Fattah Amin Lancarkan Lagu Terbaru “1234U”

Hiburan

Fattah Amin Lancarkan Lagu Terbaru “1234U”

Peminat-peminat Fattah Amin pastinya sedang melonjak kegembiraan sekarang ini. Mana tidaknya pelakon kacak kegemaran mereka telah pun melancarkan lagu terbaru yang bertajuk “1234U”. Sebelum ini Fattah Amin telah menggegarkan dunia nyanyian tanah air dengan lagu Wanita Terakhir yang menjadi siulan ramai. Adakah fenomena yang sama akan berulang? Jeng, jeng, jeng.

fattah amin 1234u

Advertisement

Menariknya lagu “1234U” ini turut dilancarkan bersama-sama dengan video klip rasminya. Abang Nara dah tengok dan dengar dah lagu ini. Boleh tahan catchy lagu terbaru Fattah Amin ini. Confirm meletop-letop la lepas ini.

Lagu “1234U” ini adalah OST untuk telefilem Wanita Terindah yang akan menyaksikan Fattah Amin sekali lagi bergandingan dengan Fattah Amin. Pastinya semua pihak sudah semakin tidak sabar untuk menantikan gandingan mantap kedua-dua pelakon hebat ini.

fattah amin 1234u

Lagu “1234U” ini telah dicipta oleh Aizat Amdan, Anas Amdan, dan Mel Ramlan yang turut bertanggungjawab membuat single pertamanya, Wanita Terakhir. Sementara itu muzik videonya turut menampilkan pelakon cilik Adam Mika yang akan turut tampil di dalam telefilem Wanita Terindah. Setakat penulisan ini, video klip “1234U” sudah pun ditonton lebih daripada 5,000 kali. Apa pendapat anda tentang lagu terbaru Fattah Amin ini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...