Written by Bella | August 29th, 2016

Minggu lepas, ada dakwaan mengatakan Mira Filzah merupakan punca Fattah Amin berpisah dengan Sherry Ibrahim. Semuanya kerana hubungan rapat Fattah dan Mira yang terjalin sejak beberapa bulan lepas.

Malah, Fattah dikatakan sudah mempunyai syarikat pengurusan artis dikenali sebagai Myfastyle dan telah melantik Mira sebagai artis untuk bernaung di bawah syarikat miliknya itu.

Namun, Fattah menerusi kenyataan terbaru beliau di Bipop Berita Harian menafikan beliau mempunyai hubungan istimewa dengan Mira.

Saya mengenali Mira sejak menuntut di UiTM. Cuma kebelakangan ini, kami kerap bergandingan menyebabkan ada pihak membuat andaian kami bercinta. Kami juga bernaung di bawah pengurusan yang sama iaitu Myfastyle tetapi ia bukan milik saya seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Memang saya dan Mira merancang beberapa projek bersama, tetapa itu tidak bermakna kami bercinta. Kami juga akan bergandingan dalam sebuah  projek drama lagi pada Oktober depan.

Berbicara mengenai kritikan yang beliau terima sejak putus cinta dengan Sherry, Fattah bagaimanapun tidak mahu cepat melatah dan enggan membiarkan perkara berpanjangan. Fattah terima setiap komen dan kutukan yang dilemparkan kepada dirinya.

Jika ikutkan emosi, saya pasti terganggu dengan pelbagai tuduhan dan tidak boleh bekerja. Bagaimanapun, saya tidak mahu terlalu mengikut hati.

Mereka hanya kenal saya di kaca televisyen, bukan secara peribadi. Saya terima segala kutukan yang dilemparkan walaupun hati saya terluka.

Hmmph, rasanya tidak perlulah kita salahkan sesiapa bila hubungan Fattah dan Sherry putus. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Tidak perlu lagi menghukum dan mencari kesalahan mereka lagi dan biarkan mereka bahagia dengan kehidupan masing-masing selepas ini.

Sumber Berita : Bipop Berita Harian

5 responses to Fattah Amin Nafi Gosip Bercinta Dengan Mira Filzah

  1. Hakak jemah says:

    Dh putus, putus je la. Xyh nk komen byk sgt. Nafi itu ini, lpstu tiba2 mengaku dh putus cinta je.
    Nara oi, dh hhs ke story lain dlm industri hiburan ni?? Dok asyk update psl pts cinta mgkok2 ni. Esok update lak psl kamal-emma. Haukkkk btl!

    0

    0
  2. nok gebuzzz says:

    elok la tu……dua2 perasan…

    1

    0
  3. Sumberterdekat says:

    Dua2 artis ni xleh pakai statement diorg..mmg ko tinggalkan shery sbb mira pun..bersayang sayang bagai..mf pun satu,konon ada kalau saya ada sy umumkan dr mulut sy sdri..hekeleh..ben ali,saharul ridwan semua ex ex ko kan..org xkan begosip kalau benda tu xbetul..

    0

    1
  4. menyampah sekor2 says:

    mf dan fa ni memang poyo. mf punyala gedik membirah dlm diam, si fa plak alim2 kucing, nanti la dah kantoi aku nk tengok kau berdua nk elak apa lg. sherry plak takyah nak buat2 kesian, kau takyah nak mengadu dgn si serap takberapa nak muslim tu. itu lagi takboleh pakai. move on la!

    0

    1