Fattah Amin Enggan Komen Tujukan Lagu ‘Wanita Terakhir’ Buat Neelofa

Hiburan

Fattah Amin Enggan Komen Tujukan Lagu ‘Wanita Terakhir’ Buat Neelofa

Baru-baru ini, pelakon Fattah Amin telah melancarkan single keduanya, Wanita Terakhir dan ia mendapat sambutan yang agak baik daripada peminat.

Advertisement

Setelah mendengar lagu berkenaan, ada spekulasi yang mengatakan lagu tersebut yang dicipta oleh Aizat Amdan, Anas dan Mel Ramlan itu sebenarnya ditujukan khas buat Neelofa.

Iyalah, mereka memang tengah hangat digosipkan sedang bercinta meskipun kedua-duanya menutup mulut mengenainya.

Berbicara mengenai lagu berkenaan yang kononnya ada kaitan dengan Neelofa, Fattah bagaimanapun tidak mahu mengiyakan atau menidakkan perkara berkenaan.

Terpulang pada persepsi pendengar untuk menganggap lagu terbaru saya itu untuk siapa. Pastinya pada saya sendiri Wanita Terakhir itu didedikasikan kepada “si dia” tanpa mahu menyatakan individu terbabit secara nyata.

Jika kita amati lirik lagu Wanita Terakhir, memang agak mendalam juga maksudnya bukan? Apa pula pendapat anda, benarkah lagu berkenaan khas untuk pujuk hati Neelofa?

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Video : YouTube SY4ZW4NZ4INI

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...