?
          Gambar ngan haiwan je. Cuma meleis ni suka sgt melebih2 berfikir. Sampai melarat ke fitnah.

          0

          0
      • Komen 1st ku hr ini says:

        Siapa yg x dpt terima tu. Btl la kate ustaz tu dn btl jgk kata Pengomen lain. Ustaz tu kata tiada kesalahan. Tp sekiranya org bertanya, prlu jwb utk elak fitnah sbbbbbbb ustaz tu pn sedar ada org bodoh dn amt ske fkr yg buruk dn cri yg buruk2 je. Cuma klu x nak wujud implikasi keyboard warrior yg bodoh, jgn tunjuk gmbar tu. Tp klu x slh apa mslhnye cuma jwb je la bila org tnya sbb bkn Sume org pndi. Pengomen jgk tiada kata apa ustaz tu kata salah, komen cuma refer pd keyboard warrior bodoh. Ala org bodoh, biar je la, bkn bg ksn pn, dh bodoh kn. Yg pntg x buat slh dn dh bg pn pnjelsn kt org buta gnbr tu dh ok la.

        0

        0
    • minah jambu terlajak habis says:

      mari minah jambu jawabkn untok cik fazura kite ni ye…dia setakat bergambar aje n bukan memegang anjing ..dengan sape2 pon faz boleh bergambar dengan binatang ape sekali pon dia boleh bergambar ..cuba isu ni jangan di perbesar2kn macm kiwak ! fazura tk perlu jawab soal ni pasal fazura dia bukan memelok anjing dia setakat BERGAMBAR SA HA JA itu pon tk PAHAM ke ??? ape perlu ke fazura nk jawab semua ni ? kalau dia jawab pon sama macm minah jambu dh jawab kn skarang ni ..tak PAHAM lagi ke ?? helo fazura..u tk payah jawab ape2 soalan minah jambu dh jawabkn dh semua Nye berdiam lagi bagos dari u kasi jawapan ..tengok dlm gambar orang 1malaysia pon tau yg u hanye bergambar n bukan bergambar sambil memegang atau mencium anjing ..lov u fazura..

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      ape yg elak fitnah Nye ? fazura bukan Nye sebilik ngan anjing !!

      0

      0
  2. anon says:

    Nak jawab ape nya…..gambar tu membuktikan yg dia tak peluk or pegang anjing tu. Org2 islam ni sensitif sngt psl anjing…. Gambar mcm ni pun nak dijadikan isu, banyak lagi hal yg penting yg patut dipersoalkan.

    0

    0
    • minah jambu terlajak habis says:

      tu laaaa kenape fazura nk kena jawab semua ni ? bukan fazura buat salah besar pe ! ustaz tu dh kenape ? ustaz2 lain tk cakap ape2 pon kenape dia sebok ???????

      0

      0
  3. gigi emas says:

    Saya rasa tak perlulah kita akur kepada ustaz2 mee segera yang akan menyesat lagi akidah.

    Baca article ni…yang tak reti baca english pakai google translate….ramai melayu tak reti english sangat kerana terlampau taksub

    http://www.themalaymailonline.com/opinion/shafiqah-othman-hamzah/article/are-we-falling-into-religious-fundamentalism

    0

    0
  4. anon says:

    awk pegi cari bala knp.. sepatutnya kite ni kene mengelak dr fitnah. lepasni amikla gamba sebelah oink2 plak.. anjing ngn oink2 xde bezanya

    0

    0
    • minah jambu sayang nenek says:

      berbeza pe ..sape cakap tkde beza ? anjing ngan bebi kn berbeza..ngan anjing kite maseh leh bergambar lagi tapi ngan babi susah sikit la pasal babi dia stay jaoh kt kandang..tapi anjing kite leh tengok di mana2 saje kt town babtu fazura leh bergambar ngan anjing PAHAM ?

      0

      0
  5. akuygbungung says:

    segelintir org2 islam yg makan dadah,buang bayi,bzina lagi teruk dari pegang anjing napa tak d persoalkan..?
    SILA JAWAB!!

    0

    0
    • Irfan says:

      Bila pulak org tak persoal benda yg awk cakap tu..semua d persoal…org islam kene saling mengingati dr kelalaian…tolonglah…be sensitif n responsible…

      0

      0
    • Debah@gmail.com says:

      Tak Dipersoalkan??? Awak ni betul ke tidak??

      0

      0
    • Anonymous says:

      itu memang masaalah yg patut dipersoalkan.tapi ini lain.bukan ke si fazura terang2 dh bagitau dia tak pegang kenapa diperbesarkan lagi..yg percaya percayalah pada yg tidak percaya, masaalah siapa skg???? pakai akal lah.

      0

      0
  6. pokok says:

    dh x mau org kata,,x pyh post gmbaq mcm nie…klu nk post gk trima jalah…ADA AKU KESAH….jwpan artis,,ALLAH TAU NIAT SAYA,,

    0

    0
  7. O_o says:

    bila tengok gambar macam ni.. anggap jela tengok gambar lelaki & perempuan yg bukan mahram.. tak payah nak kecoh2 serta menimbulkan lebih besar kekeliruan.. akhirnya menjadi fitnah pd empunya diri.. nasihat elok2 sudahlaa..

    0

    0
    • debah says:

      Mana buleh macam tu, manusia walaupun bukan muhrim tidak termasuk dalam kategori najis, tetapi anjing walau secomel manapun ia, ia adalah kategori najis berat iaitu mughalazah… Lelaki dan perempuan yg bukan mahram tangkap gambar sama tak salah, yg salah kalau aksi yg ditonjolkan menyalahi syarak contohnya berpeluk, berkucup… “Anggap jela tengok gambar lelaki & perempuan yg bukan mahram” , awak ingat gambar lelaki& perempuan bukan mahram (dalam keadaan bertentang syarak) itu orang benarkan dan tak kesah ke??

      0

      0
      • O_o says:

        debah.. kamu faham ke ape aku tulis & ape yang kamu tulis? gambar ni fazura pegang anjing ke same mcm gmbr lelaki & prmpn bkn mahram bgambar tdk bersentuhan?? knp kamu cakap tak salah plak dgn anjing TDK SENTUH kamu cakap salah??

        0

        0
  8. batu bata says:

    dh tau org nk kata,,dok p post gmbaq mcm tue psai pa???klu x postkn senang…pas tue org kutuk kata plk…ALLAH TAU NIAT SY,,jwapan artis

    0

    0
    • Anonymous says:

      mmg Allah tau pun niat dia hai cik kak Batu-bata konkrit..
      artis ke tak itu bukan masalah ko pun… memang semua makhluk sama disisi Tuhan

      ko pun tak payah sibuk sibuk hal orang..
      ko ni budak sekolah ke mak budak ni..?? seronok ye menekan org.!

      ni la perangai org kita..asal nampak benda yg belum tentu salah pun, dah habis di tekannya selagi lagi… wake up pls.. manusia tak mati di keji.. org minda mcm ko ni la yg patut di keji…

      0

      0
  9. ANon says:

    Diamm je Fazura..sebab yang tanya tu semua kaki fitnah, kaki gossip, kaki x bole tgk org senang..ini ke Melayu Islam..oh yee..ini lah die Melayu Islam… asal anjing & babi je kemain marah..taboolah ape lah.. bab jantan betina pegang2 peluk2 dalam drama slot AKASIAL kemain ko support!! Haramm jadah

    0

    0
  10. God Is Good! says:

    kenapa anjing ni terlalu haram di sentuh bagi islam ya? rasanya bukan anjing je banyak lagi haiwan lain yang haram di makan dan di sentuh…bukan semua haiwan ciptaan Tuhan ka? kenapa kita perlu jijik dengan ciptaan Tuhan?…maaf saya tak faham mohon jelaskan…

    0

    0
    • Muru says:

      kebanyakan haiwan haram dimakan saja tapi pegang boleh contohnya kucing, labah-labah dan banyak lagi…tapi yg haram secara total cuma anjing dan babi .. Tuhan ciptakan anjing dan babi untuk bersihkan najis , dan kedua-duanya pun adalah ketegori najis berat.. Iblis dan syaitan pun ciptaan tuhan tapi kenapa kita disuruh untuk membenci/menjauhi makhluk tersebut?? Bukan semua ciptaan tuhan tu kita perlu embrace, ada je ciptaan tuhan yg kita perlu jauhi.. Satu lagi makhluk ciptaan Allah yg sunat dibunuh adalah cicak, cicak adalah haiwan yg jahat didalam kisah Rasululllah ketika baginda bersembunyi dalam gua , cicak membuat bising seolah-olah cuba untuk memberi hint kepada kaum Quraish diluar gua bahawa ada orang yg sedan bersembunyi didalam… Sama juga ketika Nabi Ibrahim ingin dibakar, ciciak cuba meniup-niup api pembakaran supaya api itu lebih marak lagi berbeza dengan burung yg cuba memadamkan api dengan memngangkat air menggunakan paruhnya yg kecil..

      0

      0
    • critical thinking says:

      Dear G.I.G

      dalam konteks Islam, anjing dan babi (termasuk haiwan dua alam dan yg bertaring) adalah HARAM UNTUK DI MAKAN.. itu fakta dan jelas dalam hukum..

      tetapi, sekiranya melibatkan keperluan untuk menjaga keselamatan, kesihatan dan kebajikan (malah mempelajari konsep biologi) dua makhluk Allah ini, umat Islam dibenarkan untuk menguruskan mereka.. itu sebablah masih ada kelonggaran untuk muslimin dan muslimat memegang mereka dengan syarat, selepas itu perlu DISAMAK.. (ko google la nanti maksud samak ni ye!)
      contoh lain.. ko tgk la aktiviti PAPA HERO n arwah pakcik kat Alor Setar tu.. habih anjing anjing jalanan dirawat dan diberi perlindungan.. betapa hebatnya mereka ya Allah..)

      disebabkan anjing dan babi ini adalah di dalam kategori najis berat di dalam Fekah, itu sebablah muslimin dan muslimat tidak dibenarkan menjadikan 2 makhluk comel ni sebagai pet atau binatang peliharaan untuk bermanja2 seperti kucing di dalam rumah..

      TETAPI.. Allah masih memberi kelonggaran dimana kelebihan yg ada pada binatang ini khususnya anjing, boleh digunakan oleh masyarakat muslim untuk tujuan menjaga ladang dan aktiviti pemburuan..

      dalam konteks kes fazura..
      seperi yg dimaklum di dalam IGnya, makcik tu tgh menjalankan tugas as an ambassador kepada kelab charity haiwan di ibu negara .. dan dia hanya bergambar di belakang si comel yg bertaring tu… tetapi teknik camera menjadikan gambar itu sangat boombastik dan wow..! ada jugak kambing hensem yg beruntung dapat gesel pipi dengan fazura…

      end up dia di sembur dan dikutuk tidak sensitif kepada Islam kerana situasi itu… anda rasa ADILKAH bila dia di bahasakan seperti itu..?

      sekarang blogger n reporter pi dapatkan pulak ulasan dari Ustaz yg saya rasa dia pun tak study isu pokok… yg mana jadilah isu ini seperti pasemboq.. orang ramai pulak giat menambah perisa secukup rasa..

      ermm.. adilkah begitu.. saya tak melihat benda ini dalam konteks membacking fazura.. tapi saya melihat dari sudut mentaliti masyarakat kita yg cepat sgt menghukum.. dan sekarang dah jadi situasi.. Ustaz vs Artis….

      Allhuallam…

      0

      0
      • Aida233 says:

        Setuju 200%!

        Lagi satu, para ustaz bukan maksum yer. Paling benci dengan sikap “holier than thou” (sila Google maksud) mereka. Lebih2 lagi jenis yg tiba2 popular (ustaz/ ustazah mee segera).

        Ada juga Imam Muda dan Pencetus Ummah yang leka menyebarkan hadis-hadis palsu, tapi masyarakat kita ni kan malas membaca, lurus bendul percayakan semua benda, seba apa? Sebab mereka ni “ustaz”.

        Haisshhh.

        0

        0
  11. Anonymous says:

    Kalau org nak fitnah ambik gambar dgn kucing pun bole jadi fitnah. Dorang boleh cakap pengotor kena taik kucing. So, why live your life scared of what others may think? anjing dan babi makhluk Allah. Allah never make a mistake. Korang ni sapa nak hina ciptaan Allah. Kalau sentuh pun dah terang2 no big deal… Just samak… Super easy…

    0

    0
    • Geena says:

      komen anda sgt relevan..

      saya mintak maaf ye ustaaz..
      sedikit terkilan dengan komen ustaz ni..
      sah sah dia tak selidik dulu sebelum bagi kenyataan..
      walaupun anda golongan yg dihormati, ada baiknya anda ambil masa untuk fahami situasi dan lihat bagaimana respons kedua belah pihak (baik pihak Fazura dan jugak pihak peminat kunun suci yg hentam kromo dah jatuhkan salah atas orang..)

      kan itu lebih afdal ya ustaz..
      rasanya tak salah ye saya menegur ustaz..

      0

      0
  12. ieda says:

    paling senang jangan muat naik aje .. ikut cakap imam muda , kalau nak muat naik kena bersedia dgn jawapan yg boleh diterima akal peminat . Kalau tidak jangan jadi artis . Awak dah di anggap kurang kontoversi , kenapa nak dpt kan kontroversi murahan macam nie … agak kecewa dengan situasi terbaru Fazura , harap teguran dari peminat dan ustaz ambillah kira dan jadikan panduan agar lebih berhati2 …
    Kena ingat bila jadi public figure , doa dan pujian peminat sangat lah diperlukan , suke ke kalau peminat ashik kutuk dan ckp tak baik ? itu satu doa .. berkata baik doa , berkata tak baik juga doa .. jadi elakkan lah dan lebih lah peka lain kali … walau niat bukan utk dijadikan bahan kontroversi !

    0

    0
    • anti eida says:

      hi cik ieda..

      ko pun kalo tak tau pucuk pangkal tak payah nak menasihat orang bagai..
      kalo imam muda ko masuk parit.. ko pun ikut la yek..

      kalo yg dah mengutuk tu bukan peminat namaya.. itu pembenci..manusia jenis suka cariks alah orang.. walau org buat baik setinggi gunungg.. masih jek carik salah orang tu.. macam la ko jugak..

      wake up la woii

      0

      0
    • Anonymous says:

      Kontroversi murahan tu kalau dia tetibe peluk jantan gesel tetek dan ckp nk dpt keserasian berlakon watak. Jadah la amik gmbr ngn anjing jd kontroversi murahan?ko ni biol ke apa?anjing je. Bkn dia amik gamba pelok ciom ngn bf/laki ko pon.yg tu baru harooommmmm

      0

      0
      • Anonymous says:

        Aku pernah tengok Fazura bergambar peluk2 jantan … ko tak nasihat ke dia?

        0

        0
  13. melati says:

    Babi lagi mulia pader sesiapa yg bangkit kan isu Fazura bergambar gan anjing ni

    0

    0
  14. aku says:

    PEMIKIRAN ORG KITE…

    0

    0
  15. kiki says:

    Kenapa org melayu ni sibuk sgt hal org…gamba pun nk jdi isu kalut sgt

    0

    0
  16. MISSKITTY says:

    Tak pegang anjing pon kisahhh.

    tu yg org pegang pegang sebelum halal, tak pulak jadi isu.

    sedih tengok orang jiwa sensitif tak kene tempat mcm ni…

    0

    0
  17. kiki says:

    Org melayu nI ske korek salah org… Kalut sgt pasai pa… Klu ang jumpa paijura ni depan2 tah2 ang paling sibuk nk selfie dgn dye puii

    0

    0
  18. ayahanda abdul rani kulup says:

    kpd artis2 baru…kalo tanak sendu..kena la buat mcm ni..

    0

    0
  19. melati says:

    Pungkok lak imam tu nk tumpang glamer lew tu …apasal tak bangkit isu Kak Rosmah…ader berani ka???

    0

    0
  20. lin says:

    ustaz, nk explain mcm mana lagi?? kan dia dak cko yg dia tak pegang.ini antara nak percaya atau tidak..jganlah diperbesarkan benda2 gini.ustaz patut bagitau mereka yg buat fitnah..jgn terlalu cetek pemikiran.sdgkan waktu zaman nabi anjing di pelihara utk menjaga ternakan.tapi perlu tahu juga phukum2nya

    0

    0
    • critical thinking says:

      ustaz pun byk kelemahan…
      artis pun tak semestinya kosong akhlak…
      pendek kata nobody perfect

      fazura dah explain pun ms membalas komen pembaca yg kunun concern mengapa dia ada bergambar dgn binatang tu..
      tapi kalo rata rata peminat waima ustaz or imam malas nak membaca or selidik habih habih rational dia bergambar dengan haiwan haiwan ni….. tak tau la nak cakap ape ye..

      satu lagi.. para blogger n wartawan hiburan… anda pun kene bertanggungjawab sebelum nak paparkan satu isu.. jangan ended up artikel yg anda keluarkan, habis memutuskan silaturrahim antara manusia…. padah nya perit kat akhirat nanti…

      0

      0
  21. black says:

    taknak komen pasal fazura.
    cuma nak komen pasal gambar iklan dr.burn tu.
    kenapa model dia kepala mcam laen je? photosop fail eh?

    0

    0
  22. iamwhoiam says:

    I somehow hope our local ustaz can be macam Mufti Menk, Nouman Ali Khan, etc.. yang tidak judge orang, cop ini itu haram, and menambahkan lagi keruh dengan yang sudah keruh. Dari bising pasal anjing, baik focus pada aqidah sesorang tu dulu… sedangkan anjing pun pernah jadi penjaga sahabat2 rasulullah s.a.w masa dorang berlindung dlm gua (surah al kahf)..

    mcmana nak berdakwah dengan org muda mudi atau golongan bukan Islam kalau semua bende nak kecoh. kot ada nas pasal anjing pun.. takde yang ckp kita xleh amik gambar dgn anjing.. entah2 orang bergambar dengan kartun anjing pun jadi isu kot..

    0

    0
    • Anonymous says:

      daebak.. imam muda sume nak sound artis..
      nk glamer cepat.. senang org pggil bg ceramah
      baru masyuk kot

      0

      0
  23. ustaz nak glamor says:

    event pajura sal slmtkn binatang kan
    pe slhnye bgambar gan binatang haram.. xde pon bersentuhan
    mesej nk disampaikan : w/pon bntg tu hram tp kite kene tulung.. simple je kot
    ni ustajah2 + ustaj2 bn kalo begambar dgn anjing pon xleh..
    ak ase anjing lalu kene tendang dgn baling batu je la

    npe ustaz buat bende lg kecoh.. sbb ustaz org btelagah kata pajura salah..
    die dh explain kot..ustaz p tegur drama kul 730 yg gile ****

    0

    0
  24. ustazah norbayam says:

    Sebenarnya bukan isu anjing tu u all. Sebenarnya Fazura ni dah suam2 kuku alais sendu. sebab tu la amik2 pic yg buat kontroversi agar nama dia diperkatakan org semula. sama la kes macam Rita Rudainon bukan nama sebenar. Tak ada pulak citer Fazura menang anugerah pelakun wanita terbaik festival Film Cannes kann. Rita menang anugerah artis wanita propa oopppp kannyg ada Fazura bergambar dgn anjing. Che ta pakai seluar pendek. Rita menang … sama kat bekas laki.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Setuju dengan komen … tapi jaga2 nanti kena serang dek peminat Fazura

      0

      0
    • lynn says:

      Ni event dia sebagai ambassador berkenaan haiwan. So, anda dah buat fitnah dgn komen anda.
      And bukaklah minda tu skit. Anjimg haram dipegang tanpa sebab atau dimakan. Amik gambar tak patut dan tak pernah jd isu kecuali di kalangan masyarakat Melayu Malaysia mcm awak.

      0

      0
    • dot dot says:

      awak ckp biak2 skt eh..
      jngan ikut sedap hati je nk taip..

      0

      0
  25. rena says:

    Anjing mmg makhluk ciptaan Allah. Tempatnya didepan rumah/luar rumah menjaga keselamatan ladang ternakan bukan utk dimanja2kan. Terbukti anjing bukan ‘pet’ sbb emosi tak stabil. Byk kes kanak2 dibunuh anjing kalau awak semua rajin ke blog mat saleh. Yahudi pulak cross-breed anjing jadi bermcm2 species sampaikan rupa anjing tue lagi comel dari kucing semata2 nak anjing di anggap/diterima sbg ‘pet’. Rasulullah kata kucing dah di cipta sbg penghibur lara umat manusia. Anjing jugak menjadi kegemaran bahan ujian pemuja2 syaitan atau syihir…so fikir2 kan lah. Saya tak kutuk Fazura tak pula membenci anjing tapi lagi baik saya tangkap gambar dgn kucing2 yg comel..boleh cium2 lagi peluk2 sayang2…

    0

    0
  26. finger says:

    ulamak pun ckp tidak ada masalh utk berselfiie dgn hanjing..ni kan manusia (ke monyet2) sibuk sana sini nk fitnah konon..sibuk nk tambah ajinamoto garam bagai..bagi sedap..ade ke die jilat peluk hanjing tu..xkan so jaga lar kain sendiri sebelum nk sibuk kacau kain org bagai….kain sendiri pun koyak rabak xder hala tuju…alahai pajura nasib kau lar kene dgn monyet kut….kehkehkehkeh

    0

    0
  27. minah jambu terlajak habis says:

    ustazz..minah jambu ada mimpi ..minah jambu pancing ada banyak ikannn ..n ikan ada makan umpan kt pancing minah jambu ..minah jambu tarek punye tarek skali ikan kt pancing minah jambu tu telepas ! ape makna mimpi minah jambu tu ustaz? boleh ustaz kasi jawapan Nye tak ? PLEASE…

    0

    0
  28. nuri says:

    aku tak nampak tang mana haramnya..sbb fazura tak pegang anjing.
    yg aku nampak haram sbb fazura mendedahkan auratnya.

    0

    0
  29. cik mek molek says:

    yelahhh ptotnyaaaaa caption fazura tu tulis laaaa ( event hari ni – booth donation untuk haiwan ) bru laaa melayu2 tu fahammmmm…Trus2 selfie gmbr anjing dgn hashtag yg xde details memang melayu2 ni mlas tekan dan baca.

    0

    0
  30. makcik says:

    sekolah dulu ada ngajar pasal perkara2 yg bleh buat fitnah lebih baik kita elak.
    contoh. mcam wrna pkaian. takleh pkai yg terang2 dan serupa warna kulit nanti timbul fitnah. sebab mata org laen2 kan. hati org pun laen2.

    makcik bukan baik pun, tapi nak jugak bgtahu apa yg makcik tahu.

    0

    0
  31. Anonymous says:

    rasenye tiada yg salah pun ape yg dikatakan oleh iman muda tersebut..die cuma jawab apa yg ditanya wartawan mungkin ttng gambr fazura bsama haiwan tersebut..cuba bace dan faham ayat yg imam muda tu jawab..jelas die tidak menyalahkan ape yg fazura lakukan..

    0

    0
    • Anonymous says:

      saya faham apa yg ustaz cakap..

      sayang sekali….. ustaz bagi teguran hanya pada sebelah pihak pazura..
      sedangkan hamba allah tu dah terangkan dgn jelas sebab dia bergambar dgn binatang2 cute tu sume… actually takde isu pun..

      tapi ustaz terkilaf tidak pulak di nasihati atau menegur pada pihak yg membuat spekulasi liar…keluar hukum sendiri terhadap org lain sambil bersandarkan alasan agama.. mudah nak mengatakan org tu org ni berdosa…

      franly, makcik pazura tu tak bersalah pun…

      bro sis or wat ever u are,..
      sebagai seorang yg tahu dan jelas ttg hukum dlm ilmu islam selain dihormati. saya rasa ustaz perlu lebih peka dan faham ttg sesuatu asas situasi dulu dan berlaku adil la dalam memberi pandangan dan nasihat..

      jangan la reporter tanya, terus sembrono bagi jawapan mcm politician.. kan lagi afdal, kalao ustaz minta masa, study keadaan n kemudian keluarkan la nasihat berserta dalil yg jelas mengapa tak boleh itu dan ini… kan dia pun byk saluran dakwah.. fb ada, twttwr ada, blog ada… idak gitu yope!!..

      0

      0
  32. lili says:

    ini ustaz ke tukang start??

    0

    0
    • minah jambu sayang nenek says:

      tukang start la pasal dia baru aje nk start komen pasal artis2

      0

      0
  33. nara lalang says:

    nara ni dah publish psl fazura posing dgn anjing,sibuk gak la masa tu imam muda la,ustaz la nk suh bagi pencerahan….pasni jakim pulak bagi statement…

    0

    0
  34. cik oren says:

    OSTAD SELEBRITI

    0

    0
  35. Anonymous says:

    Wah … bukan main sentapps lagi peminat-peminat Fazura ni … mentang-mentang kau minat dia … sanggup mengutuk Imam Muda Asyraf … berjaya lah Fazura timbulkan kontroversi … secara tak langsung dapat publisiti murahan

    0

    0
    • Anonymous says:

      ye adik2.. di atas ni adalah contoh makhluk yg suke spin cerita ye..
      harap maklum…

      0

      0
      • Anonymous says:

        Wah … sentappps peminat Fazura ni … dah tentu section comments kan … aku bagi pendapat yang kau nak sentap tu apahal …

        0

        0
        • Anonymous says:

          pandai la plak dia rasa sentap balik bila kene sounddd skettt.. hahaaa.. bongoksnye anon 9.17am… tk leh tgk org bahagia…

          0

          0
        • Anonymous says:

          Bagus arr Fazura ada peminat bongok cam ni

          0

          0
  36. Anonymous says:

    Lepas ni meletopss lah single Fazura yang tak berapa sedap tu … sebab kontroversi

    0

    0
    • Anonymous says:

      atas ni satu lagi contoh ye adik adik.. dari dah spin cerita mula dah melarat reka fitnah… jangan jadi mcm ni ye adik adik!!.. happy holiday uoalss..

      0

      0
  37. Program touch dog is ok? says:

    pegang x pegang lain citer tp sajer2 bergmbar dan timbul fitnah..nak heran apa laki mcm dog pon fazura sanggup bergambar

    0

    0
  38. Islam ni indah..mcm-mcm adab dah diajar oleh Rasulullah..
    maka dengan itu jauhi perlakuan yang mendatangkan fitnah..
    senang..jadi artis selalu org akan pandang..kalau x suka jadi org biasa..senang

    0

    0
  39. hezri says:

    Betul ke imam muda ashraf dgn raja farah skrg?

    0

    0
  40. Koko says:

    Rasanya kat instagram fazura dh jawab dh soalan2 penkomen gambr ni. Ke nak buat press conference utk menjawab soalan???????? Aptb

    0

    0
  41. lynn says:

    Tak sepatutnya timbul isu menjerumuskan diri dalam fitnah,mengelak fitnah dan sebagainya kalau masyarakat Melayu Islam di Malayisa ni berfikir dengan akal dan bukan membabi buta menuduh dan menjerit tiap kali nampak anjing di mana-mana.
    Anjing tu tak haram melainkan jika kita memegang tanpa sebab. Atau membela tanpa sebab. Atau p makan dia. tu haram. Kalau bersentuhan pula, tanpa sengaja, dan salah satu basah, kene sertu. Itu je.
    Kenapa kita akan kata “Eee, comeyla kan?” tiap kali nampak org amik gambar dengan burung, gajah, ri mau, kucing, tp menggelepar mcm kene lektrik kalau nampak org bergambar dengan anjing atau babi?
    Ubahlah mentaliti suka menfitnah atau emosi tak tentu arah.

    0

    0
  42. syazwan says:

    tu patung anjing ke anjing hidup

    0

    0