Written by Bella | June 2nd, 2015

Baru sahaja ditayangkan, drama Dia Isteri Luar Biasa lakonan Fathia Latiff, Shukri Yahya dan Keith Foo telah mendapat komen yang cukup pedas dimana ada beberapa pihak menyatakan ia sebuah drama yang tidak bermoral.

Menerima pelbagai kritikan selepas isu tersebut, Fathia meminta agar masyarakat tidak menghakimi sesuatu perkara sebelum menonton drama itu sehingga  tamat dan melihat setiap mesej yang disampaikan daripada sudut positif.

Setiap drama ada penjahat dan ada orang baik. Jadi saya rasa drama-drama semua ada nilai-nilai negatif dan positif. Benda yang positif kita ambil sebagai contoh. Tetapi negatif kita ambil sebagai iktibar. Saya rasa sebagai manusia yang ada akal kita boleh fikir mana yang baik dan buruk.

Bagi saya kata tak bermoral itu saya tak nak komen apa-apa. Cuma nak cakap tengok cerita itu sampai habis. Pengajaran daripada cerita tersebut boleh diperolehi di penghujung episod. Ketika itu penonton boleh menilainya dengan sendiri.

Mengakui merasa agak terkejut apabila mendengar maklum balas sedemikian pada mulanya, Fathia tetap mempercayai bahawa drama Dia Isteri Luar Biasa mempunyai kekuatannya yang tersendiri.

Saya mula-muka terkejut dengan maklum balas apabila ada orang cakap cerita itu tak bermoral kerana saya sendiri yang melakonkan watak itu. Setiap drama mempunyai moral yang kita boleh tunjukkan. Jadi saya seru pada peminat tengok cerita itu sampai habis dulu baru kita menilai.

Mungkin ada yang kurang gemar menonton drama adaptasi novel yang kini cukup trending di Malaysia sehingga mereka mudah mencari kesalahan bagi drama berunsur sedemikian. Namun, ia tidak bermakna kita boleh mudah memberikan komen atas karya seseorang.

 

 

 

52 responses to Fathia Latiff Komen Isu Drama Dia Isteri Luar Biasa Tidak Bermoral

  1. minah jambu sayang nenek says:

    menyampah !

    0

    0
    • amoi says:

      biarlah korg nak kata cita ni x bermoral…aku layan jer citer ni…best ape…watak dr.razen berjaya menepis watak zil faezul yg aku suka selama ni…kakakakaka…sekurang2nya citer ni ada jalan cerita..berbanding cerita sebelum ni tah apa2 nye moral…watak ku ril ku dis ku ping…

      0

      0
      • minah jambu terlajak habis says:

        minah jambu suka shukri asam pedas belakon ngan fathia tapi cite dia minah jambu tk berape minat lah..mungkin betol jugak ape yg fathia cakap tengok cite dia dulu sampai habis baru tau moral atau tk bermoral ..lov u fathiaaa..

        0

        0
      • Anonymous says:

        Ekekeke

        0

        0
      • Poyooko says:

        Ala tok sah nak banding2kan dengan cerita lain .. Korang ni bila orang kondem cerita yang korang minat .. Melenting2 tak hengat .. Setiap drama ada pengemar nya sendiri .. Asek nak tegak benang yg basah jer .. Getik beno aku dengan golongan macam ‘korang2’ ni .. Apa ke mendanya .. Ni semua poyo .. Tengok Running Man lagi baek .. APTB

        0

        0
        • pape jela weh says:

          Dh payah sgt kn, tu xkena ni xkena…buat drama sendiri kn, kita tgk plak best ke x. Pe yg ssh sgt ntah, bg aku sng…nk tgk, tgk je..rase xsuke, menyampah..xpyh tgk. Pe ssh, pilihan di tgn kita.

          0

          0
        • GigiKuning says:

          Running Man the best!! Lee Kwang Soo!!!

          0

          0
      • Radin nur syahira says:

        Hati Perempuan lagi bermoral. anis ngan Aril takde nak ber peluk peluk macam hantu. dan hati perempuan punye heroin pegang hero berlapik. takde sentuh pon. nk cakp peminat syukri yahaya. aku pon minat tahap gaban. tapi bermoral laa sikit.

        0

        0
  2. Anonymous says:

    best jeeee cite ni… korang tu poyo.. bajet kutuk drama malaysia tp tgk jugak senyap²

    0

    0
  3. empuk says:

    1st ak nengok gambo atas tu terus terbayang “sedapnya kepala lelaki tu landing kt tempat empukkk”

    0

    0
  4. Lara says:

    Tah… drama yang lain lagi teruk kot, sotong-sotong, rogol-rogol, gangster gaduh-gaduh…yang ni ok jer. Ker jeles nengok Cik Patia ngan si pelakon hensem ni.

    0

    0
    • Poyooko says:

      Mula-mula tu tak de moral .. Dah lama-lama ada la moral .. Dah habes cerita .. Apa yang susah sangat nak xplain .. Komplikated la korang ni .. Geram plak aku rasa .. sabo sabo .. Tu la aku nih byk sangat tengok cerita gangster .. APTB

      0

      0
  5. zabedah zabit says:

    TAK MINAT DIA DULU KINI DAN SELAMANYA

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Aku rasa gambar Fazura mesra sebelah anjing yg tgh dok hot la ni lagi berhemah dari gambar mesra depa ni..

    Hello Imam Muda.. tak nak komen ke gambaq ni.?

    0

    0
  7. sipot says:

    muagaga

    0

    0
  8. sedit says:

    muahaha

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Tunggu sampai last episod lambat la dik..

    Cer citer terus apa moralnya. Kan senang…

    Tak kuasa kak nak tunggu tambah2 bulan puasa ni…

    Jom readers…concentrate amalan lebih baik…

    0

    0
    • minah jambu sayang nenek says:

      ape kate kite tengok last episode je ..episode skarang kite jangan tengok dulu la..

      0

      0
  10. 0-0 says:

    yang rasa nak tengok cite nie…tngok je k…
    yang rasa tak nak tengok sbb xbermoral..tak perlulah tengok…
    masing2 ada pendapat sendiri…
    chillll…
    LOL (^_^)

    0

    0
  11. ANon says:

    Alahai…cite melayu sendu… dulu..kini..selamanya… tak payah la expect moral value.. artistic value, acting value semua ke lauttt

    0

    0
  12. Anonymous says:

    tonton episode 1 sahaja, habis tu tak lanjut lagi.drama terbitan pena creatives, selalu jalan cerita yang hampir sama, melalut dan membosankan

    0

    0
  13. LOLA says:

    tengok sebab ada kak long dr raden jerr..
    makcik2 sangat kaklong dr.raden
    love siti elizad=) <3

    0

    0
  14. adiktet says:

    syukri berlakon jadi ahmad ziyad dlm asam pedas untuk dia lagi ok.. Dr Raden ni cam biasa2 je..

    0

    0
  15. Anonymous says:

    x kshlah moral ker x….. aku tgk cite omputih pn kdg2 x bermoral gak. jz nak isu kan kat cnie nape msti drama or filem adaptasi novel n jln cerita yang hampir sama??? aku nak skrip yg fresh??!! pham x???

    0

    0
  16. Anonymous says:

    malu tgk gmbor mrk… mrk xrasa malu ka ambil gmbr mcm tooo…

    0

    0
  17. Cik cool says:

    Kalau rasa cite ni tk bermoral tk payah lah tgok. Kan senang. Cite ni ada gak moral. Raden tu kan ajak dewi ni solat sama2. Benda belum habis kau nk judge. Apa kau nyah??

    0

    0
  18. anon says:

    artis2 bodo malaysia,syok sendiri…tak dak kelas

    0

    0
  19. sahabatpena28 says:

    citer melayu skrg mmg xde moral… low class compare dgn dulu2.. pengarah..mnulis skrip smua dah hambar..xde kretiviti…alih2 konsep citer sama je.. pelakon2 mst la kata dgn pnh yakinnya citer yg diorg blakon tu best..xkn nk kondem citer sdiri..mau kn saman nnt…

    secara kseluruhan..citer DILB ni indah khabar dr rupa.. ms promote tgk cam best..skali tgk..hampeh… buang masa..time maghrib2 tu..sujud pd Allah lg bgs dr dok tgk tv ngan syaitan….

    0

    0
  20. Anonymous says:

    Bajet ala hindustan kot…

    0

    0
  21. weng weng says:

    actually..pompuan memang nak cara camtu..zaman ni lah..memandangkan jantan2 dah ramai tak ikut hukum islam .ade kisah sebenarnya tu..janganlah komplen tak tentu lol..aku sokong drama melayu!! Yeah..

    0

    0
  22. sayang says:

    aku ok jer..best ape cite ni..fathia pn cantik..aku bg 10 bintang

    0

    0
  23. mel says:

    byk adengan peluk2, pegang lh citer……cam x sesuai utk tontonan umum jer………balik2 citer laki bini cuba wat citer yang membina minda skit.

    0

    0
  24. Raden says:

    Baru ku tahu scene peluk-peluk, gesel-gesel,usap-usap tu ada moral…..Taklama lagi ada la pasangan budak sekolah buat mende2 tu sume dalam kelas…N bila ditanya dorg mesti cakap sedang belajar “pendidikan moral”….huahuahuahu….Hancur Anak Muda kita…

    0

    0
  25. ismaaiza says:

    Takdak cite lain ke…buatlah cite macam cite emas ka…cite ayam ka… cite ikan belaga ka …cite kumbang terbang ka..tak boleh?

    0

    0
  26. TUMPANG SAT says:

    Hari tu diorg dok sibuk komen cerita hari perempuan.. ni baru nak on cerita ni dah kena komen.. memang semua cerita melayu kita kena kondem ke atau peminat cerita hati perempuan nak balas balik pasal cerita dia kena kutuk hari tu.. anyway cerita ni ada tarikan juga untuk ditonton compare hati perempuan yg slow jer jalan critanya..

    0

    0
  27. loser says:

    habaq mai ckit, drama yg mane yg BERMORAL sgt tu….???

    0

    0
  28. tumpang nengok jer says:

    knapa baju fatiha tiap episod lbh kurang jer corak2nya eh!…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Sebab Dewi Yusra dlm buku cerita obses dgn segala jenis harimau (Leopard, Cheetah, Puma, Jaguar…..hehehehe) dan kuda belang. Semua baju-bajunya dlm tema dua binatang ni je. Raden Amzar akan cuba mengubahnya……

      Dalam kata lain, saya suka sebab team dilb ni ambil berat dgn detail-detail kecil mcm ni, yang menunjukan usaha mereka utk sedaya upaya mengikut buku cerita. Respect and congrates to the team.

      0

      0
  29. ummi says:

    setuju,sangat tak bermoral drama melayu yg ada sekarang nie..sy malu kat anak sulung lelaki umur 10 tahun

    0

    0
  30. Misz_Erin says:

    lantak la pada yg ngutuk & tak suke tu.. tak suke xyah la tgk.. yg penting aku sukeeeee sgt2 cite ni!! suke sgt2 watak dr. raden amzar & dewi yusra!! setiap cite ada pengajaran dia.. so tgk la sampai abes.. all the best fathia n shukri yahaya.. <3

    0

    0
  31. papai papandi says:

    Ulasan/pendapat tanpa spoiler:
    Saya jarang layan drama melayu dewasa ini. Bukan sebab sudah bosan atau jelek dengan industri, tetapi saya agak terkilan disebabkan pada kurun ke 21 ini, masyarakat kita yang di ambang modenisasi in masih boleh hadam cerita-cerita yang rata-rata menggunakan formula “damsel in distress” untuk memacu dan membentuk karakter heroin. Kalau sekali dua, mungkin saya boleh terima, tetapi kalau sudah acap kali disajikan dengan drama di mana karakter wanitanya umpama melukut di tepi gantang, lembik, dan terlalu lemah? Tepuk dada tanya selera.

    Jadi bayangkan bilamana drama bersiri ini muncul di layar kecil. Saya sebenarnya tidak menaruh harapan langsung pada drama ini. Sangka saya, ia bakal menjadi sebuah drama dari senarai drama yang panjang – yang mengenengahkan watak wanita yang baik tidak berpada-pada, lemah terlampau lemah sampai boleh ditunjal-tunjal.

    Namun, sangkaan saya silap. Watak heroin di dalam cerita ini kuat. Bukan dari sudut fizikal sahaja, tetapi mentalnya juga kuat. Bukan jenis wanita yang senang disepak terajak oleh si penglipur lara. Dan latar sejarah watak heroin menguatkan lagi alasan kenapa watak heroin ini jadi sebegitu rupa.

    Berkenaan tentang komen bahawa cerita ini tidak bermoral, saya bersetuju dan tidak bersetuju. Keliru? Biar saya huraikan di sini.

    Saya setuju yang ada elemen cerita ini yang tidak bermoral, tapi perlu diingat, elemen itu dilakukan oleh sang watak sebagai salah satu pemacu perjalanan jalan cerita, dan juga perlu diingat, untuk menghukum keseluruhan drama ini sebagai tidak bermoral, sang penulis idea asal perlu bersetuju dan menyokong elemen yang tidak bermoral itu.

    tetapi sebaliknya berlaku di dalam drama ini, di mana sang penulis skripnya sendiri menampakkan yang beliau tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh watak itu. Lalu diwujudkan pelbagai elemen yang mampu menghalang dan menegah perkara “tidak bermoral” itu dari berterusan.

    Sebagai selingan, salah satu perkara yang mungkin secara sengaja atau tidak diketengahkan oleh penulis skrip adalah kritikan sinis beliau terhadap third wave feminism yang dizahirkan secara halus menerusi interaksi watak-watak dalam cerita ini. Tidak perlu monolog yang macam tazkirah untuk menampakkan kritkikan itu, cukup bila memerhatikan komunikasi antara watak daripada kemarahan yang dilafazkan watak utama hinggalah sikap kemandrian yang tinggi ditonjolkan oleh heroin.

    Pada saya, penulis asal cerita ini cuba meneroka definasi baru feminis dari sudut pandang budaya ketimuran dan Islam.

    Saya sedar yang drama ini juga tak terlepas dari sebarang cela, tapi buat masa ini, saya rasa sebarang cela itu mampu saya maafkan dek kerana jalan ceritanya yang menarik dan santai.

    Kesimpulan: bukan drama ini yang tidak bermoral, tetapi kelakuan watak di dalam drama ini yang tidak bermoral, dan kita boleh nampak pendirian penulis yang jelas bahawa beliau sendiri tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh watak tersebut.

    0

    0
    • Radin nur syahira says:

      ape kau mengarut. dah berpeluk melampau. x bermoral.laaa. kau nak ckap kau keliru. aku pelempang baru tahu. ayat panjang ckp.drama melayu x best. kau bukan pengarah. aku cbr kau buat drama yang lain dari yang laun. kau nieeeee tumbok karamg

      0

      0
      • papai papandi says:

        Assalamualaikum saudari,

        Saya agak terkilan disebabkan saudari gagal memahami ulasan saya.

        Sila rujuk kembali rangkap di perenggan berikut:

        “Saya setuju yang ada elemen cerita ini yang tidak bermoral, tapi perlu diingat, elemen itu dilakukan oleh sang watak sebagai salah satu pemacu perjalanan jalan cerita, dan juga perlu diingat, untuk menghukum keseluruhan drama ini sebagai tidak bermoral, sang penulis idea asal perlu bersetuju dan menyokong elemen yang tidak bermoral itu.

        tetapi sebaliknya berlaku di dalam drama ini, di mana sang penulis skripnya sendiri menampakkan yang beliau tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh watak itu. Lalu diwujudkan pelbagai elemen yang mampu menghalang dan menegah perkara “tidak bermoral” itu dari berterusan.”

        Ada baiknya saudari daftarkan diri saudari dalam mana-mana Kelas Bahasa Melayu untuk mempelajari Teknik Pemahaman.

        0

        0
  32. aku cantik says:

    cerita ni x jauh beza dgn cerita hati perempuan. yg peliknya masa belum nikah, brsungguh dewi nk tackle doktor tu utk jadikan sperm bank utk dptkan anak. tapi dah dpt, ngape mcm x loving pula. then bab terpksa nikah sbb kne tgkp basah. and babak yg aku x bleh nk tgk bila doktor nk buat adegan romantik. nape jadi geli geleman. mcm x natural. is it the acting? hero nyer mcmgila2 nervous brlakun dgn heroin. maaf aku bkn nk kondem. aku support drama melayu tp sbb bnde2 ni aku dh x tgk citer ni. maybe aku tunggu episod akhir mcm kamu yg di atas tu. anyway maaf jika mnyinggung perasaan sbb aku fhm la nk buat drama yg bagus bkn senang

    0

    0
  33. mojo says:

    drama kemaruk bured tak habis..gambar.tetek di bahumu.

    0

    0
  34. Radin nur syahira says:

    ramai ckp hati perempuan sama jer macm citer nie. tapi sekuarang kurangnya Ku Ril x mcm Raden Amzar yang lembik nak mampos. harap jer hensem tapi lembik. dia dlm asam pedas untuk dia lagi best. Yuhanis walaupun dia kurang ajar. tapi dia tetap layan laki dia waluapun nak taknak. Dewi pulak marah Raden pastu biarkan laki tuuu sorang sorang. belagak. mula mula best laaa.lama lama bosan tahap gaban. hati perempuan lagi best.tajuk ngan tagline citer pon tepat. nak tunjukna si hati perempuan nama yuhanis memang sukar difahami. daripads isteri luar biasa. ape yang luar biasa. just berjaya dlm hidup. tuuu biasa jerrr bagi aku. takde luar biada ponnnnnnnnnnn.

    0

    0
  35. maisara says:

    Makin lama saya tengok makin tak sesuai tajuk cerita ni..patut tukar jadi DIA SUAMI / IBU MERTUA LUAR BIASA atau DIA ISTERI TAK SEDAR DIRI…. perempuan mcm ni tak layak dapat suami baik mcm tu…imaginasi novel je lah

    0

    0
  36. Anonymous says:

    Mcm2

    0

    0