Faye Kusairi Harap Wajahnya Muncul Dalam Istikharah Azmi Adalah Benar

Hiburan

Faye Kusairi Harap Wajahnya Muncul Dalam Istikharah Azmi Adalah Benar

Kontroversi melibatkan Faye Kusairi, Azmi Hatta dan Elly Mazlein antara yang cukup hangat diperkatakan dan mendapat liputan meluas daripada pihak media juga. Iyalah, ramai yang simpati dengan nasib Elly yang ditinggalkan suami ketika beliau masih hamil anak pertama mereka. Pelbagai spekulasi tercetus termasuk dakwaan mengatakan Faye adalah punca rumah tangga Elly hancur.

Advertisement

Kemudian, Azmi ada mengeluarkan kenyataan bersama akuan bersumpah yang seakan memburukkan Elly dan menampakkan wanita itu sebagai seorang yang cemburu kerana memukulnya.

Dalam satu kenyataan lain, Azmi ada memberitahu wajah Faye muncul sebanyak empat kali ketika beliau melakukan solak istikharah dan selepas itu beliau mula berpacaran dengan Faye.

Kini hubungan Faye dan Azmi semakin hari semakin rapat dan berbicara mengenai wajahnya yang muncul didalam istikharah Azmi, Faye berharap perkara itu adalah benar.

Sukar untuk saya menerima pada mulanya dengan kontroversi yang melanda. Saya melihat kalau dia tipu mungkin hubungan saya dengan dia akan renggang tetapi nampaknya hubungan kami macam baik.

Faye juga akui setiap kecaman dan kontroversi yang melanda dirinya mengajar beliau erti kesabaran dan istiqamah.

Bila memilih menjadi pelakon, saya sudah faham benda ini yang akan saya hadapi. Pastinya saya tidak mahu benda ini berlaku tetapi saya yakin pasti ada hikmahnya. Mungkin pada masa depan saya tahu cara untuk lebih mengawal kemarahan saya. Jadi istiqamah atau lebih bersabar.

Jika ada jodoh antara Faye Kusairi dan Azmi Hatta sudah tertulis, pasti tidak akan kemana. Tak gitu?

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...