Written by Bella | October 13th, 2016

Kisah percintaan antara pelakon Fathia Latiff dan Aiman Hakim Ridza sudah lama berakhir, malah mereka kini nampaknya cukup gembira menjalani kehidupan masing-masing.

Namun, baru-baru ini ada pula khabar angin mengatakan Fathia dan Aiman dalam diam sudah kembali bercinta.

Mengakui ada menghubungi Aiman untuk bertanya khabar serta perkembangan terkini masing-masing, Fathia bagaimanapun menafikan beliau dan Aiman sudah kembali bergelar pasangan kekasih.

Saya menghubunginya hanya sekadar sebagai rakan artis, itu saja. Saya sendiri tidak tahu dari mana pihak terbabit mendapat cerita yang kami sudah kembali bercinta.

Fathia juga eggan meletakkan harapan untuk kembali kepada Aiman. Buat masa ini beliau juga selesa untuk hidup solo dan menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT.

Buat masa ini, saya bersyukur dan bahagia dengan kehidupan dilalui hari ini. Saya juga belum ada pengganti dan masih dengan status solo sekarang. Soal jodoh, saya serahkan kepada Allah SWT.

Tidak salah untuk saling bertanya khabar bukan? Bila putus cinta, tidak semestinya kena bermasam muka dan menyimpan dendam.

Sumber Berita : Harian Metro

8 responses to Fathia Latiff Nafi Kembali Bercinta Dengan Aiman Hakim Ridza

  1. Noni says:

    Sebaenarnya suka juga diorang ni bersama..sepadan sgt.muka ada iras.sama2 tinggi..mcm pinang dibelah 2 gitu..

    15

    0
  2. whateverlah says:

    call ex tanya khabar?… eww…

    2

    1
  3. nok gebuzzz says:

    x salah pon sebab dua2 single kan……..sepadan pulak tu..

    3

    0
  4. che ton says:

    eh.. ko yg putuskn pastu skg ni ko nk kol tnye khabar bagai pehal?? lonely ke?

    2

    2
  5. Anonymous says:

    lawa laa fathia ni…

    2

    0
  6. damia says:

    Alah, kawen jelah, takyah bercinta cintan. Dua2 mmg masih ada feelings. Elok pun, fathia cantek & aiman sweet, sama sepadan pun…

    0

    0
  7. Anonymous says:

    didoakan semoga ada jodoh antara anda berdua….sama cantik sama padan

    0

    0