Written by Bella | May 6th, 2015

Aiman Hakim Ridza yang baru-baru mengeluarkan kenyataan sudah bersedia untuk memperisterikan Fathia Latiff selepas dua tahun bercinta membuatkan tuan empunya badan merasa sedikit terkejut kerana mereka tidak pernah membincangkan perkara tersebut.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama Fathia merasa gembira dengan perkhabaran itu dan menyerahkan segalanya kepada pihak lelaki untuk melangkah ke fasa yang lebih serius dalam perhubungan mereka.

Tidak dinafikan saya gembira apabila dikhabarkan mengenai perkara ini. Terkejut juga kerana secara tiba-tiba timbul cerita ini kerana beliau tidak pula memberitahu saya berhubung sebarang kenyataan yang dibuat olehnya.

Saya rasa tidak manis untuk membuka mulut mengulas lanjut perkara ini kerana berpendapat lebih baik hal ini diserahkan kepada pihak lelaki untuk membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya.

Sebelum ini, Aiman meluahkan hasratnya untuk bertunang terlebih dahulu sebelum bernikah. Namun, beliau enggan menetapkan sebarang tarikh dan berserah kepada ketentuan Allah SWT.

Nampaknya Fathia tidak mempunyai sebarang tentangan berhubung hasrat Aiman Hakim Ridza untuk berkahwin dengannya. Kami harap segala yang kalian inginkan berjalan dengan lancar. Kata orang kalau sudah sayang cepatlah masuk meminang. Heh

Sumber Berita: BH Online

 

11 responses to Fathia Latiff Gembira Dengan Kenyataan Aiman Hakim Ridza Untuk Berkahwin

  1. Lina says:

    Alhamdulillah…..sama cantik ..sama padan…mmg sesuai…moga hingga ke Jinjang pelamin…

    0

    0
  2. ibu mertua says:

    elok lah kawen cepat, yang bujang kawen ngan yang dara. sapa yang suka cakap elok kawen ngan janda dari dara yg dah barai tu sah2 dia pun barai sebelum kahwen.

    0

    0
  3. HAMBA ALLAH says:

    ALHAMDULLILAH, AKHIRI LAH DENGAN TERBINA NYA SEBUAH MESJID ANG INDAH. MOGA IKATAN PERNIKAHAN INI NANTI MEMBAWA BAHAGIA HINGGA KE JANNAH ALLAH S.W.T, AAMIIN YA ROBB

    0

    0
  4. anon says:

    Fathia ni puteh melepak comel lote, kawinlah cepat2 nantikan di sambar oleh pehak2 vvip yg sentiasa melilau mencari artis2 yg dahi licin…….kan melepas pulak.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    Happynya..Alhamdulillah… semoga diberkati hingga jannah

    0

    0
  6. NEUTRAL says:

    sama cantik sama padan.

    0

    0
  7. missfathialover says:

    Alhamdulillah..

    0

    0
  8. Beautiful Norra says:

    Aiman Redza nie mmg elok…tapi syg ‘bawahnya’ kecik…tgk pun tau…sbb org kening tebal mmg mcm tue…BIASENYA lahh…itu pun kata kwn i yg juga pakar sakit tuan…Wallahualam…huhu

    0

    0
  9. This&That says:

    This guy I thought that ex hubby Abby Abadi.. not norman hakim… yang kena calar tu..young guy..

    0

    0