Faye Kusairi Sudah Berpisah Dengan Azmi Hatta?

Hiburan

Faye Kusairi Sudah Berpisah Dengan Azmi Hatta?

Percintaan pelakon Faye Kusairi dan Azmi Hatta bukanlah satu berita baharu bukan? Malah, hubungan mereka mendapat perhatian ramai sebelum ini kerana ada dakwaan mengatakan Faye sebagai punca Azmi dan Elly bercerai.

Advertisement

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja netizen kecoh mengatakan Faye sudah berpisah dengan Azmi kerana orang ketiga.

Walaubagaimanapun, Faye menerusi portal Harian Metro menafikan dakwaan berkenaan dan cinta antara mereka masih lagi hangat membara.

Saya tidak tahu macam mana boleh cerita kononnya saya dan Azmi sudah berpisah. Terus-terang, kami masih berkawan rapat dan hubungan kami masih sama seperti sebelum ini. Begitu juga dengan dakwaan ada orang ketiga dalam hubungan kami. Saya dan Azmi tidak mahu ambil tahu gosip yang tersebar ini.

Saya sudah malas hendak komen isu sebegini. Kalau saya buka mulut pun orang tetap tidak percaya dan mengecam saya juga. Jadi, lebih baik saya berdiam diri dan tidak perlu mengulas apa-apa lagi.

Dalam pada itu, Faye memberitahu buat masa ini mereka berdua belum mempunyai rencana untuk mendirikan rumah tangga dan menyerahkan soal itu kepada ketentuan takdir.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...