Written by Bella | July 21st, 2017

Baru-baru ini kecoh di laman sosial apabila pelakon Fathia Latiff dilihat membuka tudung di sebuah majlis rumah terbuka dan duduk bersebelahan dengan seorang lelaki yang didakwa sebagai kekasih hatinya. Tidak mahu terus menjadi mangsa kecaman netizen, Fathia tampil memohon maaf kerana membuka tudungya.

Lelaki yang berada di sebelah saya itu bukanlah kekasih saya seperti didakwa netizen dalam satu portal hiburan yang memuat naik gambar terbabit. Dia adalah salah-seorang saudara saya. Waktu itu saya berada di majlis rumah terbuka ahli keluarga dan ramai saudara-mara turut hadir. Apabila berada di samping mereka, saya lebih selesa untuk membuka tudung.

Percayalah gambar itu tidak menggambarkan diri saya sebenarnya. Ia juga tidak bermakna saya tidak mahu lagi memakai tudung.

Fathia merasa agak pelik bagaimana foto tersebut boleh tersebar ke laman sosial serta blog sedangkan beliau dikelilingi oleh orang-orang yang rapat dengannya ketika itu. Walaubagaimanapun, Fathia meminta netizen berhenti mengecam dirinya dan sebaliknya mendoakan beliau terus kuat dalam menghadapi pelbagai dugaan.

Sumber Berita : Harian Metro

26 responses to Fathia Latiff Mohon Maaf Buka Tudung

  1. Anonymous says:

    jangan ikut jejak uqasha

    7

    0
    • salon says:

      tak apa, Tuhan tu kan maha pengampun….yang free hair pun Tuhan sayang, ini kan buka tudung sekali sekala…

      6

      8
  2. minah jambu suka saahara yaakop says:

    kalau dh bukak tudung tu tk payah nak mintak maaf ..bukak aje…tkde sape pon yg suruh kau bertudung sebelum ni..kau yg gatal sangat nak bertudung…!

    17

    2
  3. rosiah salleh says:

    awak ni bole fikir ke tak? Tutup aurat tu tak kira saudara ke tak? Sakit hati lah dengan statement awak tu…

    13

    1
    • ehem says:

      ah yg ko nk sakit hati apahal , mcm mmpos lak ko klu dia ckp ape skalipun . menggelabah giler ngn sakit hati ko tu

      2

      7
    • johnny bravo says:

      hmm….takyah nak sakit2 hati kat org, buat stress je. Kehidupan dia, ikut pandai dialah. Org lain tak perlu sebok pun. Dia dpt dosa or pahala takde kena mengena dgn kita pun. We shud mind our own business..

      2

      4
  4. miss lollipop says:

    ramai je mcmni.. kat rumah family, umah macik pakcik tak pakai tudung maybe sbb dah biasa membersar dr kecil.. yes mmg aurat walau ngan sepupu.. tapi itulahhhh ia..

    48

    0
    • minah jambu suka saahara yaakop says:

      asalkn tak berpakaian yg terdedah2 suda ..pakai yg sopan2 sikit ok la tuu tutop aurat jugak la tu nama nyee..!

      2

      9
  5. wekkkkkkk says:

    sedara dia sendiri yg amek gmbr masa dia bukak tudung tu….mmg ada org busuk hatikan..lagi2 u retis…nk jatuhkan maruah u…so lain kali, kalau sedara dtg, jgn caya sgt terbuka apa2…adik bradik x mungkin buat mcm tu..pkara yg buruk sng je org nk buat..yg baik org x tularkan..betul x..
    Jadi pakailah anak tudung walaupun cuma pakai baju kelawar je masa nak buang smpah kt luar rumah…ada org memerhati jugk kt luar tu tau…
    pengajaran…

    17

    0
  6. cik kiah says:

    tak pe fathia,
    slow slow.
    akak pun masih khilaf. 10 tahun kahwin, bermalam di rumah mertua masih tak bertudung di dalam rumah.
    kt rumah mak sendiri, dengan ipar duai pun akak masih tak menutup rambut.
    alhamdulillah, perlahan2 berubah kepada kesempurnaan.

    17

    2
    • nini says:

      dh 10 thn pn nk prlahan2 lg ke kak?? blh la kot start pakai tudung ngn ipar duai

      10

      6
      • Jujur says:

        Cakap memang mudah, nak melakukan bukan mudah. Tambah-tambah lagi syaitan dok hasut kat tepi. Iman diri pula senipis kulit bawang dan tiada yg tolong menegur disekeliling. I feel you Cik Kiah. Doakan je yang baik-baik, tak perlu kecam.

        15

        1
  7. Mak Becok says:

    Haram pakai tudung…buat pekara yang tak tak ada dalam quran sudah meyimpang akidah…so tak perlu mintak maaf..malaysia tak lama lagi jadi macam taliban

    0

    16
    • wekkkkkkk says:

      u tau apa erti taliban…”taliban” tu aku ckp pada ko maksudnya “pelajar”..ada fhm.., taliban akan bunuh pompuan yg x pakai tudung tau kalau kat Afganistan…Malaysia bukan sama Afganistan…

      taliban tu pelajar yg didiidik utk berperang…”taliban bukan askar kerajaan Arganistan” …taliban bukan di Afganistan je byk…malah ada juga di Pakistan pun byk…jgn main2 dia org kecik2 lagi dh dididk pegang senapang api…

      3

      3
      • minah jambu suka saahara yaakop says:

        kecik2 dh di didik pegang senapang api bagos ke ?

        2

        1
        • wekkkkkkk says:

          x bagus…tapi itulah mereka dididik utk jadi “pelajar perang”..u google lah kanak2 di Arganistan/Pakistan…Pakistan tu di area2 dkt sempadan Afganistan tau…bkn kawasan Punjab…kawasan Punjab tu dkt kawasan Perdana Menteri Pakistan.

          0

          0
  8. Mummy says:

    apesal dia minta maaf kat kita pulak? dia ingat yg suruh pakai tudung para natizeng ka? gilos..

    7

    0
  9. Anonymous says:

    kalau bertudung pun tp still tertonjol dada tu dgn jelas. shape bdn pun nmpk..apalah beza???

    6

    0
  10. mokcik says:

    adeh dia ni ayat coverline kot tu, padahal dlm ig dia/ig story kemain lagi nmpk anak rambut semua dah terdedah, pakai tudung pun mcm kau main sarung gitu je….aku perati je tudung dia yang makin lama makin nak terlondeh tu, buat main2 pulak benda2 mcm ni. i kenot la! pastu pandai pulak off comment gambar2 yg seakan mendedahkan rambutnya…takut kena tazkirah lettew! nak pakai, biarlah betul2…jgn kerana fesyen dan influence org2 lain buatkan hijab kita makin hilang….sedih la gini!

    19

    0
  11. wekkkkkkk says:

    pakai tudung litup smpai habis, 5 waktu haram x buat, puasa 30 hari…tapi 12.30tghri dh bukak……maknanyer 15 hari je puasa…tu belum batal mengata org, adakan manusia mcm ni, ada..

    3

    0
  12. KAK NAB says:

    ALAAAAAA BIASALAH KALAU KITA PI KENDURI UMAH ATOK NENEK MAKCIK PAKCIK PUN SELALU GAK BUKAK TUDUNG TIME2 NAK MAKAN LEPAS KENDURI.

    SKRG JERK DAH ADA KESEDARAN YG SIKIT TU UTK X BUKAK TUDUNG.

    X PAYAH NAK OVER COMMENT LAH.

    SEMUA PUN SAMA JERK…BLUEEKKK

    7

    1
  13. AdaAkuKesah??? says:

    Tkde sape pn betul2 kisah ko pki tudung ke tak. Kubur len2 dek non oiiii..Tp klu ko telanjang, tu yg rmi betul2 kisah.ha3

    2

    1
  14. Anonymous says:

    Sebelum buat apa apa fikir dulu. Dah tahu benda tu salah tapi buat juga sebab bila netizen bising senang jer ” saya minta maaf” atau ….. Buat Statement “Itu antara saya dengan Tuhan”. Hmm

    1

    0

Leave a Comment

Optional