Written by AbangNara | March 10th, 2013

Fuh ~~ Bukan senang untuk menolak lamaran daripada lelaki kerabat. Namun Fathia Latiff mengakui yang dia pernah berbuat sedemikian kerana menganggap lamaran itu sebagai gurauan daripada si jejaka. Kiranya gurau-gurau masuk meminang la tue kot!!!

fathia latiff

Tidaklah pula diketahui kerabat mana yang melamar secara gurauan terhadap Fathia Latiff. Namun Abang Nara memahami kalau benar si jejaka jatuh cinta dengan Fathia. Orangnya memang cantik, muda dan pandai pulak tue. Kira lengkap pakej la. Kata Fathia menerusi Metro Ahad hari ini.

Memang benar saya pernah dilamar lelaki kerabat tetapi ia bukan dilakukan secara formal, hanya cakap dengan saya. Lainlah kalau menghantar rombongan ke rumah. Saya hanya anggap ia sebagai gurauan dan tidak mahu jadi hipokrit. Biar saya tumpukan pada pelajaran dan kerjaya selagi usia masih muda. Lagi pun, saya mahu suami saya orang biasa

fathia latiffAyat last itu pasti membuatkan hati lelaki-lelaki biasa di luar sana melonjak kegembiraan. Masih ada peluang untuk anda mengorat si cantik Fathia ini. Mana tahu ada rezeki kan? Fathia turut sama menafikan yang dia bergaduh dengan Marsha atas dakwaan dirinya mencaras kekasih Marsha.

Mana ada saya dan Marsha bergaduh. Kalau berjumpa dalam mana-mana majlis, kami masih bertegur sapa. Ini cuma salah faham. Gosip kami bergaduh mungkin timbul apabila ada yang menyatakan saya merampas kekasih Marsha. Yang boleh saya katakan, saya tidak pernah merampas kekasih dia atau sesiapa. Saya cuma berkawan.

fathia latiff

Diharap dengan penerangan ini, bolehlah tutup cerita kontroversi antara Fathia, Marsha dan kerabat diraja tersebut. Biarlah Fathia tenang. Lagipun Fathia tahun ini sibuk berlakon di samping menyambung pelajarannya. Semoga Fathia terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.

P.S: Video kegagalan yang paling awesome sekali

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

43 responses to Fathia Latiff Tolak Lamaran Kerabat, Tak Gaduh Dengan Marsha

  1. minah mulut laser tak hengat says:

    FATHIA WHO?

    0

    0
    • prayforsabah says:

      fathia ni pelakon la. mula2 je dia meletop tapi sekarang makin pudar kot.
      pernah berlakon drama hani .
      tapi pada akulah,taktau la mana untungnya kalau kawen dengan kerabat. apa yang aku tengok,kebanyakan anak muda kerabat lebih lagaknya,poyo je.
      rasanya,lelaki biasa jauh lagi bagus.contoh ,pandai berdikari,gentle.
      itu yang aku nampak lah .

      0

      0
      • Rita vs Ayu says:

        Bagi sy Fathia xder la secantik mana. Sekian… cap alip bot…. CABOT!!!!

        0

        0
        • maggi kari slurrpppp says:

          tak minat sgt fathia tapi dia ni sesuai berlakon dgn fahrin ahmad, hari tu tgk telemovie “cinta halal” dia berlakon dgn fahrin..memang ada chemistry. pelik btoi kerabat diraja skrg ni…asyik nk pilih artis jer buat bini/gf..,apa org biasa tak hot ker..? tak ada ker princess dlm Malaysia ni nak cari BF…awww aku sanggup temankan princess tu gi shopping

          0

          0
        • Olga says:

          dorang berebut Tengku Bak*r cousin nye tmj!
          ayat coverline je tu x gaduh! kalau xde angin masakan pokok bergoyang dik oi!

          0

          0
        • drama apa yg pakai lagu Alyah tu, dia lah tu.

          0

          0
        • Lembu Gemok says:

          Aku pernah jumpa Fathiya kat kenduri member..dia datang dgn BF dia..manja2 lagi..ermmmm..takkan tak nak mengaku kot??mungkin tak nak tunjuk lagi kot..tp Fathiya bg aku adalah artis paling cunnnn di Malaysia…hehehe..bg aku laa…:)

          0

          0
        • pp says:

          True that.kawan aku prnah jmpa dia masa dia nak berbuka puasa djgn family dia.sexyyy dik non oi!low-cut gittewww.tpi dia x cntik pun.makeup ja lebih.adik-bradik dia yg lain lgi cantik.kata kawan aku la.dan dia lelaki.ohh well,I could care less.ohoh

          0

          0
      • Obe Gemuk says:

        Sejak kebelakangan ni kami tgk Nara suka sgt update gosip2 sendu yg langsung tak mengancam dan menarik perhatian…. saya ada cadangan, apa kata abang nara hire je seseorang utk update blog BeautifulNara ni… ha lepasni bukan setakat abang Nara boleh jadi surirumah je tapi boleh jaga anak 24 jam terus… nanti takde dah la kami dengar jaga anak sebagai alasan abang nara malas update blog… takkan nak upah sorang tak boleh kot.. untung hasil artikel berbayar iklan maggi, iklan kotex, mcdonald’s and segala jenis mak nenek iklan tu kan banyakkkk ..

        setuju tak korang??

        0

        0
        • kurus says:

          obe gemuk….u ada blog tak, apa kata u create satu story lpas tu update kt blog u..tak payah susah2 tunggu Nara, i bukan apa..bila Nara x update bising2 kata tak ada story, ni bila Nara dh update u kata tak HOT plak story, cmon lah ni Malaysia bukan Hollywood nk ada story HOT setiap masa

          0

          0
        • Obe Gemuk says:

          Eh.. don’t get me wrong… meh aku clarify skit… bukan tu maksud aku, lately nara update juz nk penuhkan gosip je…. kadang2 yg tak sesuai pon dia buat artikel… dan janganlah straight forward sgt la bila baca tu. Ada artikel yg panas nara tak update pon… padahal blog lain dah update, elok dah basi baru nara update… kan nara surirumah, so rasanya tak salah kan kalau nara upah je sorang blogger suruh update kat blog dia ni… chill la bro. Aku minta maaf kalau ada sapa2 tersinggung dgn kata2 aku… :)

          0

          0
        • Timun dan betik says:

          Ko ni bongok la Obe Gemuk.. anak dia lagi penting dari gosip duniawi. walau gi mana pon btol jugak ckp si Obe ni… nara perlukan seseorang utk handle blog dia. Kadang2 dalam 2 hari tu langsung tak update… nara take note plis.

          0

          0
        • Obe Gemuk, setau saya, gosip sendu tak sendu, level IQ tetap di bawah paras -999999999999999

          0

          0
      • Anonymous says:

        ahh fathia ni mmg cantik..kulit die muluss je…dpt wat bini sedap niiihh

        0

        0
  2. drMpower says:

    eh fathia. aku orang biasa.
    whatsapp eh

    0

    0
  3. rynna says:

    BAGUSSSSS fathia…biar MENOLAK…jangan DITOLAK…opssss sorrrryyy fans fazura~~~kerja rajin2 macam neelofa okeysss..

    0

    0
  4. jorgelorenzo says:

    xminat minah ni. berpelajaran la sangat. tp penuh dgn masalah disiplin!

    0

    0
  5. haru says:

    amboi2. . goo.gl/bWTHi

    0

    0
  6. Sultan Jamalul Kiram III says:

    Sampai hati Fathia menolak pinangan beta. Kalaulah Fathia sudi menerima lamaran itu, akan beta jadikan Fathia permaisuri kerajaan sulu dan bersama kita akan bina empayar berpusat di Lahad Datu tapi apakan daya….. sekarang biarlah beta bawa hati yang duka ini ke medan perang di lahad datu. #inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang..

    0

    0
  7. Kerabat sultan sulululu says:

    First!!!..jgn jeles dan dislike..

    0

    0
  8. Huhu says:

    Dalam rotikaya marsha cakap xkenal siapa fathia. Cane fathia boleh ckap “Mana ada saya dan Marsha bergaduh. Kalau berjumpa dalam mana-mana majlis, kami masih bertegur sapa…..”

    0

    0
    • hoho says:

      haha ,tahu takpe. nak coverline pon taknak tengok kiri kanan dulu.

      0

      0
    • maggi kari slurrpppp says:

      aku rasa kn… rotikaya yg tersalah taip tajuk..cuz isi entry tu marsha ckp tak kenal LELAKI tu bukan fathia

      0

      0
      • huhu says:

        cuba baca paragraph dari rotikaya ni “Saya tidak kenal siapa dia dan untuk pengetahuan sebelum ini belum pernah lagi digandingkan bersama di dalam mana-mana lakonan”

        0

        0
  9. Anonymous says:

    cerita mcm ni nmpk sgt semuanya nak hidup senang, nak mewah…kalau sakit nk mampusss nnti minta derma, tak tau la…. azean irdawaty dah senyap pulak skrg ni?….

    0

    0
  10. Syam says:

    Lelaki biasa? hahah. BS!

    0

    0
  11. nenek lanjut usia says:

    statement poyo..

    0

    0
  12. kasabian says:

    lelaki biasa..yang ade kete sport pat ploh nam bijik…penthouse…

    0

    0
  13. takdanama says:

    1. Fathia who?
    2. napa nk camwhore kt area setinggan in the 1st pic tu
    3. setakat kerabat, entah2 cucu saudara sultan je..

    0

    0
  14. shomba says:

    kerabat diraja pahang and johor memang suka glamer2 walaupun education takat saya budak baru belajar mintak galah tolong jolokkan

    0

    0
  15. . says:

    aduhai…ni gossip bosan le y berebut jantan……x de cite y best lagi ke abg nara oiiii……

    0

    0
  16. idir says:

    dik, kalau teringin sangat ‘berlakikan’ kerabat – sila pilih negeri sembilan punya…berpelajaran dan bijak (tapi mungkin diaorg sendiri tak minat berbinikan retis kwang2)

    0

    0
  17. Dolton Bibiyana Layola Al-Muslem says:

    go fathia go…she is damn gojes…

    0

    0
  18. fathia says:

    kerabat raja sulu kot yang melamar.. tu yang dia xmau tu

    0

    0
  19. zul says:

    fathia cantik lemah ;embut je upa sejuk mata memandang,,,

    0

    0
  20. Anonymous says:

    aku ingat ye ye la kerabat tu hantar rombongan pastu dia tolak..rupanya cakap mulut je pun..alahai..maaf cakap ye..macam poyo ja..
    dia ni cantik n blakon pun ok tapi la kenapala dia “buat” cerita macam ni..

    0

    0