Written by Bella | March 24th, 2016

Fattah Amin menafikan gosip yang mendakwa kekasihnya Sherry Ibrahim merasa cemburu apabila mendapat tahu aktres baharu Ruhaines bakal menyertai Fattah dalam percutian bersama peminat di Bali, Indonesia.

Lebih teruk lagi, Sherry dikatakan sebagai punca nama Ruhainies dibatalkan pada saat akhir oleh pihak penganjur.

Ini kerana Fattah dari awal lagi tidak tahu siapakah artis yang bakal bersamanya dalam percutian berkenaan kerana tidak mendapat sebarang makluman daripada pihak penganjur.

Isu kononnya Sherry cemburu dengan percutian saya kerana turut disertai Ruhainies langsung tidak wujud kerana saya sendiri tidak tahu aktres itu akan menyertai rombongan berkenaan. Malah pihak penganjur tidak pernah memaklumkan apa-apa kepada saya mengenainya.

Di pihak Ruhainies pula, aktres itu agak terkejut dengan pembatalan namanya yang dibuat pihak penganjur tanpa mengetahui sebab sebenarnya.

Walaubagaimanapun, Ruhainies juga yakin ia bukan berpunca daripada isu cemburu seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Saya tidak pasti apa sebab sebenar nama saya dibatalkan kerana saya tidak diberitahu mengenainya tetapi yang pasti bukan kerana ada pihak cemburu seperti didakwa.

Saya tidak lihat ada sebarang sebab mengapa Sherry ingin cemburu kerana kami tiada masalah malah hubungan saya dengan Fattah pun professional. Saya tahu batasan saya sebagai seorang wanita.

Mungkin ada timbul sedikit salah faham antara pihak penganjur dan artis dan bukan kerana perasaan cemburu Sherry Ibrahim.  Lagipun, kalau bercuti bersama peminat buat apa hendak cemburu? Lain lah kalau bercuti berdua sahaja. Hehe.. Apa yang penting dalam percintaan adalah memberikan kepercayaan kepada pasangan anda, kalau meraka sayang anda tentu tidak akan buat hal.

Sumber Berita: mStar Online

13 responses to Fattah Amin Nafi Sherry Ibrahim Cemburu Ruhaines Sertai Percutian Bersama Peminat Di Bali

  1. Bulat says:

    biasa la reporter, taxde isu dijadikan isu. Harap yg sebarkan berita berhenti jadi batu api

    0

    1
  2. Aku Manusia Biasa says:

    alahai … bukan isu besar pun ..
    teruk eh industri hiburan Malaysia ni ..
    mcm ni pun jadi cerita!

    0

    2
  3. alia says:

    ya laaa industri kat malaysia suka laga – lagakan artis tapi artis yg buat hal ada masa diorg cover pulak, sherry memang best jarang ada gossip yg pelik2……walaupun penah frust dgn gossip dgn ustaz berbini 2 tu sherry tetap mendiamkan diri…..sherry kuat semangat jgn peduli apa org nk kata ……..fatah amin kalau tak appreciated sherry aku tak tak tau laa pompuan yg mcmana lagi dia nak

    0

    1
  4. alia says:

    a laaa industri kat malaysia suka laga – lagakan artis tapi artis yg buat hal ada masa diorg cover pulak, sherry memang best jarang ada gossip yg pelik2……walaupun penah frust dgn gossip dgn ustaz berbini 2 tu sherry tetap mendiamkan diri…..sherry kuat semangat jgn peduli apa org nk kata ……..fatah amin kalau tak appreciated sherry aku tak tak tau laa pompuan yg mcmana lagi dia nak

    1

    1
  5. mia says:

    Agak2 la nk wat cite pasal Sherry. org tu baik2 senyap xde kontroversi, saja2 je nk wat buat gosip.

    1

    1
  6. Anonymous says:

    jom bertaubat ..

    2

    0
  7. ali says:

    artis kayu..

    0

    3
  8. Bla says:

    Sherry ni tak pernah nak buat hal aku tengok. Okay jee. Agak2 lah oi..

    1

    0
  9. Anonymous says:

    alahai tinggalkan jela sherry ni…. xsesuai langsung…muka dia mcm bapuk tua…dengan senyum senget dia…tah hapa hapa tah…

    0

    4
  10. Adriana says:

    Biasa la sherry ni pandai koverline. Padahal mmg jeles pon. Dia kan dah kertu. Tercabar la tu dgn pelakon2 baru. Puii

    0

    3
  11. Mat Ronggeng says:

    Baju apa yg Sherry pakai tu… Ada skirt pendek…lepas tu ada kain kelambu kat luar lak… Takut nyamuk atau nak gi ambil madu lebah? Berfesyen lah sangat.

    Ala… Kau bermadu jelah dengan ruhainees tu… Settle… Take cemburu lagi.. Fatah happy… Hari hari kau boleh pakai kain kelambu kau…

    0

    2