Written by AbangNara | August 3rd, 2017

Walaupun sesetengah pihak telah membantah dan menandatangani petisyen, namun kalau sudah tertulis rezeki, siapalah kita untuk menidakkannya? Fattah Amin telah pun disahkan untuk membintangi drama Coffee Prince versi Malaysia arahan Michael Ang. Penggambaran drama tersebut telah pun dimulakan hari ini di mana Fattah Amin akan bergandingan dengan Janna Nick sebagai hero dan heroin.

fattah amin coffee prince

Sudah pasti para peminat Fattah Amin bergembira dengan berita ini. Kata Fattah Amin:-

Pertama sekali saya bersyukur atas rezeki ini dan kepercayaan diberikan oleh pihak Astro serta produksi apabila mereka memilih saya sebagai teraju utama drama ini.

Sejujurnya, saya tidak pernah menganggap segala apa yang berlaku sebelum ini, termasuk bantahan dan kritikan yang diberikan sesetengah peminat, sebagai sesuatu yang negatif. Sebaliknya, saya melihat semua itu dari sudut yang positif dan menjadikannya medan bagi mencabar diri.

Segala cabaran berkenaan pastinya membuatkan saya ingin berusaha memajukan diri dan bekerja dengan lebih keras lagi. Saya mahu memastikan mereka yang memandang negatif pada saya selama ini terus suka dengan watak yang saya lakonkan itu

fattah amin coffee prince

Bagi Abang Nara, pemilihan Fattah Amin adalah tepat kerana namanya sedang popular. Sekurang-kurangnya jutaan peminat Fattah Amin sudah pasti akan menonton dan mengikuti drama ini. Tak sabar rasanya nak melihat olahan drama Coffee Prince untuk disesuaikan dengan citarasa rakyat Malaysia. Sama-sama kita nantikan. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

31 responses to Fattah Amin Sah Bintangi Drama Coffee Prince Versi Malaysia

  1. rezekimasing2 says:

    ok lah tu. rezeki dia. siapa kita nak pertikaikan ketentuan Allah S.W.T . sekarang ni zaman kegemilangan dia. kalau tak mahu tengok boleh tukar cerita lain kan.

    38

    1
    • Layola says:

      Yg paling lucu siap buat petition. Dulu GST takmo pulak buat. Terang2 Najib dan Mat Maslan menipu. Apa yg turun skrg ni? Cakap…cakap! Yg turun hujan jer!

      44

      0
      • Anonymous says:

        entah diaorang petisyen pelbagai. buat la petisyen pasal jerubu ke? pasal harga minyak ke? tol naik ke? dapat jugak pahala tolong rakyat. petisyen pasal drama? nmpk sgt tu semua sasau jenis 24jm tengok tv. tu semua bakal2 laki nk kupas kerang dlm vvip room dgn jalang. bini dapur x berasap asyik layan drama melayu!

        16

        0
    • Jenny says:

      lofa dan fattah ada jodoh lah. kat atas entry lofa… kat bawah entry fattah coffee prince. jodoh mereka memang kuat.

      0

      29
    • Markonah says:

      X la minat sgt, tapi Fattah ni kelemahan lakonan dr segi lontaran dan expresi muka je. No hal…netizen standard ah kalau psl cari selebriti org mmg cepat spantas kilat. Suruh ckp omputih dan buat matematik…mmm..mcm siput babi punya lembap.

      11

      0
    • minah jambu suka sahara yaakop says:

      beeeeeetol…tahniah suka fatah..semoga di murahkn rezeki..

      3

      0
  2. NINJA BOY says:

    Rezeki fattah. Maybe MA selesa berurusan dgn fattah.

    5

    0
  3. Anonymous says:

    yup

    4

    0
  4. Azhar says:

    Si mike ni agak2 la letak si fattah ni A list actor. He’s not tp otw nak kena sana. Ok la tu dia hero. ni bkn zaman playboy itu suami aku nak panggil dia kayu bagaii. dlm hsc elok je aih dia berlakon. maybe sbb heroin dia A list actress. cuma aku tak berkenan sgt dgn lakonan janna. ingat lagi cerita dia dgn si asyraf muslim kt tv3. first time aku tgk pelakon berlakon mcm org malas brcakap. hope ko ok la eh janna dlm cp ni. Expectation x brp nk tggi sbb mike punya production en. Editing haru biruu

    18

    0
  5. sepaun says:

    benda ni senang ja.. kicik punya hal! yg suka, yg minat tu tgklah.. yg benci, yg menyampah, yg meluat tu x payah tgk.. pilihan di tangan anda
    #peacenowar

    6

    1
  6. melati says:

    Artis ni baru ader Class nk komen , dr Artis2 Low Clas mcm Anzalna lah, Bella lah, Aliff lah….!!!! kenal Artis cam Fattah ni tk Dosa.. cuma Fattah ni poyos & perasan bagus…tapi takper ni artis ada class untuk komen..!! wakakaakakakaaaaa

    1

    9
  7. Jeanie Shna says:

    Jenny , ya la .. Notifications email bunyi , aku tengo entry atas pasal lofa , entry bawah pasal fattah la pulak .. Jodoh tak kuat , takdir tu yg kuat kna bt cam tu .. Haha .. Btw, nma aku Jeanie gak , takdir tu kuat smpai byk nama mcm tu kan , bukan jodoh .. Haha

    1

    1
  8. Anonymous says:

    lol…aku dah tahu pun semua ni marketing MA je..mmg dah lama pun mamat ni dah confirm heronya..

    3

    0
  9. Anonymous says:

    congrats fatta do ur best-michael ang nxt project kita request buat megadrama episod sampai 60 -hero fatta-heroine fazura pls……biar gegar and meletop rating kat astro -let the sweet couples be together in a long series semua peminat kat brunei -rindu da kat fattzura.pls consider.

    5

    1
  10. Anonymous says:

    AS LONG BUKAN FATTAH DGN FAZURA AKU OK JE..X SESUAI FA DNGAN KERTU TERPAKAI TU…HAHAHAAAA

    3

    14
  11. ebi yus lover says:

    kenapa bukan ebi yus , :(

    3

    0
    • wekkkkkkk says:

      sbb ebi yus mcm Michael Ang ugk..mesti MA x mau..dan Ebi yus pun xmau..ada pelanduk dua serupa.
      x kan x tau rupanyer cam mane.
      hehehehehehehe

      0

      0
  12. Anonymous says:

    Sighhhh… Hensemnye Fattah ni.
    Semoga Fattah and Fazura berjodohan lah hendaknye. Sesuai sangat diaorang ni.

    5

    6
  13. Ara says:

    Kesian nye la peminat coffe prince. Menyampah pon hadap je lah.

    0

    2
  14. jamilah says:

    tak suka fattah amin ni tapi aku follow je IG dia, nampak mcm orangnya cool and sempoi. Tak poyos. Beza dgn si perangai neelopaak yang nampak fake and buat benda nak dapat likessss

    hehehehe

    5

    1
  15. Anonymous says:

    kepala bana

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Omg. Harap suara FA ni keluar la. Tak terteghan teghan. ……

    0

    0
  17. CNN says:

    idris khan lebih sesuai la rasanya

    0

    0
  18. Anonymous says:

    Apa hal sebut Neelofar disini? Apa kena mengena nya? Get over it!

    0

    0
  19. Anonymous says:

    Haizz hero kayu lagi…

    0

    0
  20. Anonymous says:

    Acting kayu n layu.

    0

    0

Leave a Comment

Optional