Written by Bella | February 3rd, 2015

Kisah percintaan aktres jelita Fathia Latiff dan Aiman Hakim Redza nampaknya sudah berakhir selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta.
Ramai yang menantikan untuk melihat mereka berdua ke jinjang pelamin selepas dinobatkan sebagai pasangan paling serasi dan sepadan pada tahun 2014. Fathia yang mengakui hubungan mereka sudah putus menerima segala kententuan takdir.

Ya, kami sudah putus. Tiada tarikh rasmi kami berpisah dan tidak mengumumkannya. Hubungan itu berakhir dengan sendirinya dan saya terima jodoh kami bersama tidak panjang.

Fathia yang masih lagi mempunyai rasa cinta dan sayang buat Aiman Hakim Redza telah hilang tempat untuk mengadu dan melepaskan rindu kerana aktor itu adalah satu-satunya lelaki yang rapat dengannya sejak dua tahun yang lalu.

Kami membawa haluan masing-masing dan saya akui masih sayangkan dia (Aiman). Bayangkan dia satu-satunya lelaki yang paling rapat dengan saya sepanjang tempoh dua tahun dan dialah satu-satunya individu yang memahami serta menerima saya seadanya.

Buat masa ini, Fathia tidak lagi memikirkan soal untuk mencari pengganti dan mahu memberikan fokus terhadap kerjayanya terlebih dahulu tetapi tidak menolak jika  hadirnya cinta lagi buat dirinya selepas ini.
Agak sedih juga melihat pasangan ini tidak sampai ke jinjang pelamin. Mereka berdua memang cukup serasi dan manis bersama. Apakah punca mereka memutuskan hubungan  biarlah mereka sahaja yang tahu. Semoga Fathia lebih tabah selepas ini dan percayalah waktu akan menghilangkan segala kelukaan di hati yang lara.

Sumber Berita: Kosmo

33 responses to Fathia Latiff Dan Aiman Hakim Redza Putus Cinta

  1. kelas mengaji says:

    oooo..yeah!!!!tgok pon taw.mmg x sesuaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

    0

    0
  2. Anonymous says:

    fathia lebih berumur dari aiman, tentu nakkan hubungan yang lebih serius ke jenjang pelaminan, mungkin aiman belum siap kot, tak ape fathia ni cantek, beraturlah lelaki wip kaya yang sedang menunggu die

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Memang x sesuai pun. Bagusler. Fathia cari yg lebih matang dan kaya ye

    0

    0
  4. Anonymous says:

    aiman sesuai dgn izara la

    0

    0
  5. zietafus says:

    Fathia ko lawa orgnye pe de heran
    Aiman ko hensem orgnye pe de heran
    so aku pun xheran klu korang putus
    pe pun all the best untk korang..terbaaeekkk..

    0

    0
  6. me says:

    sbelom ni pnah nmpk diorg kt klinik family ttdi kl..sweet je diorg..

    0

    0
  7. Irina Shayk says:

    Tkpelah. Rsanya bkn ssh korg dpt pganti. Anyway ska gak tgok diaorg b2 ni. Tk main sorok2 dan tk over. Its ok…smua ni proses khidupan.

    0

    0
  8. nenek gayung says:

    mmg la…dh ko fathia jdi eskot girl..heheh..lelaki mna nk

    0

    0
  9. Anonymous says:

    ala umur muda lg….x serasi baik brkawan je..ade kang kwin pastu cerai jer..

    0

    0
  10. bunga cinta says:

    xpe la klo da tau xserasi dari sekarang.. klo pas kawen tau x serasi lg haru!!

    0

    0
  11. ariana says:

    kenapa putus..suka tgk diorang berdua ni..sweet sgt..

    0

    0
  12. lady says:

    cantik / handsome bukan jaminan utk bahagia..

    0

    0
  13. Anonymous says:

    sy ad dgr gossip pelakon lelaki kacak…ensem baru putus cinta tpi ad hubungan terlarang sesama jenis…ap kah itu iaman orgnya y d maksudkan???????????jeng..jengggg

    0

    0
  14. […] minggu lepas, aktres Fathia Latiff telah mendedahkan hubungan percintaan beliau bersama Aiman Hakim Redza sudah berakhir kira-kira sebulan yang […]

    0

    0
  15. […] minggu lepas, aktres Fathia Latiff telah mendedahkan hubungan percintaan beliau bersama Aiman Hakim Redza sudah berakhir kira-kira sebulan yang […]

    0

    0