Fattah Amin Dipulau Rakan-Rakan Selepas Putus Cinta Dengan Sherry Ibrahim

Hiburan

Fattah Amin Dipulau Rakan-Rakan Selepas Putus Cinta Dengan Sherry Ibrahim

Amboi. Terasa macam percintaan zaman sekolah pulak. Ala, bila kita putus cinta dengan seseorang, lepas itu semua kawan-kawan si awek/pakwe itu terus tak kawan dengan kita sebagai tanda protes. Ingatkan budak sekolah je buat macam itu. Rupa-rupanya orang dewasa pun sama jugak. Kesian Fattah Amin apabila di”pulau” oleh rakan-rakannya yang juga merupakan rakan-rakan Sherry Ibrahim selepas mereka berdua putus cinta. Sadis.

fattah amin

Advertisement

Namun bak kata Fattah Amin, hidup mesti terus. Kita kena jadi profesional. Hubungan cinta dan hubungan dengn rakan seharusnya tidak dicampur adukkan. Tak nak kawan pun tak apalah. Bukan rugi apa-apa pun kan? Kata Fattah Amin:-

Saya okay selagi perkara itu tidak mengganggu rutin harian dan kerja saya. Walaupun itu adalah tindakan yang tidak profesional, saya tak ada hak untuk memaksa mereka. Kalau tak nak berkawan dengan saya, tak mengapa. Bahasa mudahnya, saya pun tak hadap. Lagipun, saya ada kawan-kawan lain. Banyak lagi perkara dan masalah lain yang lebih penting. Saya jenis yang tidak pernah mencampuradukkan soal kerja dan peribadi

fattah amin

Kepada Fattah Amin, diharap bersabar. Kawan-kawan sebegini bukanlah kawan sejati. Tak ada pun tak apa. Anda tak akan rugi apa-apa. Teruskan berlakon dan berkarya. Yang penting kita gembira dengan hidup kita. Tak gitu? Sumber Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...