Fazura Dan Fattah Amin Bakal Berduet Lagu Hero Seorang Cinderella

Hiburan

Fazura Dan Fattah Amin Bakal Berduet Lagu Hero Seorang Cinderella

Pelakon Fazura dan Fattah Amin masing-masing pernah menerima pelbagai kritikan tentang nyanyian mereka sebelum ini. Walaubagaimanapun, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat mereka untuk menceburi bidang nyanyian. Terbaru, Fazura mengumumkan beliau bakal berduet dengan Fattah untuk lagu tema Hero Seorang Cinderella. Pihak pengurusan mereka sudah mengesahkan perkara tersebut dan mereka bakal memasuki studio rakaman tidak lama lagi.

Advertisement

Ya, saya baru dapat pengesahan tentang lagu itu daripada pihak pengurusan pada hari ini. Saya dan Fattah akan menyanyikan lagu duet berjudul sama dengan drama tersebut iaitu Hero Seorang Cinderella.  Sepatutnya malam ini kami kena masuk studio untuk rakaman tetapi masing-masing sibuk. Insya-Allah dalam masa terdekat.

Lagu yang bakal mereka nyanyikan itu bergenre pop dan ia merupakan karya penyanyi terkenal, Aizat Amdah yang pernah mencipta lagu Wanita Terakhir nyanyian Fattah sebelum ini.

Berbicara pula mengenai pengalaman kali pertama bergandingan dengan hero popular masa kini, Fattah, Fazura akui aktor itu sebenarnya seorang pelakon yang hebat dan tidak “kayu” seperti yang didakwa.

Fattah berlakon dengan baik dan ada bakat cuma dia masih takut nak cungkil lagi. Mungkin juga kerana dia sedikit terkesan dengan pendapat orang selama ini.  Saya minta dia luangkan banyak masa dengan saya ketika di set penggambaran supaya kami dapat keserasian sebagai pasangan kekasih. Bukan senang untuk dapat keserasian itu.

Sama-sama kita nantikan lagu duet mereka, siapa tahu mungkin kali ini nyanyian mereka berdua sudah lebih baik daripada sebelumnya.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...