Written by Bella | January 23rd, 2017

Meskipun dihimpit pelbagai kontroversi dan ada khabar angin mengatakan beliau pernah berselisih faham dengan Neelofa kerana isu beliau bercinta dengan seorang pelakon wanita berdarah kacukan, Fattah Amin bagaimanapun menafikan beliau mempunyai masalah dengan Neelofa seperti yang digembar-gemburkan.

Saya dan dia (Neelofa) tidak pernah bergaduh, bahkan tidak pernah timbul isu pergaduhan di antara kami. Saya dan Neelofa okay, kami memang berkawan baik.

Berbicara pula mengenai persembahan beliau yang menyanyikan lagu Wanita Terakhir di hadapan Neelofa berserta dengan bait-bait romantis menerusi rancangan MeleTOP , Fattah memberitahu beliau tidak pernah berniat untuk perkara itu menjadi viral dan hanya menyampaikan single terbaru beliau itu dengan sepenuh hati dan ikhlas.

Sudah tentu saya berasa gembira kerana saya berpeluang untuk membuat persembahan secara langsung dan lagu itupun saya sampaikan ikhlas daripada hati saya.

Bahkan, sajak yang saya buat itu pun sebenarnya saya sampaikan ikhlas daripada hati saya. Akhirnya, saya dapat meluahkan segala-galanya.

Apa maksud Fattah dengan meluahkan segala-galanya? Maknanya memang betul lah lagu itu khas ditujukan buat Neelofa? Hehe..Makin jelas nampaknya rasa cinta, cuma masing-masing malu untuk mengakuinya.

Sumber Berita : mStar Online

3 responses to Fattah Amin Nafi Pernah Bergaduh Dengan Neelofa

  1. Anonymous says:

    hoii takde citer lain ke???

    2

    0
  2. Anonymous says:

    fade up…tidak berniatlah sangat…lagak nampak kebudakan x pro langsung jaja kisah cinta depan publik. nak raih publisiti murahan le tu..nampak sangat modus operandinya.

    1

    0
  3. Anonymous says:

    ketahian apakah??manjang cerita pasal 2 orang ni je..

    0

    0

Leave a Comment

Optional