Written by Bella | October 11th, 2016

Berlakon bersama dan kelihatan agak intim menerusi beberapa foto di Instagram, ada dakwaan mengatakan Fattah Amin dan Neelofa sedang hangat bercinta. Ada yang suka mereka bergelar kekasih dan ada yang sebaliknya.

Peminat tegar kedua-dua pelakon itu juga ingin tahu adakah benar Fattah dan Neelofa sedang menjalinkan hubungan?

Mengulas mengenai gosip berkenaan, tuan empunya badan iaitu Fattah telah tampil menjelaskan perkara sebenar. Fattah menjelaskan beliau dan Neelofa tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dan kemesraan yang mereka pamerkan hanya sekadar untuk menjayakan drama Suri Hati Mr. Pilot.

Kalau ada beranggapan video atau gambar yang dimuat naik tampak romantik, itu hanya dalam lakonan. Perasaan itu tak terbawa-bawa ke luar lokasi. Cuma diakui perasaan romantik itu lebih sikit dalam drama ini berbanding kebanyakkan drama lakonan saya sebelum ini.

Saya berpendapat mungkin disebabkan mutu lakonan yang bertambah baik antara faktor penjiwaan watak saya dilihat berkesan. Apa-apa pun saya sudah memberikan yang terbaik.

Menurut Fattah, dari awal lagi beliau sudah bersedia jika ada pihak yang mengaitkan beliau dan Neelofa bercinta.

Sejak awal kami memuat naik gambar bersama lagi saya sudah mendengar perkara itu. Ia menunjukkan peminat memberikan perhatian kepada kami. Jadi saya sebagai pelakon mengambil ia sebagai sesuatu yang positif.

Anda sudah dengar sendiri bukan penjelasan penuh daripada Fattah Amin? Maknanya mereka yang meminati Fattah dan Neelofa ada la lagi peluang untuk mengorat  mereka bukan? Hehe…Dari awal lagi kami sudah tahu ia adalah cerita yang boleh menghangatkan lagi drama lakonan mereka berdua.

Sumber Berita : Harian Metro

32 responses to Fattah Amin Nafi Gosip Bercinta Dengan Neelofa

  1. hcubeshop says:

    Biasalah kalau berlakon sekali camni la jadi..gosip sana sini..
    Hero dan heroin plak tu

    2

    0
  2. kole susu says:

    Takan kena gosip becinta dgn org kelatan, tak class le oi!!!! pasai tu nafi kot???

    8

    5
  3. adudu says:

    cara dia jawab pun bagus…

    3

    4
  4. hahaha says:

    Mula2 kita wefie rapat2..ltk caption cintan sket bior org mula bergossip pasal kita..pastu bior i nafi dulu..u jgn ckp apa2 lagi..kite bior je org kutuk u kaw2..confirm thn dpn u dpt award lagi …haaa

    7

    0
  5. Anonymous says:

    jangan dekat2 sgt mak aji oiiiiiiiiiiiii

    8

    1
  6. JELITA says:

    Orang yang comment semua typical minded. Yes you all can be typical minded. Before cakap pasal orang. Tengok diri sendiri dulu.

    0

    6
  7. #wartawancelop says:

    pas ni statment lofa…pas tu fattah…pas tu michael ang,lagi lofa…fattah pulak…dan seterusnyer smpi drama habis……sekian terima kasih

    8

    0
  8. melati says:

    Fatah , kalau ko bercinta gan Neelofa !! nanti ko boleh jadi cam Saidin , ikut jew bontot Che Ta..!!… Neelofa pun kaya ooooo..!! RM50 juta tu, tapi masih berkerja gan ASTRO bukan menaja rancangan ASTRO…….saya rasa lew org2 Kelantan ni byk berlagak kot..!! (Berlagak kaya) ..tapi Tong Kosong..wakakkakakakaa

    11

    2
  9. Anonymous says:

    Drama paling best bagi aku taun ni PATAHNYA SEBELAH SAYAP..walau ade unsur cinta tapi jalan ceritanya lain dari yang lain.. Suka sgt tgk Umi Nazeera dan Airil Zafrl..bersopan jek..

    19

    0
    • Anonymous says:

      ok lah..cuma tak logik ada ke bos yg jatuh hati ngan cleaner?? kalau cleaner tu sexy jelita cam fazura yer lah kot. ini rupa gitu cam tak masuk akal jer.

      3

      7
      • saja jurr says:

        maksud nya kalau kau ni lelaki, kau jenis pandang rupa lah? atau pun kalau kau ni perempuan, kau sebenarnya tak cantik dan ada pengalaman kena rejek dengan lelaki hemsem, gitu? hahahahahaha masih lagi ke memandang rupa ni. ramai je lelaki hemsem pilih perempuan kurang cantik. sebab apa, sebab dia pilih muka biasa biasa tp perangai luar biasa. bukan asik pikir nak cantik je doplohpatjam. yang biasa biasa ni laa kemain lagi perangai elok. sesetengah la. tak cakap semua perempuan cantik tu tak bagus. okbai

        6

        0
      • Anonymous says:

        Ade ke pompuan seksi nak jdi cleaner?mcm tak logik plak aku rase.

        7

        0
  10. Kenyataan Nya... says:

    aaik….tunggu punya tunggu..pileh punya pileh…
    si Fattah….
    biar betul lopa
    dia biasa2 aje tau….
    1 juta pun mungkin dia belum ada..

    3

    0
  11. sam says:

    its ok fattah….we believe u.
    ni semua propa nak naikkan rating drama michael ang tu.
    neelofa pulak nak lakukan biznes.
    tengok cara fattah pandang neelofa pun boleh tahu xde feeling pun.
    tapi neelofa mcm suka ajer kat fattah. dah berangan yg dia ada husband….
    tapi perasaan tu sekejap jer.
    habis drama habis lah gosip ni.

    8

    1
  12. azwan says:

    toksah percaya..propa. permainan nyonya ting tong michael ang.

    3

    0
  13. Anonymous says:

    fake..mcm tudung vietnam dia juga.

    7

    0
  14. johnny bravo says:

    Lopa gedik tu takkan pandang ko pun fattah, even dgn sebelah mata pun. Dia cuma nak vip je… Dia dah doa kat mekah nak somebody berpangkat. Ko ape ada.

    4

    0
  15. zalna says:

    Drama pun sampah..blakon mgacara sama je..haha…kayu kayan sgt..haihh jatuhla rating pasni

    2

    1
  16. Lizah says:

    Lofa kan dgn dr ryan ? Pasal tetiba dgn fattah pulak ? Haiya

    2

    0
  17. Anonymous says:

    cara malaysia nak naikan rating….

    0

    0
  18. pyar says:

    biarlah fattah n neelofa brcinta..

    1

    0