Fattah Tidak Ambil Hati Vokalnya Dikritik Netizen

Hiburan

Fattah Tidak Ambil Hati Vokalnya Dikritik Netizen

Muncul dengan single keduanya, Wanita Terakhir, ada antara pengguna media sosial yang mengkritik percubaan Fattah Amin untuk aktif dalam bidang nyanyian. Mereka rasa suara Fattah tidak begitu menyerlah sebagai penyanyi. Fattah bagaimanapun tidak terasa hati dengan mereka yang mempertikaikan vokalnya.

Advertisement

Jika saya seorang yang jenis mudah terasa hati jika dikritik mungkin dari dahulu lagi saya sudah tinggalkan bidang seni.

Pada saya orang boleh kata apa sahaja mereka mahukan kerana bukan semua suka dengan apa yang saya lakukan. Ini tentang citarasa masing-masing dan sebagai penyanyi saya akan terus cuba memberikan terbaik.

Fattah tidak mahu mengalah dengan kritikan dan kini sedang memantapkan lagi mutu nyanyiannya dengan menyertai kelas vokal dan sering berlatih jika ada masa lapang. Fattah bersungguh-sungguh memperbaiki dirinya kerana tidak mahu dipandang hanya kepada populariti sebaliknya bakat yang beliau ada.

Tahun ini saya berazam untuk lebih menguatkan jenama yang ada pada diri saya kerana tidak mahu dipandang kerana populariti semata-mata. Atas dasar itu juga saya masuk kelas vokal dan cari peluang untuk berlatih kerana ingin memperbaiki diri.

Peluang yang ada dihadapan mata tidak akan saya sia-siakan dan mahu buktikan diri tentang kekuatan yang ada pada saya.

Semangat yang ada didalam diri Fattah itu bagus sebenarnya. Pada awalnya mungkin ada yang tidak suka dengan vokalnya, tetapi siapa tahu satu hari nanti beliau boleh jadi penyanyi yang baik?

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...