Written by Bella | March 14th, 2017

Agak lama juga Fathia Latiff tidak rapat dengan mana-mana lelaki sejak beliau putus cinta dengan Aiman Hakim Ridza. Terbaru, Fathia mengakui beliau kini dalam proses untuk mengenali hati budi seseorang yang juga terlibat didalam industri hiburan tanah air.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Fathia lebih selesa untuk menganggap lelaki itu sebagai sahabat dan masih belum untuk mendedahkan siapakah gerangan “sahabat”nya itu kepada umum.

Adalah kenal-mengenali seseorang. Dia orang industri. Sama ada pelakon atau tidak, biarlah rahsia. Sebab saya dengan dia cuma berkawan seperti biasa. Adalah keluar makan tetapi itu sahaja.

Saya memang tidak pernah menutup hati untuk bercinta. Ramai juga yang mencuba untuk berkenalan tetapi itulah, hati ini tidak berkenan. Kalau hendak kata serik atau fobia, tidaklah.Cuma sekarang ini memang sejujurnya saya tidak ada teman istimewa. Saya pun tidak tahu kenapa masih solo. Bukankah jodoh itu rahsia Tuhan, biar Dia yang tentukan.

Buat masa ini, Fathia tidak mahu terlalu memikirkan soal percintaan dan mahu memberikan tumpuan terhadap perniagaannya.

Tidak mengapa, kenal-kenal dahulu dan siapa tahu mungkin ada jodoh bersama? Kami doakan yang terbaik buat Fathia.

Sumber Berita : Utusan Online

[jetpack-related-posts]

16 responses to Fathia Latiff Akui Kini Sedang Mengenali Hati Budi Seseorang

  1. Anonymous says:

    orang cantik apa nak pening…sekali petik, seribu datang. jgn tangkap muat atok penuh uban dah ler.

    4

    1
  2. Anonymous says:

    gambar last sekali tu…hmnnn…padu giler.

    0

    2
  3. Anonymous says:

    bulu mata boleh sangkut baju.

    0

    1
  4. timah says:

    pakai la elok2 sikit… mcm haper fesyen.

    1

    3
  5. melati says:

    hahahaha.. Ahli perniagaan ??? mesti meniaga air liur ..!!!! wakakakaakaa

    2

    1
  6. sepaun says:

    si pelakon afiq muiz :)

    1

    0
  7. Anonymous says:

    fattah and fathiya mmg sesuai sangat.
    semoga ada jodoh….????

    1

    6
  8. Hanah says:

    Afiq muiz le tewwww ok la sama cantik sama padan! Geng mami gak anak mesti comel.

    3

    1
  9. johnny bravo says:

    Canteknya fathia, dia ni baru padan dgn RMS, Nilopa tu plain jane tak padan dgn rms. Hopefully rms kawen dgn dia ni instead of si katek gedik tu..

    1

    1
  10. just another human being says:

    Tak pernah tengok drama Melayu samada di TV1, TV 2, TV3 atau Astro Ria tapi pernah nampak iklan Fathiya masa beliau berlakon drama Ariana Rose, tengok iklan je la, drama saya tak tengok. Dan pernah Fathiya ni kecoh pasal pramugari tak nak tolong angkat beg dlm cabin flight. Ingat kan kerek dan berlagak la si Fathia ni. Tapi semalam jumpa Fathiya dan rakan lelakinya di Studio R Sunway Pyramid, dia berdiri kat belakang tunggu nak bayar dan bila saya selesai bayar, saya toleh ke belakang dan Fathiya dgn mesra senyum pada saya dan anak saya. Orangnya mmg sangat cantik mcm dldlm gambar tapi yg lebih penting budi pekertinya bila melihat org yg lebih tua daripadanya. Senyuman yg ikhlas walau pun tidak mengenali membuatkan Fathiya begitu anggun dan cantik di hati saya.

    0

    0

Leave a Comment

Optional